Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Tuesday, June 21, 2011

tiket Maharaja lawak buat lawak kat aku

ASSALAMUALAIKUM 

fuh fuh...
aku kene tarik nafas panjang sebelum memulakan hikayat aku
aku takut suhu badan aku naik 40 darjah celcius jek
walaupon tragedi tu dah berlaku hampir 5 hari yang lalu
rase macam semalam je aku melalak2 gare2 bahana tiket maharaja lawak aku

macam entry aku yang lepas..
aku punyelah excited nak balik JB kononnye nak tengok live Maharaja Lawak kat Stadium Tertutup MBJB
aku dah siapkan dah baju apa nak pakai pada malam yang berprestij tu
dah siap pk nak suruh abang aku park kereta kat mane..
dah gosok tudung awal2  dengan excitednya dan kunci jam untuk bersiap amik tiket pada hari Jumaat.
berbekalkan kehebatan aku naik bus gara2 aku takot nak drive sorang2
so aku dengan bersusah payahnya beratur bersama Ajib tepat kul 1 ptg..
kaunter tiket dibuka dalam kul 3.

orang ramai tak payah nak cakap lah
aku datang 3 jam awal pon orang dah ramai yang beratur
terkantoi kantoi lah ramai yang skip sembahyang jumaat. kehkeh

setelah 3 jam aku membatu, berdiri macam statue,
akhirnya barisan aku dah mule bergerak
tapi malangnya aku dah terdengar bunyik sorakkan ala2 mafia nak gaduh kat depan pintu masuk
dan alangkah kecewanya hati aku pabila melihat keadaan sebenarnya adalah seperti ni.

kalau nak tiket,, aku yang cute ni kene panjat pagar tu. HAHA

lepas je aku tengok keadaan macam tu..
aku sanggup panjat pagar tu kalau perlu dan aku sanggup dan sanggupp
tapi bile memikirkan aku seorang budak   perempuan yang sangatlah sopan
aku tak menunggu lame untuk pergi dari situ selepas sejam aku tercegat tengok lautan manusia yang berhimpit macam dalam tin sardin..


aku otw balik, masih beratus2 orang beratur 
last2 aku balik ngan kak seri
dan terserlah kesedihan Ajib yang kempurnan nak tengok live
sia sia 4 jam aku berdiri!

akhirnya aku menonton kat rumah dengan gelak tawa yang panjang walaupon hati rasa disiat2
serius aku sedih
aku sedih ni..
aku sedih... 
kesian tak? HAHA

p/s : kalau mase tu aku ade bf, dah lame aku paksa dia yang usahakan dapat tiket tu walau ape care sekalipon!
T__________T

Papai :)

8 comments:

Unknown said...

perghh..gile ramai doe org..

Adib Syazwan said...

sabor je la...moralnye..sila beratur 8 jam lbh awl...kuang3!

Far8 budak baik said...

kau ni kesian kat ajib..
4 jam kot lame tu..
beratur punye lah pnjg..grrr
alala..tgk kat astro ehh..lgi nmpk..
haha

cik sakdi said...

saleh. kalau kau kan kurus.leh menyelit2 amikkan tiket untuk aku. kehkeh

cik sakdi said...

adoi adib. ingat kite ni kaki besi pe? haha

tia @ Ini Kisah Tia said...

hahaa . tergelak2 Tia baca ni . habislahhh . biasalah . artis ..

Pamie said...

waaaaaahhh, gile hebat penangan maharaja lawak ni..nasib baik dok Labuan, dapat tengok kat tv je ML ni..tapi astro warna pun takde, tengok kat utube je..hehehehe..

cik sakdi said...

bro fahmi,, memang la sanggup tau balik jb nak tengok, tapi xdapat lak nak tengok :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...