Monday, September 19, 2011

Tips ke Singapore :)

HAI HAI assalamualaikum.


macam mane mood korang??
mood nak exam??
mood xade duit sbb dah tengah bulan??
mood raya??


Ok, sekarang aku nak sambung entry lopeh..
pasal menjejakkan kaki ke Singapore.
ciss.. aku ni baru gi Singapore dah kecoh..
belum gi London lagi tu..
aku bukannya apa.. aku cume nak share beberapa benda yang korang kene alert masa korang masuk Singapore.
bahan bahan yang bakal aku ceritakan ni aku kumpul dari mak cik aku, sedara aku dan sape2 la yang cerita kat aku mengikut pengalaman sebenar.


1. Passport dan kad putih

benda pertama yang korang kene ada sebelum masuk singapore, mestilah passport.
passport international k. 
kalau dulu zaman aku kecik, kami orang johor dibenarkan ada Passport Biru.
passport khas untuk masuk Singapore je. lebih murah dari international passport.
tapi skarang dah tak de dah..

kalau boleh sebelum korang bertolak tu,
isilah kad putih dulu.
so xade lah kene tunggu berjam jam kat kaunter imigresen tu.
pegawai yang jaga counter tu pon xbengkek dengan korang.


ignore tulisan buruk aku ok!!
kad putih tu leh korang dapatkan extra kat JB sentral..
atau masa pegawai tu ngan cop2, korang mintak la sebijik dua.
nanti nak gi lagi xade la kelam kabut.



2. Benda larangan di kastam.

banyak ye peraturan kat kastam Singapore.
benda yang korang kene tahu..
korang dilarang keras!!
bawak rokok cume 2 kotak je boleh.
dilarang keras membawa daging.
x kesah lah daging ayam ke, daging lembu ke..
daging yang dah dimasak pon tak boleh.


mengikut cerita atok sedara aku..
hari tu dia pergi kenduri kahwin kat Pontian..
dia pon bawak telur pindang 3 bijik.
bila kastam jumpa, telur tu dibuang.


budak budak yang dah besar sikit xleh duduk kat pangku mak k.

mercun pop pop pon xleh bawak masuk.

ni antara benda pelik la yang aku discover, hehehe.



3. Autopass dan kupon..

sesiapa yang memandu kereta dinasihatkan membeli Autopass.
mungkin diwajibkan.
leh dibeli dan di topup kat pejabat imigresen lepas cop cop passport.
harge dia 10 dollar.

bukannya apa. 
kalau korang nak parking, tinggal scan je autopass ni.
kitorang nak parking kat rumah makcik aku,
bawah flat tu,, kene ada autopass baru leh masuk.
kalau xade, leh la beli kupon dan parking jauh jauh.


inilah autopass! kihkih
kalau kat tempat parking tu xade scanner 
korang kene la bubuh kupon.
jangan nak skip skip.
jangan buat buat terkejut beruk kalau tetibe dah ade surat kat situ. hehe



4. Jangan, Dont!


Kat Singapore, memang strict beb.
probability korang untuk dapat saman adalah tinggi.
naik LRT pon bayak benda yang korang tak boleh buat.
antaranya minum.
korang haus macam mana sekalipon, DILARANG minum.
baby pon tak leh minum susu kat dalam LRT.
makan pon tak boleh.
chewing gum dilarang keras.
pada aku bagus la.
nak disiplinkan rakyat.

kalau naik public transport,
tak boleh bawak benda benda yang berbau menusuk hidung.
contoh durian. 
korang leh dihalau dari bus atau LRT kalau bawak benda alah tu.
nak bawak gak, naik kereta sendiri atau teksi atau jalan kaki! :)
mak usu aku pernah kene marah da.......


selain dari tu..
benda ni selalu orang Malaysia buat.
diorang tak tahu.
selalunya kite akan berkonvoi 2,3 kereta kan??
so bila lepas je kastam kite mestilah nak tunggu kereta kawan2 kita.
kita tak boleh berenti sesuka hati.
kat bustop pon tak boleh.
kurang dari seminit, moto polis akan datang dan suruh korang pergi.
so jalan kat singepore xada la kereta yang landing kat tepi jalan melepak2 isap rokok.


benda paling terkenal mestilah dilarang meludah dan buang sampah.
jangan ingat kita leh sembunyi sembunyi buang sampah.
polis kat sana memang ramai.
ada spy gitu. hehe


korang tak boleh bising bising kat rumah.
macam korang tau, kat sana 80% duduk kat flat.
tapi flat diorang lawa ooo.. mcm mcm design.
sape yang duduk rumah bawah atau banglow tu memang dah habis kaya beb.

dah nama pon dok ramai2 kat rumah flat tu..
banyak ragamnya.
korang dilarang buat bising.
contohnya ketuk dinding lama lama ke..
hentak kaki ke,, jerit jerit ke..
silap silap polis naik rumah korang Ooooo..
mak usu aku lagi..dia dok tingkat 20.
pernah sekali dia tumbuk lada kat lesung batu..
dia lupa nak alas. so bunyik kelentang lentung!
jiran bawah naik atas datang umah dia, sound.
padahal xadelah lama sangat mak usu aku tumbuk lada tu.



