Friday, September 30, 2011

Petua: Gigit Kasut

HAI HAI..



korang mesti pernah dengar kan petua gigit kasut?
nak bagi kasut tu x gigit kita..
kita gigit kasut tu dulu.


Aku sejak azali memang senang melecet kalau pakai kasut bertutup.
sebab tu aku lebih rela pakai sneakers ataupon slipper.
pernah sekali aku beli kasut..
baru pakai sejam dah berdarah2 kaki aku.
pergh.. seksa 00oo..


kawan kawan aku selalu menasihatkan aku kalau beli kasut..
kite gigit dulu kasut tu.
so, pada hari raya yang lepas. aku membeli sepasang kasut yang agak mahal.
yela dah kerjanya paw adik beradik.
so dapat la beli kasut mahal sikit kan..


punye excited dan confident aku gigit dua dua kasut tu sepenuh hati
sambil doa mintak mintak kaki aku x melecet.
aku siap tampal Heel Grips ni kat Watson dengan harga RM12++ x silap aku

ni lah benda nye..


Korang mesti tertanya tanya kan berkesan ke x petua gigit kasut tu pada aku..


result dia 

!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
V





BISE SIOTTT KAKI AKU NAK BERAYA...



OK petua tu x jalan pada aku.
xkesah la mahal ke x kasut tu.
xkesah la sekuat mana aku gigit.



Korang pernah try atau ada petua lain? ceciterrr


BYE!!

p/s: aku bz. xsempat melawat blog korang. ada 3 paper berturut ni. hehe

Thursday, September 29, 2011

Ingat lagi wahai bayi 90an : Joe Jambul.

HAI HAI 

majority kawan blog aku adalah bayi awal 90an dan akhir 80an.
so kite melalui zaman yang serupa..
main masak masak.. main kawen kawen..
gi sekolah dok tayang Shaker..
layan iklan Axion n sabun Trojen.


sampai ke hari ni..
aku masih musykil dengan satu benda
korang pernah layan citer Joe Jambul?


aku zaman dulu punyelah obses dengan Joe Jambul.
tak ada sape leh lawan jambul beliau.
mata aku tersembul sembul tengok show ni.
layan mood ooo. hilang stress kalah main polis entri.
tengah main sembunyik2
aku sanggup sembuyik dalam rumah nak tengok abang Joe.
aku suke Joe Jambul walaupon dia penjenayah.
kecik kecik dulu mane tau penjenayah tu ape ;)



Joe Jambul masih misteri hingga kini.
xada kesudahan.
xada ending.
atau mungkin aku miss last episode Joe Jambul.





JOM layan joe jambul seminit.


BYE :)



Wednesday, September 28, 2011

Sunday, September 25, 2011

3 Sebab Aweks tak reply SMS dengan tiba tiba.(part 2)

HAI HAI HAI...


aku dah habis exam dah. kehkeh nak berlagak jap.
siap berjimba makan KFC lagi tau!
aku ada gap 5 hari, pastu 3 paper berturut2 
Hamik kau!!


OK sekarang aku nak sambung lagi 3 sebab kenapa aweks korang x reply SMS dengan tiba tiba.
seperti sedia maklum.. aku tak ada kene mengena dengan ini drama.
ni semua pengalaman kawan kawan aku la.
serius ni...


antara punca awek korang x mau reply msg adalah ;



1. Anda mengeluarkan kata kata LUCAH!


benda ni memang pantang atok nenek okey!
berani betul lelaki lelaki ni membuka topik yang berbaur lucah.
boleh dikatakan 99% wanita termasuk bapok..
MENCIK kalu lelaki naik daun. 
kalau ada perempuan yang suka pon. tu tergolong kat awek ON GERSANG yang hantar SMS secara rambang.

contoh SMS separa lucah adalah :

aweks : hihi kelaka betul tadi I jumpa lelaki jatuh longkang..

