Monday, August 25, 2014

Klinik haiwan yang okay & murah di johor bahru

Hai

Rasa macam nak bagi review pasal klinik haiwan yang aku suke pergi.
Doktor sempoi giler
Tak paksa paksa orang amik ubat itu ini
Kau tanya je harga, dia secara detail bagi tahu ubat ni brapa, itu berapa, etc
Pernah sekali aku takot lily kene batu karang.
Aku tanya doktor tu, berapa cas.
Doktor kata, datang bawak kucing dulu. Dia charge n bincang cara rawatan & harga.
Kalau nak, tinggal kucing kau
Kalau tak nak, kau blah. Tak payah bayar.
Bila aku bwk kucing aku, nasib baik sakit biasa je.
RM 60 je melayang. Selamatttt....


Okay aku nak share sikit.
Awal bulan ni, aku terjumpa kucing tepi jalan.
Bulu kombangggg
Aku tengok macam kucing sesat.
Aku tangkap & letak kat cage.
Banyak giler langau hurung kucing tu.
Last2 aku bawak dia pergi klinik.
Nak suruh grooming. Kutu banyak giler
Funggus. Kelemumur semua ada.
Aku amik pakej mandi spa. RM50

Bila aku dah balik, doktor tu call aku
Dia kata rupanya kucing tu kene gigit anjing ke gaduh ke
Ada luka 2 lubang kat blakang badan.
Berulat lagi!
Banyak giler.
Aku pon tanya doktor. Kalau masuk wad buang cacing mahal ke?
Doktor kata termasuk ubat semua dalam RM270
Fuhhh nasib baik. Aku takot harga sampai mengarut je
Aku biarkan kucing tu dirawat selama 2 hari dalam wad
Bila aku amik, memang ada luka besooo n berair
Doktor bagi ubat spray.
Bila dapat bil, RM 230 je.
Pada aku yang selalu kene cekik dengan vet,
Value tu sangat murah okay!

Dulu kucing aku demam, aku pergi vet kat taman u dah kene RM200
Padahal demam je. Bagi ubat je.
Yang ni siap masuk wad 2 hari.
Pergh berbaloi

Warga jb boleh lah ke klinik veterinar family
Lokasi dekat bandar baru uda
Dekat dengan jackel & angsana

Vet tu ada jual gak pasir, makanan, semua keperluan kucing.
Ada member card. 10% diskaun jah!!

Repair cincin di Johor Bahru.

Hai 😊

Hari ni aku nak share sikit pasal tukang emas
Alkisahnya birthday aku taun lepas, ada sorang mamat romatik hadiahkan aku sebentuk cincin
Tapi agak malang cincin tu longgar sikit. Terlebih 1 saiz.
Patutnya 14, tapi dapat 15.
Atau mungkin aku dah mengurus sikit ke.. Haha

Bulan 6 lepas masa aku training,
Tah macam mana leh patah cincin tu.
Gigih aku gi kedai emas.
Aku tanya, leh tak repair?
Tapi hampehnya kedai tu sibuk suruh aku beli cincin baru.

Bila search kat gugel, takde pun orang promote mana mana kedai leh repair
Upah nya berapa pun aku tak tau.
Al maklum la. Orang tak pernah ada emas.
Then aku search macam2, akhirnya aku dapat tau kat kampung melayu majidi ada tukang emas
Lokasi dekat lorong pemuda kg melayu majidi
Tukang emas dan permata sri cahaya nama kedainya
Repair emas, suasa, perak semua nya boleh

Aku drive sekejap dari tempat kerja
Lega.. Abang tu kata boleh repair.
Tunggu dalam sejam. Tapi aku decide lepas balik kerja baru aku ambik.

Pergh. Berkilaaaattttt cincin aku.
Siap dia tolong kecikkan lagi
Upahnya rm25 je.

Leh search kat facebook.
Atau guna je waze.


Bye


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...