5. OH sesat!

kalau sape2 ade GPS..
elok lah bawak.
ataupon gune google map before nak ke destinasi.
kalu dah terlajak simpang,, sakit ooo nak pusing balik.
dah la memanjang hiway.
lagi lagi kalau nak carik rumah sedara mara.
sesat tu perkara biasa je..
abang aku yang agak expert jalan kat sana pon leh terlajak sampai Changi Airport.
hahah



OK lah.
aku rasa tu je benda yang korang patut tau kalau nak ke sana.
jangan coba coba nak mendajal kat sana.
jangan nak drive laju laju..
sebab tu brader2 kat sana yang pakai ferari, A.Romeo bawak steady je 100km/h
nak mampos tetibe surat saman datang?
sebab tu aku jarang dengar Singapore kemalangan maut.
kalau orang sana yang maut kat lebuhraya Malaysia ramai le.


sorry la entry ni terlebih panjang. 
untuk kebaikan bersama..


BYE.... :)


p/s: jum gi singepore lagi nak? belanje la aku. haha

26 comments:

abghani said...

botul tu cakap kau..aku kono saman tk leh kuar s,pore selagi tk bayar saman

abghani said...

botul tu cakap kau..aku kono saman tk leh kuar s,pore selagi tk bayar saman

abghani said...

botul tu cakap kau..aku kono saman tk leh kuar s,pore selagi tk bayar saman

abghani said...

botul tu cakap kau..aku kono saman tk leh kuar s,pore selagi tk bayar saman

cik sakdi said...

abghani kono saman sebab ape?? buang sampah ke??dah la saman kene bayar gune sig.dollar. huhu

Prince Halilintar said...

haha..macam leceh plak nak pegi sgapore tue..mcm2 xbolh ek..nk pegi eropah lar gitu..

cik sakdi said...

good idea tu prince, jum la ke eropah. kehkeh

KhaiRin said...

sblm ni dgr je tp bla bc n3 ni makna nyer benarlah apa yg sy dgr tu

cik sakdi said...

kak anis memang tepat la ape yg akak dgr tu.smua ni reality. dari sumber yang sahih, hehehe kene disiplin la sampai sane. hehe

budakijaupendek said...

nice info sakdi =)
fara pun takut nak memandai kt negara orang.
kang msuk tahanan tak lepas balik mlysia woo.. haha!

Hanih Borhan said...

dah lama tingin nak p singapore tp gila lah depa punya pantang larang...

disiplin mmg disiplin tp no fun lah...xbebas...hu3

wallahualam...

ArulchelseA said...

wow banyaknye..tk penah pegi lagi..

Anif Abdullah| AA said...

mak aii.. ingat baru nak p singapore,buat trip untuk esaimen..
besela,singapore kannn.. hurm..

cik sakdi said...

ala fara.. kalau g sana jgn la langgar peraturan dia. best ooo kat sana




hanih,, mane tau kan skali2 nak rasa gi universal studio ke.. pejam mate je. haha

cik sakdi said...

arul. banyak lah.. jangan langgar tau! kalu x melayang duit :p




anif, watpe nak gi sana? assignment apa?? jgn tdo sana. tdo jb. murah sket

Umie Artoqiemie said...

bilalah aku dapat pergi luar negara nih =(

ZORA said...

duk malaysia ag best la..hahaha

norh said...

susah betul nak jumpa sign board kat s'pore.. wajib guna gps..

cik sakdi said...

alah umie,, naik bus la weh xpayah naik plane. haha



zora,, org x ajak pon dok singepore. adehhhh. lg 1,,ngara maju mmg mcm tu..



kak norh,, kat sana signboard dia basic je. sesat payah :)

Wanie said...

ehehm2..dok johor kan?xkan baru g singapore?huhu..singapor ni kan negara bersih, macam2 kan peraturan die..tak penah sampai lagi..

cik sakdi said...

adoi kak wanie. sejak baby dah gi singapore tu,sbb tu banyk info.stiap taun lepak sane oo. ecece blagak lak, haha

aleen aiden said...

aku xpnah tau plak org johor dlu ade pasport biru n bley masuk singapore pkai pasport tu.hu3

teha said...

siyes teringin nk g singapore !

Saiazuan said...

tak pernah sampai lagi.. insyaAllah one day will :D

iMBobo said...

bagus singapore buat mcmtu kan..mungkin juga sbb bandar dia padat..malaysia ni luas lah plak..sbb tu semua org buat suka hati je hehe

cik sakdi said...

aleen.. pasport tu zaaman dulu mase aku sekola renda la weh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...