balaks : sayang. I nak tanya sikit boleh x :) 

aweks : ha tanya lahh..

balaks : U pakai br* kaler apa??

aweks : Wadefak???


ni antara dialog lucah yang paling ringan la aku leh bagi contoh,.
kang aku bagi yang extreme kang,, ternganga pulak!
So jangan la buat perangai huduh mcm tu.
bawak bawak la tahan OK!



aweks : hihi kelaka betul tadi I jumpa lelaki jatuh longkang..

balaks : sayang. I nak tanya sikit boleh x :) 

aweks : tanya la...

balaks : U buat apa la sampai I sayang giler kat U :)

aweks : Hhahaha u ni kelaka,, hihihi suke suke!


Ha.. kan lebih elok beromantik gitu.. awek pon suke. HAHA



2. Anda hanya membalas 'K'


menjadi pantang bagi seorang perempuan yang hatinya selembut sutera..
apabila si balaks hanya membalas ayat yang ciput.
rasa diri ni mcm terhegeh hegeh OK!
dari mood nak reply SMS ada, baca je SMS ciput. 
terus rasa macam nak baling hp je. *emosi.
contoh yang paling annoying mestilah 
'K..' 'OK' 'Haha'
'Owh..' 'Hehe'

balaks : jadi ke hari ni u gi holiday ngan family u?

aweks : jadi lah, ni I tengah siap siap..sukenye I..

balaks : Owh..

aweks : ......grrr.......


bertapa sakitnya hati..
kite beriye iye nak citer.. jangan la balas sedemikian rupa.
terluka hati kite tau. kehkeh


cube korang gunakan kesempatan yang kiut tu untuk beramah mesra dengan si dia.
alang alang dah ada topik tu kan..


contohnya :

balaks : jadi ke hari ni u gi holiday ngan family u?

aweks : jadi lah, ni I tengah siap siap..sukenye I..

balaks : u tau x.. I pon pernah gi Pulau Kerang tu jugak. I pernah nampak kucing bunuh ular. ala yang I cerita hari tu.. huhu

aweks : ish betul ke baby? Ish seramnya I.. I nak carik kucing tu la. hihi

balaks : pastu I jumpe blablabla....




3. Anda bakal ditinggalkan.


Fuh..
 kalau la sebelum sebelum ni awek selalu bengang pasal 5 sebab yang aku listkan sebelum ni..
kemungkinan bila tiba masanya dia x reply msg korang pasal dia dah x hingin dengan korang.
masa tu kalau korang ubah sikap macam mana pon..
dah xada gunanya..


entry ni kalau diterbalikkan pon boleh.
yang aweks aweks tu.. jagalah perasaan balaks anda juge.
jangan nak ikot mood korang jek..
kalau malas nak kecik kecik hati..
xpayah SMS. senang. duit pon jimat. hihi

duit jimat leh beli bear besauuuu!!! :)

OK.. sekian tips berSMS berakhir di sini.
aku nak jaga kucing aku.
 dia muntah muntah pastu berak sampai xkuar apa apa.
terkantoi aku usha dia berak.
Doakan dia cepat sembuh :(


BYE..

Saturday, September 24, 2011

3 Sebab Aweks tak reply SMS dengan tiba tiba.(part 1)

HAI HAI.
selamat berhujung minggu.



Hari ni aku nak share sikit pasal tips ber SMS.
sejak aku menjadi Tuan Penasihat kepada beberapa pasangan bercinta..
aku sering dihujani pertanyaan dari lelaki lelaki yang xmemahami perempuan.
memang perempuan ni complicated, tapi lelaki ni kadang2 terlalu mengambil ringan tentang perasaan perempuan.
kehkeh.. ayat nak sastera.


antara punca si awek TAK REPLY sms korang adalah ;




1. Anda membuatkan dia marah.

tengah sedap2 SMS, kadang kadang lelaki ni tak alert pasal apa yang dia cakapkan.
main hembus je..
kadang kadang gurauan yang xmacam bergurau.

contohnya:

aweks : sayang, u tau tak.. paper Statistics i susah giler.. I xdapat jawab satu soalan.. :(

balaks : i tak tau pon...
(niat sebenar nak bergurau)

awek : terus OFF henpon!


