Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Monday, February 27, 2012

TIPS nak simpan duit.

HAI assalamualaikum.


telah menjadi kebiasaan, amat SUSAH sekali buat remaja remaja khususnya pelajar nak simpan duit.
selagi kad ATM ada baki selagi tu la tangan rakus nak gi cucuk cucuk.
selagi nampak mesinATM kat mane2 selagi tu kaki laju je nak menyibuk ke situ.


sebagai seorang pelajar selama beberapa abad..
selalu sungguh aku kesempitan wang nak menjamah sesuap nasi.
kadang kala di waktu2 emergency la duit x cukup singgit nak naik bus balik rumah..
duit x cukup nak wat tambang bus express..
duit x cukup nak beli nasik goreng kampung setelah seminggu xmakan nasik
dan banyak lagi contoh yang tak kurang tragisnya.



Oleh itu aku nak share satu cara yang sangat berkesan untuk simpan duit.
telah aku praktikkan selama beberapa bulan.
hasilnya dalam wallet aku sentiasa ada duit spare.
tapi aku tak jamin la 100peratus akan berkesan kat korang tau.



Caranya senang je. sesenang makan kacang sambil tengok cter ESTET.


masa korang baru dapat duit PTPTN atau ngah kaya raya..
apa salahnya asingkan beberapa helai note 10 atau singgit dan lipat duit tu ikot kreativiti
aku x galakkan korang lipat dua atau empat duit tu
sebab senang sangat korang nak bukak nanti.
kalu kratif leh lipat jadi bentuk love, baju atau ape ape.
lagi susah bukak lagi bagus.
dah lepas lipat leh la selit kat celah2 wallet korang tu.

lipat jadi gine pon boleyyy























hasilnya korang tak akan guna duit tu kecuali betul2 terdesak antara hidup dan 
mati.
korang akan rasa malu nak bukak balik lipatan kertas takot orang nampak.
dan tanpa disedari kemungkinan duit yang korang lipat dan selit tu akan terpelosok sorang2 selama beberapa tahun.
untuk kesan paling maximum.. suruh boipren atau gelpren korang yang lipat duit tu kasi bentuk love.
mesti korang sayang giler nak bukak.


OK selamat mencube.!
bye.

Sunday, February 19, 2012

TAK PAYAH TAHU.

HAI assalamualaikum.



Hari ni Dr.Love nak ceramah sikit...


dalam bercinta, tak semua benda kita patut tahu.
kalau kita tahu semua, mungkin kita sendiri akan terluka, sakit hati, dan mungkin rasa nak pijak2 tengkuk pasangan kita tu dengan boot koboi.


benda paling simple adalah korang tahu password facebook boyfriend sendiri.
tangan dok gatal2 bukak n check dia ada chat dengan pompuan lain ke tak.
last last terbaca pulak chat dia pada zaman dahulu kala-sebelum mula bercinta dengan korang-dia dok berchat dengan awek dia masa tu.
dan korang pon akan sedih sendiri walaupon korang tahu semua tu dah berakhir.
pastu mula la nak compare kenapa dia x layan korang mcm dia layan awek dia tu.
dan mula la nak wat muka..
nak merajuk,, carik pasal..


apa kata korang percaya kan sahaja boifren/awek korang tu.
Tak payah nak menyibuk tahu password fb dia segala
tak sakit hati & tak gadoh pasal benda remeh tu semua.



SAPE SETUJU?????


p/s : ni bukan pengalaman aku Okeh.. tol tak tipu. hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...