HAI HAI assalamualaikum.
hari ni aku tak ponteng kelas.
sila berikan tepukan!!!
aku datang kelas.
sila berikan pelukannn!!!
bila aku datang kelas..
aku dapat ilmu.
lecturer aku share satu video
so aku nak share kat korang. kehkeh
sekarang ni bulan ramadhan..
bulan menahan lapar dahaga di siang hari.
tapi bulan kekenyangan di malam hari.
alang2 mencekik.. apa kata mempraktikkan benda yang tak elok dibuat lepas makan.
kalau yang dah tau tu.. layan kan jelaaaa...
1. MEROKOK.
lagi lagi bulan pose ni.
bagi perokok tegar,, orang pas makan gi la kasi hadam dulu..
yang ni pas makan terus bantai rokok sedas dua.
kalau dah tak tahan pon tunggu la setengah jam..
ini disebabkan kalau isap rokok pas makan,, effect dia 10 kali ganda.
jeng jeng!!
apa kata xpayah merokok. berenti je terus.
kan comel.
2. MANDI
benda ni memang menjadi larangan sejak azali.
kalau mandi lepas makan dikhuatiri sistem penghadaman jadi lemah.
lagi satu.. leh buncit perot tau.
tapi aku pelik kawan aku dok bantai mandi x buncit pon. aiseh.
3. MAKAN BUAH
sebenarnya mcm yang kita tahu xelok makan buah lepas makan.
sepatutnya makan buah sebelum korang makan makanan berat.
ikot sunnah nabi.
makan buah sejam atau 2 jam sebelum makan k.
dikhuatiri korang akan kembung kalu makan buah lepas mencekik nasik.
emmm.. smalam aku bantai tembikai lepas makan. OK jek. huhu
4. BERJALAN
jangan berjalan lepas makan.
perot boroi comel korang xleh hadam nutrisi makanan tu
so membazir je makan carrot, ikan segala..
cadangan aku.. apa kata bantai borak ngan member lepas makan.
kasi nasik turun dulu..
kalu bukan bulan pose,, aku n geng leh layan borak 2 jam ooo.
5. MELONGGARKAN TALI PINGGANG
menurut slide lecturer aku..
kalau korang tetibe longgarkan tali pinggang coz kenyang sangat..
maksud aku tali pinggang kat seluar.
maka
usus korang leh berpintal.
kelakar kan?
6.TIDUR
benda kegemaran semua.
bila kenyang..mata semua nak kuyu..
bila korang directly tido lepas makan,, potensi dapat gastrik lebih tinggi.
senang buncit dan gemuk.
aku mengaku ianya benar coz aku suke buat. haha
lagi satu..
kalau lepas sahur korang tido balik..
mesti besoknya susah nak bangun tido kan??
kan?kan?
7. MINUM AIR TEH
"bang teh ais satuuuu...."
"bang teh O ais limau satu.."
yeah.. itulah air fabret aku juga.
rupa rupanya air teh xelok diminum coz dia ganggu penghadaman.
kalau nak elok minumlah vitagen atau yakult lepas makan k.
SELAMAT BERBUKE
bubye. :)