Uish.. temperature awek tu leh naik mendadak oo..
yang si balak ni pon satu. dah tau awek ngah tension, bergurau la dengan cara yang betul.


contohnya :

aweks : sayang, u tau tak.. paper Statistics i susah giler.. I xdapat jawab satu soalan.. :(

balaks : i tak tau pon. hehehe.. dah la jangan la tension tension. nanti kite keluar jalan jalan i belikan u coklat. kurang stess... Ok sayang.. 



2. Anda membosankan!


OH. benda paling bosan di dunia bila lelaki SMS benda yang sama.
tak kesah la laki tu hensem macam bradpit sekalipon!
hari hari cakap benda yang sama. nak muntah hijau tau!!

contohnya:

balaks : hai cantik manis. u tengah watpe?

aweks : hmmm tengah makan.

balaks : nak sikit...

aweks : amik lah..

balaks : hmm sedapnya. tq baby!

aweks : ok..

balaks : hehe

aweks : .............

pergh.. kalau 4 kali makan.. 4 kali sms yang sama dalam sehari..
mau berak hijau Ooo..
selalunya perbualan akan dimulakan oleh lelaki kan.
apa kata korang mulakan topik yang menghiburkan..


contohnya :

balaks : hai cantik manis. u tengah watpe?

aweks : hmmm tengah makan.

balaks : wah makan apa tu? u nak dengar teka teki tak??

aweks : boleh jugak? apa soalannya?

balaks : kalau seorang penjual ice cream pergi ke bulan.. apa yang terjadi kat dunia ni?

aweks : hmm.. lelaki tu masuk surat khabar!!

balaks : salah.. hehe u mst xdpat jawab..

aweks: ala.. ape jawapannya? hihihi

balaks : dunia ni kekurangan sorang penjual ice cream. hahaha u terkena!

aweks : haha nakalnya u! meh i plak bagi teka teki...blabla...


ha.. kan lebih berbunga bunga SMS tu.
leh senyum senyum kan... jangan pulak dok ulang teka teki tu 40 kali.
tu pon x berkesan. hehe




3. dia mengantuk atau busy.

selalunya perempuan akan menyampah kalau dia tengah mengantuk atau busy,,
si lelaki paksa paksa utk reply SMS.
leh naik angin ooo.
badan letih.. leh plak laki gedik gedik nak manje..


contohnya...

balaks : semalam kan, i gi kelas pastu i jumpe kucing tu makan ular!

aweks : Oh yeke? i letih la. mata mengantuk la. ngantuk ni. sambung sok ye.

balaks : ala lek lu sayang.. baru kul 2 pagi. lom kul 3.

aweks : i ngantuk la. tadi i jalan kaki dari alor gajah sampai tampin tau.

balaks: ala jap lagi la. I xhabis lagi nak cter pasal kucing tu. please..

aweks : tet...(bunyik tekan butang OFF)



hah amik kau!
dah tau orang tu penat jangan la dipaksa paksa.
perempuan kan golongan lemah. makan pon sikit kecuali aku
So, bertolak ansur la..


Contohnya:

balaks : semalam kan, i gi kelas pastu i jumpe kucing tu makan ular!

aweks : Oh yeke? i letih la. mata mengantuk la. ngantuk ni. sambung sok ye.

balaks : La u dah mgantuk ye. Ok Ok. tido dulu tau. jangan lupe bace doa tido. :)

aweks : Ok. thanks, u pon jangan tido lambat tau. :)

balaks : OK. gudnite. :)


see?? 
kan indah kalau hari anda diakhiri dengan senyuman dan SMS yang suweet suweet dari aweks.



sebelum kite berpisah.




