Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Monday, August 22, 2011

Raya dan Final.

HAI HAI..


seperti sedia maklum..
aku akan bermula cuti hari sabtu.
cuti raya..
dalam bus mesti tersenyum senyum.
sambil dengar lagu raya..
mau meleleh hingus ooo.


kawan kawan banyak yang membebel.
raya tahun ni x best sebab dah nak exam.
UiTM akan mula final exam dalam pertengahan September.
Alah.. macam la korang stady masa raya!
aku sanggup potong jari la weh kalu korang bukak buku kat rumah..


jadual exam.

pada aku..
tak payah la nak emo sangat.
jangan nak rosakkan mood raya diri sendiri.
lebih elok menikmati saat saat raya bersama keluarga sepenuhnya.
eloklah kumpul duit raya selagi ada yang nak memberi.



Oh.. 
handfone tetibe berbunyi menandakan ada msg.
bukan msg dari Zeti..
tapi dari Yati.. kak ngah aku.

Sakdiah, balik JB bila?
Sabtu ni ada wild party,
nak join tak? kira macam party buih la. haha



knape? tak percaya aku join wild party?
kahkah.

slamat berbuke!

BUBYE :)


Saturday, August 20, 2011

Jom berhibur bersama NYAN CAT

HAI HAI.


apa perasaan korang kalau..
di hari minggu yang indah..
tetibe terpacak sebijik test.
ya... besok aku ade test Industrial Relation.
ade 3 chapter.. aku baru bace 1
T_____T


sekarang mood sangatlah stress
semalam aku ngan budak kelas gi berjimba bersama.
maka terlupa nak bace nota..

kini hanya tinggal beberapa jam..
aku mengambil keputusan untuk release tension  dengan 
coklat Picnic dan sebuah video yang kelaka.
korang ingat video nyan cat yang aku gunakan untuk buli adik aku??
kini ade versi hindustan.


SEMOGA TERHIBUR :)







p/s: Doakan aku smoga berjaya menghentam test IR sok. ^__^

Friday, August 19, 2011

Tiket BUS.

HAI HAI..


selamat tengah hari rakan rakan.
tak kira tua muda.
pada yang tengah sembur perfume nak gi semayang jumaat..
lagi elok pakai baju melayu sebab serius lelaki kelihatan sangat comel pakai baju melayu.
rase macam nak ajak kawen je, HAHA


sebagai seorang perantau yang excited balik ke desa untuk beraya
semestinya sem akhir ni aku telah membeli tiket balik ke JB dengan gembiranya..
entah ape mood aku dah beli tiket masa minggu pertama puasa.
kini aku selamat menggenggam tiket Bus KKKL. ;)


semalam agak kecoh bila kawan aku bgtau ada ura ura tiket bus balik jb dah habis.
jangan risau beb,
dah 2 tahun aku balik raya puasa, raya haji n raye cina..
xpernah pernah aku xdapat tiket.
paling koman pon dapat bus buruk n duduk kat seat belakang sekali.
giler kuat bunyi enjin.
tapi kira ok laa...



cuma masalah yang selalu timbul
bila kita beli lambat  tiket untuk kembali merantau.
selalunye semua mahluk2 akan balik ke lubuk emas diorang pada hari ahad.
masa tu kat bustand dah macam2 bau ada. haha



kahkah.


OK la BUBYE.

Thursday, August 18, 2011

jum masak TOM YAM

HALOOOOO



ye.. sedari kul 3 petang tadi..
balik kelas je terus dengan semangat berkobar2 pergi ke dapur.
hari ni aku masak masakan luar negara tau.
aku masak tom yam. kahkah..




kepada mamat mamat perasan bujang..
abang salleh, ayie , anep , alep dan segala yang ada..
Jangan nak bagi alasan masak tu susah.
aku tau.. korang mesti jarang tolong mak masak kan?
ooo.. sedap2 je rileks2 tunggu mak masak n waktu buka ye.
aku tau la korang wat macam tu..
sebab aku pon wat bila aku balik JB. kihkih




ok tanpa membuang masa..
hari ni aku nak ajar masak tomyam.
semudah ABC.
aku mase darjah 3 dah reti masak benda ni.
punyelah senang..



mula mula..
gi kedai terdekat untuk beli barang memasak.
jangan dok beli slurpee je.. :p


mula mula..

panaskan minyak n tumis bawang besar n bawang putih sampai naik bau.
bila dah bertransform jadi kuning.. masukkan secawan air.


beli perencah tom yam jenama maggi..
masukkan tige ketul kiub tu.


masukkan serai, halia, 7 batang cili padi n lengkuas.
pastu masukkan ayam.


tambahkan air.. ikot logik akal
dan letak garam, ajinomoto, perahan limau nipis n daun limau.


boleh tambah udang sotong n apa apa yang logik.
disebabkan aku student,aku mampu letak fish kek je. haha


last skali masukkan carrot, bunga kubis dan tomato dibelah 4.

tunggu sampai carrot masak



selepas tu.
jeng jeng!!!





senang kan?

leh siap dalam masak 15 minit je.
senang dan murah.


ingat.. makan lepas azan maghrib ye.
lepas makan jangan longgarkan tali pinggang.
nanti usus berpintal.
kehkeh.


