Monday, January 17, 2011

wonderland Melaka yang hebat

HELLLLLOOOOOO..

seperti yang dimaklumkan kelmarin aku dah pon berjaya membuang duit aku untuk membeli belah di Dataran Pahlawan sambil menengok wayang
malam smalam aku rase takot2 berani jek nak tido lepas si mira padam lampu
aku tetibe teringat semua adegan yang terkejut dalam movie tu
tapi last2 aku tdo gak lepas aku mengalihkan perhatian kepale otak aku kepada sesuatu yang lebih positif sebagai contoh menjadi kaya dan dapat hadiah yang banyak!
si Aten b4 tido dah memekak kat aku si Naili datang kul 10pagi
aku pon buat alarm dan paksa diri tido

semalam...
seperti yang dijanjikan aku siap2 b4 kul 10
aku xsempat pilih baju ape
last2 aku bantai tee shirt rm20 yang aku beli kelmarin
tepat kul 10 si Naili da terpacak kat tempat parking depan Tun Merah
cepat2 aku amik kasut dan turun dengan gembiranya

hey hey!!! :)
lokasi pertama yang kitorang gi adalah mencarik tempat brekfast di Ayer Keroh
Si Fatin anak jati Melaka hampeh xleh harap utk menjadi GPS kitorang
last2 aku yang cute bijak ni jugak  yang tunjuk jalan g tempat makan yang aku n kaklong selalu singgah kat ayer keroh tu
si Fatin, kalau bab2 jalan, xpayah la mintak dia tunjuk. PELUPA!
dalam 15minit mencekik sekeping roti telur
kitorang pon meneruskan perjalanan gi Wonderland yang sekangkang kera je jaraknya tu
semua dah senyum2 gembira coz dah lame xmain air same2
last pergi mase aku part 2 kot, kitorang gi mandi2 kat A'Famosa WaterWorld kat Simpang Ampat
now.. masanya nak g cube benda yang baru bukak tahun lepas kat Melaka
bukannya apa...
Ade sedikit kejelesan apabila si Mirul ngan Faris pernah gi WonderLand tu
tapi kali ni aku akan berlagak pade diorang yang aku pon gi jugek!!
(^______^)

 untuk menjadikan blog aku sedikit berinformasi..
akan aku sharekan sedikit benda yang korang patut tahu pasal Wonderland ni
kepada sesiapa yang menaiki kereta dari Lebuhraya Utara-Selatan,
leh la exit kat Ayer Keroh dan kuar ke simpang yang ke Bandaraya Melaka
lokasi nya senang je nak dijumpai
aku suke pasal melaka ni sebab satu jek
diorang suke buat tempat2 menarik kat satu area jek
contohnya museum kat Melaka ni
kalau korang gi Bandar Hilir, berderet museum korang leh gi
kalau kat ayer keroh plak
sederet sepanjang jalan besar tu korang leh jumpa Zoo, Taman Buaya, Taman Mini Malaysia, Museum Lebah, Museum Rama2..
dan Wonderland ni pon terselit diantara mereka2 ni
untuk lebih jelas, aku sediakan peta untuk korang tengok sendiri



sampai jek,kitorang terus carik parking..
ha... lagi satu aku suke Melaka ni,
parking n toilet dia murah.toilet xpayah bayar kalu gi DP atau MP
parking kat Wonderland ni xperlu dibayar

masuk je tempat tu, aku terus kuarkan kamera
dan kitorang pon snap gambar mcm nak gilo.

yahoo sampai pon!

muke excited!

fatin dah penah datang pon masih nak excited giler

otw nak ke kaunter sempat singgah snap gambo



tiket pulak
pade hari weekend :
dewasa RM30
kanak2 RM20
warga emas RM15
weekdays.. lupe! haha

ok sampai pon kaunter akhirnya!


pelampung plak dia ada sewa yang single, double n triple
harga
single : RM10
Double : RM20
Triple : RM30
dia akan pulangkan separuh..contohnya kite sewa yang double RM20..nanti kite pulangkan pelampung tu,dia akan pulangkan RM10 kat korang..
sebelum apa2
korang kenelah simpan barang korang kat kocker yang disediakan
xnak simpan pon xpe,,
tapi kalau ade barang berharga ilang.. pandai2 la sendiri ye :)
locker RM4
leh muat 2 beg je.

aku sediakan plan utk korang
lepas je tukar baju..
semua benda kitorang try sampai lenguh2 badan
semua tempat best sampaikan tempat kanak2 pon kitorang bantai main
slide semuanya kitorang bantai main kecuali ada satu slide yang kene pakai swimming suit
tapi semuanya SYIOK!

slide ni syok coz korang kene guna something mcm tikar dan kene meniarap.
tempat budak2 yang best coz ade baldi besar dan dia akan simbah atas korang



xrugi untuk korang bayar RM30 dan bergumbira selama 5jam
tarikan paling best pada aku kalau datang mase weekend
ade maskot2 yang comel terkedek2 wat chiken dance ngan wat tarian poco2 kat pentas
semalam je ade dekat 8ekor haiwan maskot yang comel dan colorful muncul 2 jam sekali
kepade manusia yang suke benda comel dan gilerkan foto..
aku sanggup tukar baju cepat2 bile dengar music yang menandakan maskot2 tu datang pentas
sementara diorang ngah wat chiken dance n poco2
aku, killa n fatin cepat2 siap2 utk kejarkan n dapatkan mereka
bila siap je,
aku n killa terus berlari pecut naik bukit g kejar maskot tu n dapatla snap gambar ngan mereka
comel kan mereka??
kan?
maskot biru pakai pempes
dinosaur pink yang baik hati
dinosaur biru yang pemalu. :)
peace!!!!

lepas penat ambik gambo..
kitorang pon g lepak2 kat corner yang menyediakan kerusi urut
masukkan je singget, dia akan urutkan korang selama 3 minit
sambil2 rilex2 aku pon berangan syoknye kalau kat umah aku ada sebijik
pastu berangan lagi kalau aku da keje aku nak belikan bapak aku kerusi urut macam ni..
(^__^)

tau2 je orang akan gune krusi ni...

 b4 balik..
kitorang beli gambar yang diorang amik
sekeping RM20, 2keping  RM30
tapi kitorang bantai beli   4 keping
sumpah buruk gambar mase jerit2 segala.. tapi kitorang beli gak. HAHA

jam kesayangan aku tuu.. hoho
tepat pukul 4suku
kitorang pon gerak nak balik
perut dah lapar
badan dah bunyik2 coz dah sengal2
kitorang pon gi mencekik kat McD


aku macam biasa la
xsuke burger..
aku order la Bubur Ayam + Milo + Fries
last2 bubur ayam yang lagi 5 sudu nak habis pon aku xmampu nak habiskan coz tekak aku sakit
mase mandi2 tadi xpulak tekak ni nak sakit
lepas je habis..
kitorang terus berambus kembali ke Lendu aka London

ok bye nak berambus dulu~~


bile aku sampai bilik..
aku perasan yang muke aku sunburn tahap ke 2
tadi gi kelas ramai yang tegur coz muke aku yang xberapa nak cerah ni.. kembali gelap.
HAHA nasib aku la..

peace!!!

sunburn? padan muko!
BUBYEEE

4 comments:

Cikbelog said...

tak pernah jejak melaka wonderland walaupun dah masuk tahun keempat duk cini,hheee

cik sakdi said...

lorh wonderland best ooo. ok la dari zoo melaka, hee

zazaw said...

melaka wonderland bestt oh
:)

cik sakdi said...

zazaw.. betul tuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...