Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Monday, January 31, 2011

makanan dan tag dari cik IKA!

Bagi 3 makanan yang korang paling suka dan sila bagi specific mane korang dapat makanan tersebut..
1.aku suke makan sate Wak Radol kat Kempas atau sate kat cafe Line Clear UiTM melaka coz kuah kacang dia SUPERB!
2. makanan seterusnya adalah aku suke makan asam pedas ngan ayam masak kicap makcik aku masak. sedap sampai nak jilat kuku jari! peh secret recipe katanya!
3. last sekali aku suke makan sup ayam yang aku masak sendiri. wakakaka. 

Jenis air apa yang korang paling suka? bagi 3 jenis.
1. aku suke minum air limau ice lepas makan kononnye leh neutralkan sikit kolestrol dalam darah lepas mentekedarah benda berlemak
2. aku suke minum soya bean coz mengenyangkan n leh wat otak laju sikit. nape? xpercaya?
3. last skali aku suke minum air tembikai yang betul2 jus tembikai. pastu asyek nak g toilet je. hehe

Which type of food yang korang prefer? Pilih 3..
Malay, Chinese, Japanese, Western, Italian, Mexican, arabian
semestinya aku pilih makanan Melayu coz sedap n pedas..
then makanan western coz aku dok mencekik fries, chiken n lamb chop segala.. itu maknanya tekak aku leh menerima ngan cemerlang.
last aku akan pilih arabian coz makanan dia berempah mcm makanan melayu gak. pastu dia banyak gunakan kambing, I LIKEEEOOO.!
makanan yang paling aku xleh terima adalah makanan jepun. hoho!

Apa 3 makanan yang korang paling expert masak? Dalam kata lain takyah tengok resepi tapi at the same time bila orang lain rasa akan kata Wah,gila sedap!
banyak makanan yang aku tau tanpa melihat helaian resepi.. tapi bile diingat2 balik..ada 5 makanan yang selalu dipuji oleh keluarga aku.tapi xsure la ia berbentuk bodek kan atau ikhlas dari lubuk hati

1. nasik ayam yang aku buat tahun lepas. abang aku singgah rumah lepas dia shopping ngan bini dia. bapak aku ngah makan nasik ayam tu sambil pelawa dia. mule2 dia ckp dia nak rase je coz baru makan kat kedai. sekali lepas makan dia tambah 2x sambil puji2. wah terkembang idung selama 3 minit :D
2. semestinya sup yang aku buat akan mendapat pujian bapak aku dan konco2nya. aku memang suke sup, then aku kalau lepak umah kak ngah aku akan tanya anak sedara aku nak aku masak pe n diorang selalu request sup. lagi 1 bila lepas raya korban, mak tiri aku suruh aku  masak tulang belulang lembu yang ade kat icebox.satu periuk besar aku masak dan habis licin xsampai malam. heheheheh sweet memory.
3. abang ipar aku yang pendiam telah memuji kari daging yang aku masak mase aku form 4. haha aku terkembang idung lagi. 

Semahal mana korang bayar tuk makanan korang?
wat masa ni benda paling mahal yang aku bayar gune DUIT SENDIRI adalah aku membayar RM50 untuk makan kat hotel coz fakulti aku wat majlis kecemerlangan kat hotel. benda lain yang aku rasa mahal adalah sewaktu aku belanje Mr.Ex aku di kenny roges, dua orang makan sampai RM70. 

Beri nama restoran feberet. Apa makanan yang paling sedap? bagi 3 restoran.
wat masa ni restoran favret aku adalah retoran Singgah Selalu kat Danga Bay. makan seafood kat sana sedap. macam2 ada, cume harga dia kadang2 mahal. then aku suke makan kat restoran ZZ kat JB. benda paling best adalah Mee Rebus Gear Box yang berharga RM7 sepinggan. restoran terakhir adalah restoran Anjung Warisan dekat je ngan Restoran ZZ tu. makanan yang aku suka, lamb chop ngan Dim Sum dia.. harga standard lamb chop RM20++ ngan Dim Sum ada dalam 6 bijik tu harga dalam RM7

Beri nama restoran paling mahal yang korang pernah gi & dibelanja. siapa belanja? makan apa?
Restaurant Friday. hidangkan western food. aku order pasta apa tah. bayangkan la. makan 3 dewasa n 2 kanak2 sampai dekat RM250. abang Shahir aku yang belanja. TQ bro!