OK BUBYE :)

Wednesday, August 17, 2011

7 benda JANGAN buat lepas makan.

HAI HAI assalamualaikum.


hari ni aku tak ponteng kelas.
sila berikan tepukan!!!

aku datang kelas.
sila berikan pelukannn!!!

bila aku datang kelas..
aku dapat ilmu.
lecturer aku share satu video
so aku nak share kat korang. kehkeh

sekarang ni bulan ramadhan.. 
bulan menahan lapar dahaga di siang hari.
tapi bulan kekenyangan di malam hari.
alang2 mencekik.. apa kata mempraktikkan benda yang tak elok dibuat lepas makan.
kalau yang dah tau tu.. layan kan jelaaaa...


1. MEROKOK.

lagi lagi bulan pose ni.
bagi perokok tegar,, orang pas makan gi la kasi hadam dulu..
yang ni pas makan terus bantai rokok sedas dua.
 kalau dah tak tahan pon tunggu la setengah jam..
ini disebabkan kalau isap rokok pas makan,, effect dia 10 kali ganda.
jeng jeng!!


apa kata xpayah merokok. berenti je terus.
kan comel.



2. MANDI

benda ni memang menjadi larangan sejak azali.
kalau mandi lepas makan dikhuatiri sistem penghadaman jadi lemah.

lagi satu.. leh buncit perot tau.
tapi aku pelik kawan aku dok bantai mandi x buncit pon. aiseh.




3. MAKAN BUAH

sebenarnya mcm yang kita tahu xelok makan buah lepas makan.
sepatutnya makan buah sebelum korang makan makanan berat.
ikot sunnah nabi.
makan buah sejam atau 2 jam sebelum makan k.
dikhuatiri korang akan kembung kalu makan buah lepas mencekik nasik.

emmm.. smalam aku bantai tembikai lepas makan. OK jek. huhu





4. BERJALAN


jangan berjalan lepas makan. 
perot boroi  comel korang xleh hadam nutrisi makanan tu
so membazir je makan carrot, ikan segala..

cadangan aku.. apa kata bantai borak ngan member lepas makan. 
kasi nasik turun dulu..
kalu bukan bulan pose,, aku n geng leh layan borak 2 jam ooo.





5.  MELONGGARKAN TALI PINGGANG


menurut slide lecturer aku..
kalau korang tetibe longgarkan tali pinggang coz kenyang sangat..
maksud aku tali pinggang kat seluar.
maka
usus korang leh berpintal.

kelakar kan?





6.TIDUR


benda kegemaran semua.
bila kenyang..mata semua nak kuyu..
bila korang directly tido lepas makan,, potensi dapat gastrik lebih tinggi.
senang buncit dan gemuk.

aku mengaku ianya benar coz aku suke buat. haha

lagi satu..
kalau lepas sahur korang tido balik..
mesti besoknya susah nak bangun tido kan??
kan?kan?




7. MINUM AIR TEH

"bang teh ais satuuuu...."

"bang teh O ais limau satu.."

yeah.. itulah air fabret aku juga.
rupa rupanya air teh xelok diminum coz dia ganggu penghadaman.

kalau nak elok minumlah vitagen atau yakult lepas makan k.



SELAMAT BERBUKE


bubye. :)

Wednesday, August 10, 2011

Video yang Terleka.

HAI HAI..

dah selamat berbuke..
amik kau 4 cawan soya aku tibai.
bersama nasik dan kari ayam yang hampir hangus. 
ni semua gara gara aku leka tengok youtube kat bawah ni.



xtau la korang pernah tengok ke x video comel ni.
aku saje je nak share coz pada aku video ni kelaka n comel
aku siap LIKE vidoe ni kat YouTube :D


tapi video ni memang memerlukan kesabaran
kene tunggu ending dia baru syiok!!
kalau xbest xkan la sampai viewer 30Juta beb
kalah VC Justin Bibir..



