Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Wednesday, March 16, 2011

contact lens dan aku

HELLOOOOOO.....

kelmarin aku balik dari kelas BEL kat blok B dan aku nampak la kat sana ade orang bukak booth cermin mata n contact lens.
miya ajak aku tengok kot2 ada yang murah ke, ape ke
tapi aku tertarik la kat contact lens aka kanta lekap yang berwarna itam

ni semua gara2 terpengaruh dengan si Killa yang pakai contact lens warna itam la
CIS!

so hati aku pon meronta ronta untuk mencube pakai.
kalau sem lepas aku pakai yang colorless sebulan je
nak jaga punyalah leceh..
tapi disebabkan aku ni jenis tak sedar diri dah tau rabun tapi malas nak pakai speck
so aku gagahkan jela diri aku untuk memakai benda alah ni
walaupon banyak cerita pasal keburukannya,
walaupon si bellon penah bagi aku warning supaye xpakai contact lens
tapi apakan daya..
leher aku ni dah lenguh la asyek nak terjenguk2 tengok whiteboard
leceh la aku asyik kene naik bilik balik coz terlupa bawak spek masa nak buat latihan kereta.
aku ni jenis mata kering,
so aku xakan pakai selalu la
pakai bila perlu jek.

 tadi aku datang balik kat booth tu ditemani killa n aten
kitorang pon survey2 ape yang patut
so dia check power mata aku
KIRI-150
KANAN-150
tapi untuk contact lens, dia akan reducekan 25
so KIRI n KANAN 125 jek
jumaat ni dah boleh amik.


 mengikut pengalaman aku
nak jaga memang susah la
secara automatiknya kene bangun awal nak gi kelas,
kene rajin gi toilet basuh tangan etc
so secara tak langsung ia mendidik aku supaya menjadi rajin. yeay!

untuk mengingatkan diri sendiri,
ni dia basic tips untuk pakai contact lens

1.    Cuci tangan bersih-bersih dan keringkannya dulu b4 pakai cotact lens.
2.   Gantikan contact lens cepat2 kalau mata mula rasa tidak selesa
3.   Jangan pakai larutan pembersih yang entah ape2 coz produk pembersih yang x betul dapat membahayakan mata
4.    Sewaktu membersih contact lens, gosok dengan hati-hati. Letakkan kanta kat telapak tangan  dan usap secara perlahan-lahan
 5.  Simpan  di tempat penyimpanan yang disediakan n jangan biarkan kanta kering
6.   Jangan biarkan mulut botol pembersih tersentuh sebarang permukaan lain atau dibiarkan terbuka untuk menghindari pencemaran.
 7. kalau nak pakai make up, pakai cotact lens dulu baru pakai make up.
8. pengang dengan hujung jari, bukan dengan kuku.
9. jangan tido dengan contact lens tu kalau sayang mata sendiri

SEKIAN. :)

nota kaki: hari ni aku, killa n fatin buat kerja bangang lagi iaitu naik moto ber 3. tengah2 jalan leh terserempak dengan pakguard, nasib baik dia buat2 xnampak. yang paling kelaka,aku rasa moto tu macam xlarat je nak bawak kami ber3. haha


8 comments:

apezs shah said...

huhuhu.. betol2 tips tu..:)
saya use it.

Anati Soki said...

tingin nk pakai.. tp takut.. heheh.. mata jadik seriau

cik sakdi said...

apezs,,, syiok kan pakai xpayah nak betul2 kan cmin mate, huhu

cik sakdi said...

anat,, kalau hang dok tonyoh mate xpayah la pakai anat oi, kihkih

Prince Halilintar said...

prince pun xpandai la pakai..malas nk jaga btl2..hehe

mak aii..naik moto b3..slmt xpancit tayar moto tu..hehe

cik sakdi said...

sekali seumur idup je price oi naik moto ber3. syiok gak! haha

Prince Halilintar said...

jgn buat selalu cmtu...bahaya gaj klu jatuh nanti..hehe

cik sakdi said...

kalau jatuh dapat MC. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...