Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Wednesday, October 26, 2011

Ingat lagi wahai kanak kanak 90an : Brick Game.

HAI HAI HAI..


letih betul aku mencari kerja.
aku interview kat Secret Recipe ngan McD berdekatan.
ya.. aku dapat kerja kat McD..
walaupon aku tak berapa suke makan McD...
tapi demi anak anak bulus aku..aku kene la keje..
sape nak belikan diorang makanan.. pasir... vitamin.. 
OK sebelum aku mengimbas nostalgia korang..
berikan tepukan pada aku sbab hari khamis ni aku officially dah x tanam anggur!



Sekarang aku nak imbas kembali zaman zaman kegemilangan game masa kite kecik.
kalau sekarang semua budak dah pandai sental main game plant vs zombies kat komputer,
tenyeh game snake 3D kat henpone,
main game angry bird kat PSP,
tu tak termasuk bantai game kat PS, Xbox, dan kerabat kerabat mereka.
wah sungguh advance sekali.



untuk budak yang hingus meleleh macam aku pada tahun 1997..
nak pegang mouse komputer rasa macam wat satu jenayah berat.
apatah lagi tekan suiz ON untuk main game.
benda paling canggih aku pegang adalah BRICK GAME.


masa tu harga pasaran dalam RM19.
betry AA dua bijik diperlukan.
ada 26 game. pilih je dari A sampai Z.
muzik monophonic.


paling best susun brick.
memula brick tu turun slow, ayu dan sopan je...
makin lama makin laju sampai la game over.
kalau iman tak kuat, silap silap badword leh keluar dari mulut.
disebabkan masa tu masih kategori mumaiz,
mak mak pon sound anak yang dah pandai mensarut dengan mengugut nak cili mulut atau kasi anak makan lempoyang kalau mensarut lagi.



mungkin bagi budak budak kaya,,
masa aku dok sibuk main brick game,
diorang layan game boy je.
aku tengok je dari jauh.
siap mimpi2 lagi bapak aku buat suprise belikan aku gameboy.
tapi apa kan daya, benda yang kita mimpi tu la yang tak jadi.
termimpi main game MARIO..
HAHA tragis betol




Korang layan game ni???? citer sikit...

Monday, October 24, 2011

kucing baru aku, Lily.

HAI HAI..



jangan ku dipandang hina hanya kerna aku penganggur...



yes..memang sesuai lagu ni untuk aku..
sape cakap cari kerja senang??
banyak benda yang perlu diambil kira...
masa kerja.. gaji... pengangkutan.. makan..
aku masih menganggur lagi..
so bulan ni bulan derita aku.
tak ada sebab kukuh untuk aku kikis duit bapak aku.



sementara aku mencari kekuatan untuk melangkah ke dunia pekerjaan untuk 3bulan akan datang..
semestinya aku gunakan masa yang ada untuk menumpahkan kasih sayang pada anak anak bulus aku.
ya... aku sangat memanjakan kucing kucing aku.
aku layan diorang mcm aku layan boipren.
mungkin aku layan diorang lebih baik dari layan lelaki.
mungkin... HAHA


hari sabtu lepas aku ada interview jadi cashier kat Jusco.
dapat ke tak dapat.. belakang kira..
kebetulan pulak kak long ajak aku cari kucing.
nak beli wife si baby..


setelah 4, 5 kedai aku terjah..
maka aku ditakdirkan untuk dipertemukan dengan seekor kucing putih coklat.
dari jauh dia sangat bulat.
bila dekat 20 kali bulat.
so aku gunakan segala mak nenek skill aku untuk pujuk kaklong mengeluarkan RM630 untuk membeli beliau.
dan taktik memujuk aku berjaya.
kaklong ke ATM berdekatan untuk membeli kucing itu.

mieowwwwwwwwwww~

setelah sehari suntuk aku memikirkan nama yang sesuai..
aku pon mintak la pendapat orang untuk nama budak bulat ni.
kawan aku cadangkan nama Lily..
Lily dan Baby..
ah.. sesuai sangat la kann ;)



sejak aktif berkecimpung dalam bidang kucing mengucing ni..
aku pon dah tau mana klinik haiwan.. 
mana pet shop...
pasal makanan..
aku pon selamat menjadi ahli untuk kedai Global Pet shop.
senang aku nak beli barang2 Baby & Lily.


