Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Wednesday, May 18, 2011

HARI GURU

Assalamualaikum

ketika aku menaip entry ni aku sedang bermain msg dengan cikgu sekolah menengah aku
aku menghantar sms kat 2 orang cikgu paling aku sayang.

Cikgu Sihat

"cikgu, slamat hari guru. tq coz ajar saya fizik ngan sabar sampai saya dapat B. kekeh nak bangga jugak;"

30 saat kemudian...

"tq.. tu l.. nasib baik bukan C,D,E atau F. Haha. fizik naver easy."

sms seterusnya xpayah la nak tulis kat sini. hehe..

zaman 2008. hari sukan. hihi

Cikgu Zainon..

"Cikgu, ni Sadiah(nama skema) terima kasih coz ajar saya K.A(kejuruteraan awam) sampai saya dapat A. walaupon kat U saya x amik bidang tu, tapi saya suke jugak. mwah3 tq cikgu. selamat hari guru :)"


"terima kasih. mesti cikgu ingat kamu. tak kisah la amik jurusan apa, yang penting buat betul2. blabla..."
labuh gler tudung kat TiJB, hihi

manisnya ingat zaman sekolah
zaman mengepow duit mak bapak beli buku rujukan tapi xpernah nak gune
zaman cikgu bagi homework tapi aku dok mengopi jawapan member
zaman aku amik upah beli kerepek n kuih kat kantin dan setiap belian dicas 20sen
zaman bangun pagi dengan gigih dan sampai2 pagar je ade pengawas menyemak nak tulis2 name
zaman mencuci mata tengok budak2 elektrik lalu sebelah kelas nak gi lab fizik
zaman mengorat aka mengacau cikgu Sihat.al maklumlah bujang.. HAHA
semua benda indah  tu dah berlalu..

zaman university?
zaman awal sem je kaye raye tak ingat dunia, akhir sem mengepow bapak jugak.
zaman tengok awek hot n balak kachak
zaman buat assignment last minute
zaman online konon nak cari bahan, tapi dok berfacebook
zaman kalau xade kelas asyek membute
zaman kegemukkan yang melampau! hate it!
semua benda indah ni sedang aku lalui..

selama 11 tahun aku bermaustatin sbg pelajar bertudung labuh, kain biru n baju comot.
aku pernah 2 kali kne sebat kat tangan coz failed math n xsiap keje BM
aku pernah kene denda berdiri kat belakang kelas coz xbuat keje math dengan sir Ting
paper BM aku pernah dikoyakkan oleh cikgu melan sebab tak ikot format walaupon markah paling tinggi
aku pernah sembunyikan hp dalam tong sampah mase spotcheck
macam2 gelaran kitorang bagi kat cikgu yang kitorang xsuke
maafkan saya cikgu :)

dengan ini
aku nak mengucapkan terima kasih berjuta juta lemon kat semua cikgu yang pernah mengajar dan mendidik aku yang kuat ponteng sekolah untuk tidur di rumah

Sek Keb Seri Jaya, Benut, Pontian Johor
Sek Keb Sekudai Batu 10 Johor Bahru
Sek Men Keb Skudai Johor Bahru
Sek Men Teknik Johor Bahru, Johor.

jasamu dikenang.
:)

14 comments:

ZORA said...

samat hari guru walaupon ase cm da terlpas je..:P

adwafarahin said...

hehe comelnye msj ngan cikgu :P

cik sakdi said...

zora.. memang dah lepas pon. sepatutnye 16 mei. ni dah 18 mei. haha sayang cikgu punye pasal.kekekeh

cik sakdi said...

adwa, xpernah men msg ngan cikgu ke?? best tau. haha

FarahSallehuden said...

message dengan cikgu sihat? jealous tau! grrrr~

cik sakdi said...

FSS!! aku dah agak dah, kalau bab cikgu sihat mesti kau komen punye... dah agak dah, aku pon tunggu gak komen kau fss,, hihi ehem memang ade msg sikit2.. auwww, jgn jeles sayang. haha

FarahSallehuden said...

cis. maksudnya kau memang sengaja post entry ni kannnnn. cerita cikgu zainon tu buat cover2 hari guru ajee. cis. cis. cis sejuta kali.

nfatin said...

fizik never easy..

btul2x.. hehe..

cik sakdi said...

alololo FSS,, jgn majuk. kakakah tp msg mak enon tu memang betullah! takdak nak cover punye,, haha kau pon msg la cikgu, wish hari guru. aum2

cik sakdi said...

pena, memang x easy. sbb tu kite x minat. huehue

kiwi said...

orang sekudai..bile mahu dtg lepak utm..ngeee ^^

cik sakdi said...

xleh la kiwi. nnt pakguard halau, kakkah

YouSOF said...

Janji kita ingat nak wish kat cikgu yang pernah cubit kita, yang pernah sebat kita dan yang terus berjasa pada kita dengan ilmu² yang dia curah... kan.



Mesej dengan cikgu pun dulu je.. skrg FB je. kesian berapa ramai anak murid dia nak layan kalau semua nak mesej kan.. hehhe

cik sakdi said...

you, tol jugak eh, kalau kite msg, n budak2 lain pon msg, memang melambung la bill dia. haha tapi selalu gak berfacebook je. murah pon ye gak :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...