Saturday, October 8, 2016

Travel : Jalan Jalan Pulau Aur & Pulau Dayang 2016

Assalamualaikum

Bapak ah lama giler aku x update blog.
Aku baru beli laptop baru. Lincah sket nak update. Takde la upload gambo lembab bagai.
Ok berbalik pada tajuk ni.
Maybe ramai yang pernah bace viral pasal kecantikkan kepulauan Mersing Johor ni kan.
Yela dulu asal nak g pulau, mesti aku fikir Tioman.
Balik balik Tioman.. Sebab Johor mane ade ape weh..
Tapi tu dulu bhaiiiii..
Skrang tidak lagi...
Hahahaha


Nak dijadikan cerita,
Aku n opismate aku plan la nak bercuti.
Kitorang pilih tanggal 16-18 Sept 2016 utk jalan jalan, semperna long weeken Hari Malaysia.
Kitorang try cari contact Pulau Dayang, tapi orang tu kata full.
So kitorang amik Pulau Aur. Pakej daripada Sebukang Bay Resort.
Wat masa ni, boleh check Instagram (IG) diorang @sebukangbayresort

 Lepas kitorang contact owner chalet tu, dah janji kene sampai jeti Mersing pukul 10 pagi.
Disebabkan kitorang pergi ber-12 orang, ktorang sewa van je ke sana. Sorg bayo RM75 tambang van.
Pukul 6 lebih da bertolak, dari JB ke Mersing dalam 2 jam perjalanan.
Lepas singgah breakfast, kitorang pun sampai la Jety Mersing.
Kene bayar RM10 kat pejabat untuk Taman Laut. Hahaha krem plak kepala otak aku nak explain RM10 ni. Yg penting korg kene prepare la.

Disebabkan kitorang amik ALL-IN Pakej, ktorang mmg bawak duit sket n baju n badan n kamera n charger je. Semua termasuk dengan harga RM429 per person.


Tepat kul 10 boat laju ktorg pun sampai.
Perjalanan ke Pulau Aur amik masa lebih kurang 2 jam.
Boleh la standby minyak angin ke, pil mabuk ke..

Memang agak jauh la. Kematu muntut beb 2 jam atas bot terentak sana sini.
Tapi bile sampai sane, Perghhhh bak angggg lawo giler!
Memula aku nak mintak maaf sebab banyak gambo, ade muke aku. Sebab aku rase kalu gambo tu takde muke aku, mcm x berseri, Kakakakakka. Terimalah seorang makcik 68kg bersama pemandangan yang indahhhhh ~~~

ni kat jeti baru sampai.



 




Ktorang sampai Pulau Aur dalam kul 12 lebih. Rehat dalam chalet.
Gambar bilik aku lupe nak snap sebab excited tengok laut.
Cume pasal bilik, just ade 2 double dckr pastu ade 2 kipas. Takde aircond n bilik agak kecil.
Ala tapi aktiviti memang banyak! So tak payah risau. Bilik tu mmg utk time korang membuta je.


kte lepak luuu




Dalam kul 3 lebih, owner chalet tu Kak Ruhil ke ape nama dia aku lupe, dia panggil.
Dia kata, nak gi snorkeling ni nak jalan kaki (jungle trekking) ataupun naik boat.
Kalau jalan lebih kurang 40 min gak, so ktorang yg sedia ade pemalas terus menciap ciap mintak naik bot. hahahha

Lokasi snorkeling kite adalah kat Pulau Dayang.
Seriously Pulau Dayang dekat gler dengan Pulau Aur yg ktorg duduk tu.
Pantai dia masya allah lawa gler
Pasir halus leh buat makan kau tau tak.
Kalau pantai chalet ktorang tu berbatu batu x sesuai nak mandi
Tapi Pulau Dayang Purrrrfect kalau korg nak mandi manda snorkelling bagai.

Aku tak gi berendam.
Aku n kawan opis aku, berangan jap jadi princess nak amik gambo sana sini
So dipersilakan sekali lagi menjamu mata dengan gambar manusia yg tak seberapa n gambar pemandangan yg cantik dimata haha








Lepas puas berkepak kepak.. Kitorang pun balik la ke chalet.
Layan sunset.
Wah kalu layan bersama kekasey mesti lagi best. kuikui.


Oh lupe nak citer.
Kat sana.. Line Maxis je yang ade wak.
Hahahaha tu pun kene gi tepi pantai baru  la dapay line 3G 1 bar.
Bole la whatsap sedas dua.


Berbalik pada hari kedua...
Pepagi dah bangun breakfast mehoon goreng. 1st time aku suke meehoon goreng sebab sedap!
Pastu kul 10 lebih kiorang ber-snorkelling kat Pulau Helang..
Aku pun mencemar duli berenang2 n menyelam2 tapi tak berapa minat.
Naik bot, teroleng oleng rase mabuk plak.





Lepas tu kitorang ke Pulau Aur area pantai bersih.
Dekat je dgn Pulau Dayang yg ktorg g semalam.
Aku terbarai kat pasir sebab mabuk. Tak sempat amik gambo sangat padahal ade batu lawa gler bole teenggek2.
Bile aku da abes mabuk, baru kecebur dalam air 2 minit, diorang da pgl balik pulak! Sobsob





Pastu balik chalet.
Mandi mandi , lunch , rehat jap

Kul 3 mcam biasa diorang dah panggil utk aktviti seterusnye
HIKING!

Diorg bawak gi pulau dayang
Ktorang kene hiking dalam 30 minit.
Pastu pemandangan dia.. PERGH wa cakap.. lawa giler!
Lama gak kitorang kat atas. Bergambar bagai
Yang bestnye mase hiking tu kene panjat tali.
Pergh terasa seperti ahlil bomba plak selama seminit

 Meh aku sharekan sket gambo dari atas.
Pada mata aku memang perfect!!!
Tak rugi panjat jadi abam bomba jap pakai selipo hahaha










Lepas lepak lepak kitorang balik chalet.
Penat weh kehulu kehilir dgn mabuk laut lagi.
Ada gak beberapa org yg x ikot gi hiking sebab mabuk masa snorkelling pagi tu.
So agak rugi disituuu.

Malamnye ade aktiviti BBQ.
Dinner.

Esok hari terakhir.
Kitorang lepas subuh terus siap2 packing barang sebab boat bertolak balik kul 10 pagi
So kitorang amik kesempatan amik amik gambo dlu kat area chalet sebab banyak gak spot yg lawo.
Lawo kat mata aku xtaw la kat mata korang hahahah








Selesai sudah post kali ni.
Layankan jela aku meleweh dan diselangi dengan gambar yang tak seberapa.
Agak agak gambo kelam tu sebab aku malas nak edit. hahahha #nofilter gituuuwwww kakakaka

Cume tak silap aku disebabkan monsun, pulau2 akan ditutup pada bulan 11 sampai bulan 2 tak silap aku.
Pape pun, korang boleh check IG diorang @sebukangbayresort atau contact 019-7391284

Semoga post aku kali ni bermanfaat.
Kalau post ni menguntungkan korang, aku cuma mintak doakan aku murah rezeki, cepat kahwin & semoga bapak aku diberikan kesihatan yang baik.
Amin~~~

Next post... Yogyakarta atau Sabah atau Pulau Sibu atau Penang. Yeayyy!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...