wat masa sekarang..
hubungan Baby & Lily...

dari kerana mataaaa~
Lepas dua ekor ni bertentang mata..
habis bersepah mangkuk makanan diorang.
mangkuk air dia pon habis diorang langgar masa aksi kejar2
mak dia jugak kene kutip...
mak dia jugak kene lap..
penyabarnya aku...HAHA :)


OK babai :)

p/s: mood aku sentiasa baik kalu budak bulus ada di sisi 

Tuesday, October 11, 2011

Fun Fair yang TAK berapa nak fun.

HAI HAI HAI rakan2


seperti sedia maklum aku kan dah bebas dari segala mak nenek buku.
berokband aku plak masih lom mampu berfungsi gara gara tuannya yang enggan mengeluarkan wang untuk beliau..
kesian kau broadband..


sok aku ada MUET kat SMK Skudai.
bersama ex-housemate tercinta..
so tadi Fatin datang JB.
secara automatiknya berokband beliau menjadi milik aku wat seberapa ketika.



sebagai member yang berwawasan..
aku dengan penuh rasa tanggungjawab pergi bawak si fatin main FunFair.
aku yang terlebih excited nak gi funfair 
last aku pergi darjah 5.. korang pikir la sendiri bape kurun aku xpergi weh!



pada mulanya aku menukar token sbyak RM20. 
kitorang layan satu game yang membuatkan aku menyebut nama2 orang tersayang dan hanya mampu melentokkan kepala kat seat tu sahaja selama 2 minit. 
best wOoo.. tarak tipuuu~



lepas tu layan roller coaster mini..
xsampai 50 saat dah habis. pusing2 gedik je.
dua tu jela aku mampu naik sebab si fatin takot nak naik benda lain.
sabau jela...


disebabkan banyak token lebih..
aku pon bantai la gi main game lempar2 ring masuk paku..
sauk itik..
lucky number, lempar lembing.. lari seratus meter semua aku join.
siap aku tambah lagi RM20 lagi token..
punyalah excited nak menang teddy besar.. 



Alhamdulillah berkat usaha aku..
hampir aku melabur RM30++
aku berjaya mendapat 3 bear yang leh tahan besar..
x sia sia usaha aku..
aku  pelik tol ramai yang bising ckp men game kat funfair susah dapat hadiah.
aku main dapat je bear besauuuu...
xcaye??



NAH BUKTI :D






ni ha aku dapat dari funfair.

tak sangka kan..
murah rezeki aku..
kalau lah semua bear yang aku tunjukkan tu memang dapat dari funfair..
memang hari hari aku gi fun fair tu, men sauk sauk itik.
mane tau tengah sauk2 tersauk boipren pulak kan.. HAHA


sebenarnya gambar bear tu merupakan koleksi hadiah2 yang aku dapat dari orang orang.
bukan dari funfair..

susah payah aku memerah keringat 
menyauk itik..
baling ring..
lempar bola..
pastu sauk itik lagi..
tenyeh bola berulang kali..
sauk itik lagi..
sampai 30 kali..


benda yang aku dapat......







yang Sakdi dapat....

Hanyalah....


!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
!
V


INI!!!!!


JANGAN GELAKKAN.!
sape gelakkan aku..
aku tenyeh mulot dia ngan lempoyang.!
hihihi



Gile besar kan!
dari aku main kat sana..
bek aku gi angsana.. masuk ToysRus beli bear sendiri.
yang main sauk itik tu.. aku dapat lion tu. 
HAHA sabo jelaa...



OK la. nak tido awal.
sok kan nak MUET.
aku nak speaking London sok.
pe korang pikir senang nak tengok aku cakap omputeh??
Tah ape aku nak tibai sok.
doakan aku ye.



BYE

SAYANG KETAT KETAT! 



p/s: nanti aku bayar berokband aku gi blog korang ye. pwomish! haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...