Monday, January 31, 2011

makanan dan tag dari cik IKA!

Bagi 3 makanan yang korang paling suka dan sila bagi specific mane korang dapat makanan tersebut..
1.aku suke makan sate Wak Radol kat Kempas atau sate kat cafe Line Clear UiTM melaka coz kuah kacang dia SUPERB!
2. makanan seterusnya adalah aku suke makan asam pedas ngan ayam masak kicap makcik aku masak. sedap sampai nak jilat kuku jari! peh secret recipe katanya!
3. last sekali aku suke makan sup ayam yang aku masak sendiri. wakakaka. 

Jenis air apa yang korang paling suka? bagi 3 jenis.
1. aku suke minum air limau ice lepas makan kononnye leh neutralkan sikit kolestrol dalam darah lepas mentekedarah benda berlemak
2. aku suke minum soya bean coz mengenyangkan n leh wat otak laju sikit. nape? xpercaya?
3. last skali aku suke minum air tembikai yang betul2 jus tembikai. pastu asyek nak g toilet je. hehe

Which type of food yang korang prefer? Pilih 3..
Malay, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, arabian
semestinya aku pilih makanan Melayu coz sedap n pedas..
then makanan western coz aku dok mencekik fries, chiken n lamb chop segala.. itu maknanya tekak aku leh menerima ngan cemerlang.
last aku akan pilih arabian coz makanan dia berempah mcm makanan melayu gak. pastu dia banyak gunakan kambing, I LIKEEEOOO.!
makanan yang paling aku xleh terima adalah makanan jepun. hoho!

Apa 3 makanan yang korang paling expert masak? Dalam kata lain takyah tengok resepi tapi at the same time bila orang lain rasa akan kata Wah,gila sedap!
banyak makanan yang aku tau tanpa melihat helaian resepi.. tapi bile diingat2 balik..ada 5 makanan yang selalu dipuji oleh keluarga aku.tapi xsure la ia berbentuk bodek kan atau ikhlas dari lubuk hati

1. nasik ayam yang aku buat tahun lepas. abang aku singgah rumah lepas dia shopping ngan bini dia. bapak aku ngah makan nasik ayam tu sambil pelawa dia. mule2 dia ckp dia nak rase je coz baru makan kat kedai. sekali lepas makan dia tambah 2x sambil puji2. wah terkembang idung selama 3 minit :D
2. semestinya sup yang aku buat akan mendapat pujian bapak aku dan konco2nya. aku memang suke sup, then aku kalau lepak umah kak ngah aku akan tanya anak sedara aku nak aku masak pe n diorang selalu request sup. lagi 1 bila lepas raya korban, mak tiri aku suruh aku  masak tulang belulang lembu yang ade kat icebox.satu periuk besar aku masak dan habis licin xsampai malam. heheheheh sweet memory.
3. abang ipar aku yang pendiam telah memuji kari daging yang aku masak mase aku form 4. haha aku terkembang idung lagi. 

Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?
wat masa ni benda paling mahal yang aku bayar gune DUIT SENDIRI adalah aku membayar RM50 untuk makan kat hotel coz fakulti aku wat majlis kecemerlangan kat hotel. benda lain yang aku rasa mahal adalah sewaktu aku belanje Mr.Ex aku di kenny roges, dua orang makan sampai RM70. 

Beri nama restoran feberet. Apa makanan yang paling sedap? bagi 3 restoran.
wat masa ni restoran favret aku adalah retoran Singgah Selalu kat Danga Bay. makan seafood kat sana sedap. macam2 ada, cume harga dia kadang2 mahal. then aku suke makan kat restoran ZZ kat JB. benda paling best adalah Mee Rebus Gear Box yang berharga RM7 sepinggan. restoran terakhir adalah restoran Anjung Warisan dekat je ngan Restoran ZZ tu. makanan yang aku suka, lamb chop ngan Dim Sum dia.. harga standard lamb chop RM20++ ngan Dim Sum ada dalam 6 bijik tu harga dalam RM7

Beri nama restoran paling mahal yang korang pernah gi & dibelanja. siapa belanja? makan apa?
Restaurant Friday. hidangkan western food. aku order pasta apa tah. bayangkan la. makan 3 dewasa n 2 kanak2 sampai dekat RM250. abang Shahir aku yang belanja. TQ bro!