SMS lah dengan berhemah.

BYE


p/s: ni semua tak ade kene mengena dengan aku. hihi :)



Monday, September 19, 2011

Tips ke Singapore :)

HAI HAI assalamualaikum.


macam mane mood korang??
mood nak exam??
mood xade duit sbb dah tengah bulan??
mood raya??


Ok, sekarang aku nak sambung entry lopeh..
pasal menjejakkan kaki ke Singapore.
ciss.. aku ni baru gi Singapore dah kecoh..
belum gi London lagi tu..
aku bukannya apa.. aku cume nak share beberapa benda yang korang kene alert masa korang masuk Singapore.
bahan bahan yang bakal aku ceritakan ni aku kumpul dari mak cik aku, sedara aku dan sape2 la yang cerita kat aku mengikut pengalaman sebenar.


1. Passport dan kad putih

benda pertama yang korang kene ada sebelum masuk singapore, mestilah passport.
passport international k. 
kalau dulu zaman aku kecik, kami orang johor dibenarkan ada Passport Biru.
passport khas untuk masuk Singapore je. lebih murah dari international passport.
tapi skarang dah tak de dah..

kalau boleh sebelum korang bertolak tu,
isilah kad putih dulu.
so xade lah kene tunggu berjam jam kat kaunter imigresen tu.
pegawai yang jaga counter tu pon xbengkek dengan korang.


ignore tulisan buruk aku ok!!
kad putih tu leh korang dapatkan extra kat JB sentral..
atau masa pegawai tu ngan cop2, korang mintak la sebijik dua.
nanti nak gi lagi xade la kelam kabut.



2. Benda larangan di kastam.

banyak ye peraturan kat kastam Singapore.
benda yang korang kene tahu..
korang dilarang keras!!
bawak rokok cume 2 kotak je boleh.
dilarang keras membawa daging.
x kesah lah daging ayam ke, daging lembu ke..
daging yang dah dimasak pon tak boleh.


mengikut cerita atok sedara aku..
hari tu dia pergi kenduri kahwin kat Pontian..
dia pon bawak telur pindang 3 bijik.
bila kastam jumpa, telur tu dibuang.


budak budak yang dah besar sikit xleh duduk kat pangku mak k.

mercun pop pop pon xleh bawak masuk.

ni antara benda pelik la yang aku discover, hehehe.



3. Autopass dan kupon..

sesiapa yang memandu kereta dinasihatkan membeli Autopass.
mungkin diwajibkan.
leh dibeli dan di topup kat pejabat imigresen lepas cop cop passport.
harge dia 10 dollar.

bukannya apa. 
kalau korang nak parking, tinggal scan je autopass ni.
kitorang nak parking kat rumah makcik aku,
bawah flat tu,, kene ada autopass baru leh masuk.
kalau xade, leh la beli kupon dan parking jauh jauh.


inilah autopass! kihkih
kalau kat tempat parking tu xade scanner 
korang kene la bubuh kupon.
jangan nak skip skip.
jangan buat buat terkejut beruk kalau tetibe dah ade surat kat situ. hehe



4. Jangan, Dont!


Kat Singapore, memang strict beb.
probability korang untuk dapat saman adalah tinggi.
naik LRT pon bayak benda yang korang tak boleh buat.
antaranya minum.
korang haus macam mana sekalipon, DILARANG minum.
baby pon tak leh minum susu kat dalam LRT.
makan pon tak boleh.
chewing gum dilarang keras.
pada aku bagus la.
nak disiplinkan rakyat.

kalau naik public transport,
tak boleh bawak benda benda yang berbau menusuk hidung.
contoh durian. 
korang leh dihalau dari bus atau LRT kalau bawak benda alah tu.
nak bawak gak, naik kereta sendiri atau teksi atau jalan kaki! :)
mak usu aku pernah kene marah da.......