OK la.
sape2 yang gi sembahyang tarawih tu,
jalan baik baik k.
jatuh bangun sendiri.
jangan bangun lambat lambat.


BUBYE :)
nah gambar wat kenagan. HAHA


Saturday, August 6, 2011

Misteri : Kemayan City.

HAI assalamualaikum.salam ramadhan.

disebabkan entry misteri umah sewa aku ramai yang cakap x misteri langsung..
kali ni aku nak cterkan benda yang serius misteri.
benda yang selama ni aku pon xsedar akan kemisterian beliau.
tak ade yang misteri selain misteri misteri belaka. haha

sebelum tu.. aku nak cter sikit.
mase aku sekolah, aku duduk area Skudai.
skolah plak kat SMTeknik JB.
So, hari2 aku akan lalu satu bangunan terbiar iaitu 
Kemayan City Mall.

pergh gambo dah seram!
Diulangi name bangunan ni adalah Kemayan.
name pon dah seram Oooo..
ala ala KEMENYAN gitu. hehe
bangunan ni dibina mase aku sekolah rendah. 
bila hampir2 siap, tetibe tauke bangunan ni bankrupt n bagunan ni pon terbiar.

korang bayangkan la, 
sebenarnya bagunan ni adalah Shoping Mall yang sebesar Jusco 
mase dia baru terbengkalai, bangunan ni dah 80% siap.
cermin semua complete.
tapi apa kan daya, bagunan ni pon terbengkalai dah hampir 10 tahun.
n ramai la mat gian datang merembat ape yang ada.

Misteri yang aku nak cter kan kat sini adalah ia berpenunggu,
selalunye target group penunggu kat Kemayan City ni adalah 
bukan penduduk tempatan.
selalunya yang tertipu adalah orang Singapore atau brader2 dari KL yang nak lepak kat JB.

mengikut kompilasi cerita dari sahabat dan keluarga terdekat,
dirumuskan bahawa orang luar yang lalu kat Kemayan City pada waktu malam akan tertipu.
diorang akan nampak seolah2 shoping mall ni terang benderang n ramai gler orang lepak2 dalam situ.
diorang akan singgah shopping atau singgah makan..
bila diorang balik,
barang2 yang diorang beli atau makan tu adalah sampah.

same macam kes makan kat warung tepi jalan malam2 buta
padahal tempat tu xade pon warung.
tapi yang ni up sikit.
leh shoping2 n jalan2 dalam mall. 
HAHA

apa yang aku nak tekan kan kat sini.
jangan la gatal2 nak singgah kemayan city tu.
xkesah la ade sale ape pon.

lokasi kemayan city tu senang je.
keluar dari highway PLUS,
exit ke UTM/Skudai. 
terus je sampai nampak bagunan tu kat belah kiri.


amacam, misteri x??

APE? xmisteri jugak?
meh aku bagi siku.!

aku tido dulu. BUBYE,

:)

Friday, August 5, 2011

Misteri di Rumah Sewa.

HAI. assalamualaikum.


Pergh Sakdi.. awal update?
ni semua gara gara aku sekeluarga TERskip kelas Financial Admint kul 8.30 tadi.
sila jangan sindir ayat "TER" aku.
sebab sesungguhnya aku memang tak sengaja tak datang kelas tu.
muke aku yang jujur ni xkan korang tak caye kot!!??


OK, sekarang kite teruskan penceritaan..
ape misterinye rumah sewa aku ni.
disebabkan misteri, aku xberani nak tulih entry ni malam2..
meremang OooooOOOooo.



rumah sewa aku dipenuhi 3 orang manusia.
aku, killa dan fatin.


setiap dari kami mempunyai 2 bijik Hp.
satu hp canggih, satu hp baling anjing.



setiap hp diwajibkan memasang alarm masing masing.
kalu bulan pose, alarm akan di set kul 4.45 a.m.
kalu kelas kul 8.30, alarmnye kul 7pagi.
dengan comelnye kami semua tido setelah memasang alarm.



misteri yang aku nak ceritakan adalah..
dah banyak kali kitorang terbangun lambat 
n kadang2 bgun lambat untuk sahur.
mustahil kan sorang pon xsedar bunyik alarm diorang?



contohnye pagi tadi.
kelas Financial kul 8.30.
alarm aku kul 7.
tapi kitorang terbagun kul 9 pagi.
itu pon sebab killa tersedar sendiri.
kenape kenape??

adakah itu sudah ditakdirkan??

aku ditakdirkan tidur cukup??

serius xade niat nak ponteng.

amacam.. misteri x?


hehe. BUBYE :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...