Sunday, September 18, 2011

Best ke beraya di Singapore? (part1)

HAI HAI


aku baru pulang beraya dari Singapore.
ecece habis hebat la kan kau beraya kat sana weh??
aiseh.. bukan la hebat, tapi aku sebenarnya tu jela yang mampu aku cterkan kat korang.
kadang kadang aku bengang la ngan budak2 yang kampung diorang ada bendang aka sawah padi.
serius aku suke sawah padi walaupon aku xpernah jejak.
kat sawah la kite leh layan perasaan dan amik mood.
ehem.
nak cari bakal suami yang mewarisi sekeping bendang la.
kihkihkih.


ok enough!

kembali ke tajuk asal.
dah lame sebenarnya aku tak balik Singapore.
ade la dalam setengah tahun x balik..
Arwah mak aku orang sana.
so aku banyak sedara mara yang best kat Singapore.
kiranya tu kampung aku la walaupon dah tak serupa kampung.


bila aku bgtau kawan kawan yang aku nak beraya kat Singapore..
ramai yang excited lebih. 
pada pandangan diorang Singapore tu HEBAT giler!!
tapi pada aku, memang la beraya kat sana best..
tapi ada jugak benda yang TAK BEST!!
bukan apa. kadang2 kawan aku sanjung kota singa tu sampai lupa yang Malaysia pon best.
siap kutuk2 Malaysia xbersih mcm Singapore la, sekolah kite ketinggalan la apa la..
padahal diorang bukan pernah jejak pon Singapore tu..
cakap nak gebang!


Mungkin semangat Nasionalisme aku sangat tinggi..
sebab tu aku rasa nak sekeh2 je member yang over react tu.
setiap kali aku melangkah ke Singapore tu..
memang la aku kagumi negara tu..
tapi pada masa yg sama.. aku nak cepat cepat balik ke JB.
tadi masa aku lepas tambak johor..
aku nampak la bandar JB dari tambak tu.
masa tu aku rasa bertuah giler jadi rakyat Malaysia.
rasa nak lari lari keliling JB bawak sepanduk
" I LOVE MALAYSIA"



nak cerita panjang tak boleh.
aku sakit perut..
dah muntah 3 kali bersama berry berry yang tak kronik.
harap harap esok aku sihat.
lain kali aku citer pasal singapore,

OK. selamat berhujung minggu !!


p/s: sumpah aku terharu. bila aku berpesta muntah kat bilik air, kucing aku yang tengah tido dua dua datang kat aku. pergh rasa nak menagis oooo :')


22 comments:

Diyana said...

samaa,saya pon ada kawan yg sangat agong-agongkan singapura sampai saya rasa nak je suruh dia blah pergi duduk singapura tu

adwafarahin said...

i love mesia Nyah hahaha :P

cik sakdi said...

haha diyana,, suruh la diorang idop kat sana, nak tengok, leh idop ke x diorang tu. hahaha

cik sakdi said...

adwa, nak manje2 plak dia. meh tlg aku bawak lari sepanduk, haha

ArulchelseA said...

sy banga jd rakyat malaysia...

muhamad hanif said...

malaysia tanah airku. Sekian.

budakijaupendek said...

ohhh sgt memahami la kucing sakdi.
em tak pernah pijak kaki kt sgapore pun. haha

Puan Kutu said...

tumpang bangga ada anak merdeka yg bangga dengan malaysia walaupun berdarah campuran singapura..teruskan semangat patriotik anda.hehe..

ZORA said...

Malaysia is the best..:P

Anif Abdullah| AA said...

dah elok sakit perut lom?
Malaysia di hatikuuu :)

cik sakdi said...

fara,, aku pon sangat memahami kucing2 aku. mereka kiut. mcm aku. haha



puan kutu,, malaysia paling best. nombor satu gituu.

cik sakdi said...

anif,, dah OK sikit la agaknya.. sikit la. :)

aleen aiden said...

oit,gambar xado?haishh.hampa! :P

cik sakdi said...

aleen.. ada la. tunggu la aku cter nnt. kahkah

Cik Jannah said...

waaa.. yang ni yang minat kucing tuh kan? hehehe. :) suka3.

bestla dapat gi sana..

iMBobo said...

suasana raya meriah tak kat sana?huhu

cik sakdi said...

imbobo,, xmeriah la., xsemeriah sini, hehe

chemay said...

chemay belajar kat jb.
tapi tak pernah teringin pun nak jejakkan kaki ke sanaa..
negara tuh negara curang laaa.
sibuk nak clash denagn malysia .
-.-

abghani said...

bestnya dpt duit raya sin dolar

Prince Halilintar said...

betul tu..prince cintakan tempat tanah tumpah darahku..hehe

prince xpernah gi sgpore lagi..jom pegi nak..haha

Acik said...

pegi singapore masa kecik2 dolu jer ....
singapore hebat eh? heheheee :)

KhaiRin said...

bla la akn smpi ke singapore plan je tp x pegi2 jg

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...