selain dari tu..
benda ni selalu orang Malaysia buat.
diorang tak tahu.
selalunya kite akan berkonvoi 2,3 kereta kan??
so bila lepas je kastam kite mestilah nak tunggu kereta kawan2 kita.
kita tak boleh berenti sesuka hati.
kat bustop pon tak boleh.
kurang dari seminit, moto polis akan datang dan suruh korang pergi.
so jalan kat singepore xada la kereta yang landing kat tepi jalan melepak2 isap rokok.


benda paling terkenal mestilah dilarang meludah dan buang sampah.
jangan ingat kita leh sembunyi sembunyi buang sampah.
polis kat sana memang ramai.
ada spy gitu. hehe


korang tak boleh bising bising kat rumah.
macam korang tau, kat sana 80% duduk kat flat.
tapi flat diorang lawa ooo.. mcm mcm design.
sape yang duduk rumah bawah atau banglow tu memang dah habis kaya beb.

dah nama pon dok ramai2 kat rumah flat tu..
banyak ragamnya.
korang dilarang buat bising.
contohnya ketuk dinding lama lama ke..
hentak kaki ke,, jerit jerit ke..
silap silap polis naik rumah korang Ooooo..
mak usu aku lagi..dia dok tingkat 20.
pernah sekali dia tumbuk lada kat lesung batu..
dia lupa nak alas. so bunyik kelentang lentung!
jiran bawah naik atas datang umah dia, sound.
padahal xadelah lama sangat mak usu aku tumbuk lada tu.



5. OH sesat!

kalau sape2 ade GPS..
elok lah bawak.
ataupon gune google map before nak ke destinasi.
kalu dah terlajak simpang,, sakit ooo nak pusing balik.
dah la memanjang hiway.
lagi lagi kalau nak carik rumah sedara mara.
sesat tu perkara biasa je..
abang aku yang agak expert jalan kat sana pon leh terlajak sampai Changi Airport.
hahah



OK lah.
aku rasa tu je benda yang korang patut tau kalau nak ke sana.
jangan coba coba nak mendajal kat sana.
jangan nak drive laju laju..
sebab tu brader2 kat sana yang pakai ferari, A.Romeo bawak steady je 100km/h
nak mampos tetibe surat saman datang?
sebab tu aku jarang dengar Singapore kemalangan maut.
kalau orang sana yang maut kat lebuhraya Malaysia ramai le.


sorry la entry ni terlebih panjang. 
untuk kebaikan bersama..


BYE.... :)


p/s: jum gi singepore lagi nak? belanje la aku. haha

Sunday, September 18, 2011

Best ke beraya di Singapore? (part1)

HAI HAI


aku baru pulang beraya dari Singapore.
ecece habis hebat la kan kau beraya kat sana weh??
aiseh.. bukan la hebat, tapi aku sebenarnya tu jela yang mampu aku cterkan kat korang.
kadang kadang aku bengang la ngan budak2 yang kampung diorang ada bendang aka sawah padi.
serius aku suke sawah padi walaupon aku xpernah jejak.
kat sawah la kite leh layan perasaan dan amik mood.
ehem.
nak cari bakal suami yang mewarisi sekeping bendang la.
kihkihkih.


ok enough!

kembali ke tajuk asal.
dah lame sebenarnya aku tak balik Singapore.
ade la dalam setengah tahun x balik..
Arwah mak aku orang sana.
so aku banyak sedara mara yang best kat Singapore.
kiranya tu kampung aku la walaupon dah tak serupa kampung.


bila aku bgtau kawan kawan yang aku nak beraya kat Singapore..
ramai yang excited lebih. 
pada pandangan diorang Singapore tu HEBAT giler!!
tapi pada aku, memang la beraya kat sana best..
tapi ada jugak benda yang TAK BEST!!
bukan apa. kadang2 kawan aku sanjung kota singa tu sampai lupa yang Malaysia pon best.
siap kutuk2 Malaysia xbersih mcm Singapore la, sekolah kite ketinggalan la apa la..
padahal diorang bukan pernah jejak pon Singapore tu..
cakap nak gebang!