Ayam, itik, lembu , kambing, burung puyuh, burung wak2, rusa, landak, merpati, ayam denak
Mana satu yang korang suka? Kalau korang suka tapi xde dalam list, ckap sendiri la..
aku paling suke ayam. coz senang nak masak, then aku suke kambing. oleh disebabkan bapak aku ade buat bisness bela kambing, secara automatiknya kalau ade majlis, mst bapak aku sembelih kambing n masak. tulangnya dimasak sup. xbau kambing pon n isinye lembut, untuk pengetahuan korang, daging kambing lebih rendah tahap kolestrol dia compare ngan lembu :)
aku pon suke seafood - udang, kerang, ikan pari n ketam

Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda. Dan makan/minum apa? Kalau korang ingat la kan..
first date kitorang makan kat foodcourt kat City Square jek. aku  order sizling yee mee dia plak makan nasi goreng thai. minum  plak aku minum lime juice, dia minum mango juice. macam mane aku leh ingat? coz kitorang selalu makan benda yang sama stiap kali dating n kadang2 je tukar selera makan McD, KFC atau kat mamak :)

 Apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang? Kenapa?
aku akan teringat kat Arep kalau aku nampak ketam ball atau udang. dia alergik binatang laut kecuali ikan. pernah sekali kitorang gi pasar malam same2 n aku beli ketam ball. aku tau dia alergik n tetibe dia mintak sebijik kat aku. aku dah warning nant sakit, tapi dia cakap sebijik je..aku kesian n bagi la kat dia. dia makan n 5 minit pastu dia dah tergaru2 jari tangan dia coz dah kuar bintik2 merah kat situ!

Kalau pegi rumah orang, korang akan berharap orang tu hidang apa?
aku selalu berharap orang tu hidang keropok lekor n sos dia, pergh atau karipap kentang! xpon aku harap dia hidangkan mee sup ke, mee goreng ke, mee hailam ke. haha nyum nyum!

Makanan yang korang tak boleh nak telan langsung. Samada tak sedap/ tak boleh telan langsung.
aku xleh telan taugeh. tapi kalau dah termakan,aku telan je, dan aku xleh telan tauhu goreng n tauhu sumbat. aku xtau kenape n aku xmakan ikan bilis dalam jemput2. hehe

Menu raya yang paling disukai?
aku paling suke makan ketupat atau nasi himpit dimakan bersama ayam masak merah atau masak kicap.aku paling suke ayam masak kicap makcik aku,sedap!

Jajan/ cekedes yang korang suka
aku suka makan keropok BIKA ngan Super Ring.
gule2 plak aku suke gule2 cap udang yang ada plastik leh dimakan ngan gule2 KOPIKO
coklat plak..aku suke PICNIC ngan Cloud9 yang ade kacang2. *aku xsuke coklat bar.

Beri 2 makanan yang emak korang masak yang korang paling suka?
mak aku dah lame xade. so aku suke kakak aku masak ngan makcik aku yang kat kampung
aku suke kaklong masak sambal udang 
suke kak ngah masak sweet sour
suke cik rahimah masak ayam masak kicap n asam pedas ikan sembilang.
SUPERB!

Makanan yang paling pedas yang korang makan? Sape masak?
aku sukekan makanan yang pedas2. aku suke makan sambal ketuk kat kampung, cik rahimah aku la yang masak. sambal ketuk tu macam sambal belacan, cume ditambah ikan bilis goreng. paling syok makan nasik panas+bayam masak air+ikan kembung goreng +sambal ketuk. siyes aku makan sampai pening kepala n aku tambah banyak kali!

Korang klu jumpa orang yang TAG nie, apa agaknya yang korang akan hidangkan?
aku nak hidangkan nasik ayam la. senang. xpayah pk nak wat lauk ape!
pastu air sirap bandung
pastu puding castard suruh kakngah buat. hehe


P/S.aku tag kat semua!
:)

4 comments:

ANATI SOKI said...

alahai ckp pasal makan. kamu mmg suka wat anat terliur tau. hehehe
anat super suka makan ikan bakar dengan air asam yg pedas2 tuh.. fuuuh. sedap!

cik sakdi said...

anat,kalau bab makan laju je,haha same la kite! hehe

NICK IRFAN said...

alamak! pasal makanan plak ni yg buat sy lapo ni ni

cik sakdi said...

incik irfan.. anda sakit. sila jaga makan anda. TQ heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...