Mungkin semangat Nasionalisme aku sangat tinggi..
sebab tu aku rasa nak sekeh2 je member yang over react tu.
setiap kali aku melangkah ke Singapore tu..
memang la aku kagumi negara tu..
tapi pada masa yg sama.. aku nak cepat cepat balik ke JB.
tadi masa aku lepas tambak johor..
aku nampak la bandar JB dari tambak tu.
masa tu aku rasa bertuah giler jadi rakyat Malaysia.
rasa nak lari lari keliling JB bawak sepanduk
" I LOVE MALAYSIA"



nak cerita panjang tak boleh.
aku sakit perut..
dah muntah 3 kali bersama berry berry yang tak kronik.
harap harap esok aku sihat.
lain kali aku citer pasal singapore,

OK. selamat berhujung minggu !!


p/s: sumpah aku terharu. bila aku berpesta muntah kat bilik air, kucing aku yang tengah tido dua dua datang kat aku. pergh rasa nak menagis oooo :')


Sunday, September 11, 2011

Hati Hati di rumah sewa.

HAI HAI.


selamat hari ahad.
selamat gi beraya umah kawan kawan.


benda yang aku nak ceritakan,
dijadikan peringatan.
lebih2 lagi kat awek2
sentiasa kunci pintu umah k.
tingkap kene lock.
beringat sebelum kena.



semalam hanya ada aku dan fatin bersama kucing aku kat rumah sewa.
sedang si fatin mencekik.. dan aku sedang bermain laptop aku..
tetibe kami dikejutkan dengan bunyi ketukan pintu.
aku yg ketika tu tak bersahsiah rupa diri lengkap,
aku suruh fatin bukak pintu sbb takot jiran nak mintak tolong atau ade emergency.



Fatin pon gi bukak pintu belakang.
hanya bukak 5cm.
perbualan mereka x jelas sebab aku sembunyik dalam bilik
dengan tetibe Fatin tutup balik pintu tu dan cabut lari ke arah aku.


Sakdi : Woi. orang tu cakap ape weh?

Fatin : Dia nak nombo telefon.

Sakdi : wakakakakaka untunglah ada peminat!
(gelak sampai terbaring)

Fatin : Dia nak nombo telefon kau la bodo. dia nak ajak kau kahwin.


Sakdi : Eleh kau. mane kau tau dia maksudkan aku?


Fatin : Dia cakap yang ngah main laptop tadi. kau la tu. aku terus tutup pintu!


Ha?? macam mane lelaki tu tau aku main laptop tadi?
bila aku toleh ke arah tingkap dapor,
tetibe lelaki tu slide tingkap tu sikit dari luar dan panggil panggil kitorang.
terbeliak mata kitorang dengan keberanian jantan durjana tu.
Tingkap dapor tu memang rosak.
sejak kitorang baru masuk lagi.
adakah itu bermakna lelaki GS tu pernah skodeng rumah kitorang??
xlame pastu mamat tu berambus.


sekarang kitorang dah selit pinggan kat tingkap tu supaya dia xleh bukak lagi.
kepada awek awek cun diluar sana..
hati hati la ye. 
lelaki ni kalau angin dia datang.. 
lempang lelaju pon xlut dah.


OK Bubye.

Saturday, September 10, 2011

membuat aku tersenyum.

HAI HAI..



mcm biasa lumrah student seperti aku.
bile dah nak akhir sem je macam macam benda menyusahkan hati aku timbul.
dengan final yang bakal menjelang lagi 2 minggu..
punyelah seram.. rasa macam nampak puting beliung datang kat kite..
dah name pon student, semestinya duit aku menjadi masalah di akhir sem.
bile aku xade duit nak wat berjoli 
so aku x ada mood.



dengan penuh sopan aku meminta duit dari bapak aku.
yelah,, bapak mane sanggup dengar suara sayu anaknya yang seperti kebuluran.
padahal duit ade lagi RM50. hihihi
dengan lincahnya bapak aku janji akan bank-in-wang hari senin ni.
Isnin baru bank bukak.
al maklumlah beliau xreti gune mesin deposit. 
tak secure katanya..



malam tadi aku dan housemate gi berjoli kat pasar malam dgn menggunakan duit yang bersisa.
kaki aku terhenti kat booth yang jual pet.
ya.. 1st time nampak kat pasa malam ade jual binatang.
sepantas kilat aku tertarik kat satu sangkar comel.
dan teringat plak baby kat rumah.
terfikir plak baby perlukan sangkar untuk balik JB Oktober nanti.
lantas aku terus membayar harga sangkar tu.



benda pertama aku buat masa aku balik semestinya pasang sangkar tu.
aku masukkan pasir aka jamban untuk baby berak.
wah.. dengan excitednya baby masuk kandang tu.
Ah.. penawar duka betul kucing aku ni.
dan aku tersenyummm...senyummm dan cium cium kucing aku bertalu talu!





OK. semoga korang yang tengah susah hati pon leh tersenyum senyum jugak k.


BUBYE :)

Friday, September 9, 2011

Pandangan Lain mengenai Service Tax

HAI HAI..

Ramai yang bising pasal topup RM10 dah naik 60sen pasal tax 6%
banyak spekulasi timbul.

Kerajaan dah tak ade duit..
kerajaan cekik duit rakyat dan lain lain.

baru sekejap tadi aku jawab pop quiz pasal tax.
sebenarnya service tax 6% tu dah impose lama dah, since 1998.
Masa tu semua tax, syarikat telekomunikasi tu tolong coverkan.
tapi skarang diorang amik keputusan untuk tak menyerap tax tu.
maksudnya, diorang impose charge tu kat pengguna lah.

alasan yang diberikan,, setiap topup dan pek permulaan akan dikenakan tax 6%.
kalau dulu diorang mampu tanggung sebab kadar sms n panggilan sangat mahal.
tapi sejak kebelakangan ni, semua berlumba2 wat promosi.
kalau dulu 1 SMS 20sen, sekarang 1 SMS 1sen je.
sebab tu diorang transferkan burden tax tu pada pengguna.


sebenarnya semua benda yang kita beli ada hidden tax.
harga sebenar barang di tambah dengan indirect tax..
dan kita pon beli sambil membayar cukai yang sepatutnya ditanggung oleh pengeluar tu.
hal tu sama mcm yang terjadi skarang.


so nak salahkan siapa??
negara mana yang tak impose tax?
main revenue of gov = tax
revenue tu dibelanjekan untuk rakyat jugak.
untuk mengsubsidi, buat sekolah, betulkan jalan..
dan lain lain lagi :)


untuk lebih jelas dan nyata,, klik sini ..


p/s: pendapat aku la kan.. sorry la kalu tersalah. saya budak baru belajar. 

Thursday, September 8, 2011

Soalan 20an : bila nak kahwin?

HAI HAI..


hari ni genaplah usia housemate aku, killa 20 tahun.
kononnya semalam aku ngan fatin nak wat suprise.
fatin buat2 nak kuar dating, padahal nak amik kek.
bila kek sampai.. mula la killa nak malu malu.

bila aku bukak je kek tu,
tetibe ade name aku sekali.
ecece kononnya sambut besday same2 la walaupon besday aku lambat lagi 

nama menganjeng ni. haha

besday girl dan bantal mahalnya.
bersila je ke??

lepas je nyanyi sedas dua..
tiup lilin kuar air liur,
potong kek sampai hancur
aku sebagai MC macam biasa tanya wish hari jadi masing2.


Sakdi : Ok, apa perasaan anda setelah menjadi 20an??

Killa : Aku rasa tua bodo.. haha

Sakdi : Bila agaknya kau nak kawen ye?? dah tua ni.. kau dah 20. aku belum.

Killa : Taun depan aku kawen. serius ni.. aku serius.. (senyum gatal)

Sakdi : Faten,, kau plak ape wish? kahwin bila? dah dapat 2 lamaran ni.

Faten : Insyaallah.. lepas diplomaa. wahahaha (gelak miang)

Sakdi : weh.. tak ade sapa nak tanya aku ke??

Faten : OK la. kau plak ape wish? Bila nak kahwin..

Sakdi : Aku kahwin? Erm.. aku...

Faten & Killa : ANDARTU!!! Wahahahah

nasib baik aku ni penyabar orangnya...
kalu x,, terabur gigi makan penampo aku. haha

TQ kat faten yang sanggup merempit ke Masjid Tanah untuk beli kek

baby kucing pon nak sambut besday ;)


muke andartu ni. HAHA

ececece terharu la tu

dengan ni aku nak bagi sedas dua ucapan pada Killa Hamdan
nak ucap depan depan malu ;p

kehadapan Killa,
Selamat Hari Jadi ke 20.
Semoga impian kau tercapai.
Semoga angan angan kau jadi nyata.
Semoga kau kahwin cepat,
Semoga kau tak lupa aku.

ikhlas, Sakdi




p/s: mcm tak percaya aku menuju 20an.

Tuesday, September 6, 2011

Bahana HILANG PEN.



Hilang pen = Tak boleh buat kerja sekolah

tak buat kerja sekolah = tak pandai

tak pandai = fail SPM

fail SPM = tak dapat masuk U

tak dapat masuk U = takde ijazah

takde ijazah = tak dapat kerja

tak dapat kerja = tak ade duit

tak ade duit = kusut masai

kusut masai = tak hensem

tak hensem = tak ada awek

tak ada awek = tak boleh kahwin

tak boleh kahwin = tak ade anak

tak ada anak = lonely

lonely = tertekan

tertekan = BUNUH DIRI


so, jangan hilang pen ;)

pen febret forever 



p/s : baru hilang satu pensil box kat DK 

Saturday, September 3, 2011

nak ikot kata siapa??

HAI HAI HOI


selamat hari raye ke 5.
walaupon aku x sakan beraya seperti orang lain,
tapi duit raya aku masyuk.
dengan rakusnya aku membeli 2 keping kasut yang mahal
dengan harapan kasut tu berbakti pada aku.
malangnya kasut tu gigit kaki aku sampai melecet walaupon aku dah gigit dia b4 pakai.
xleh pakai punye petua.ptuih! haha

pergh bise kau tau takkkkkkk!!!


malam ni aku kene bergerak gempur untuk siapkan assignment CASEA
challenges to achieve Asean Community 2015.
boleh tercapai ke?
kalau ikotkan pendapat aku, macam tak je. haha 
dengan demam, aku teman sorang kawan, EZZA mencarik sebijik rumah tadi.
so kerja aku tertangguh lagi..
hoho



aku perlukan pendapat korang.
next week rumah aku ade kenduri cukur jambul
semestinya aku nak balik untuk makan sup kambing dan lain2
tapi bapak aku menghalang aku balik JB minggu depan.
dengan alasan, aku dah nak final exam.


kata hati
 NAK BALIK!!


kata bapak
 AH KAU DOK MELAKE JE. BELAJAR!



tapi kan.. bukan ke masa bersama keluarga lebih penting??
masa tu xleh ditukar ganti kan..









APE PENDAPAT KORANG EK?


p/s: Ezza,, nanti aku belanje ko makan pulak ye kat JB. haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...