Ayam, itik, lembu , kambing, burung puyuh, burung wak2, rusa, landak, merpati, ayam denak
Mana satu yang korang suka? Kalau korang suka tapi xde dalam list, ckap sendiri la..
aku paling suke ayam. coz senang nak masak, then aku suke kambing. oleh disebabkan bapak aku ade buat bisness bela kambing, secara automatiknya kalau ade majlis, mst bapak aku sembelih kambing n masak. tulangnya dimasak sup. xbau kambing pon n isinye lembut, untuk pengetahuan korang, daging kambing lebih rendah tahap kolestrol dia compare ngan lembu :)
aku pon suke seafood - udang, kerang, ikan pari n ketam

Restoran/cafe pertama korang dating bersama pasangan anda. Dan makan/minum apa? Kalau korang ingat la kan..
first date kitorang makan kat foodcourt kat City Square jek. aku  order sizling yee mee dia plak makan nasi goreng thai. minum  plak aku minum lime juice, dia minum mango juice. macam mane aku leh ingat? coz kitorang selalu makan benda yang sama stiap kali dating n kadang2 je tukar selera makan McD, KFC atau kat mamak :)

 Apa makanan yang selalu remind korang terhadap pasangan korang? Kenapa?
aku akan teringat kat Arep kalau aku nampak ketam ball atau udang. dia alergik binatang laut kecuali ikan. pernah sekali kitorang gi pasar malam same2 n aku beli ketam ball. aku tau dia alergik n tetibe dia mintak sebijik kat aku. aku dah warning nant sakit, tapi dia cakap sebijik je..aku kesian n bagi la kat dia. dia makan n 5 minit pastu dia dah tergaru2 jari tangan dia coz dah kuar bintik2 merah kat situ!

Kalau pegi rumah orang, korang akan berharap orang tu hidang apa?
aku selalu berharap orang tu hidang keropok lekor n sos dia, pergh atau karipap kentang! xpon aku harap dia hidangkan mee sup ke, mee goreng ke, mee hailam ke. haha nyum nyum!

Makanan yang korang tak boleh nak telan langsung. Samada tak sedap/ tak boleh telan langsung.
aku xleh telan taugeh. tapi kalau dah termakan,aku telan je, dan aku xleh telan tauhu goreng n tauhu sumbat. aku xtau kenape n aku xmakan ikan bilis dalam jemput2. hehe

Menu raya yang paling disukai?
aku paling suke makan ketupat atau nasi himpit dimakan bersama ayam masak merah atau masak kicap.aku paling suke ayam masak kicap makcik aku,sedap!

Jajan/ cekedes yang korang suka
aku suka makan keropok BIKA ngan Super Ring.
gule2 plak aku suke gule2 cap udang yang ada plastik leh dimakan ngan gule2 KOPIKO
coklat plak..aku suke PICNIC ngan Cloud9 yang ade kacang2. *aku xsuke coklat bar.

Beri 2 makanan yang emak korang masak yang korang paling suka?
mak aku dah lame xade. so aku suke kakak aku masak ngan makcik aku yang kat kampung
aku suke kaklong masak sambal udang 
suke kak ngah masak sweet sour
suke cik rahimah masak ayam masak kicap n asam pedas ikan sembilang.
SUPERB!

Makanan yang paling pedas yang korang makan? Sape masak?
aku sukekan makanan yang pedas2. aku suke makan sambal ketuk kat kampung, cik rahimah aku la yang masak. sambal ketuk tu macam sambal belacan, cume ditambah ikan bilis goreng. paling syok makan nasik panas+bayam masak air+ikan kembung goreng +sambal ketuk. siyes aku makan sampai pening kepala n aku tambah banyak kali!

Korang klu jumpa orang yang TAG nie, apa agaknya yang korang akan hidangkan?
aku nak hidangkan nasik ayam la. senang. xpayah pk nak wat lauk ape!
pastu air sirap bandung
pastu puding castard suruh kakngah buat. hehe


P/S.aku tag kat semua!
:)

tag dr incik Nick Irfan

HALLUUU semua...
aku ingin mengucapkan kepada incik NICK IRFAN coz mengeTAG aku
walaupon soalannya ciput..
aku xpduli! nak jawab gak!
ngehngeh!
(^_______^)

1) Bila korang suka tulis entry?
aku akan tulis entry bila aku free & kalau aku ada aktiviti ape2. kalau setakat aku dok umah xade benda nak citer,malas aku nak tulis. kalau aku boring mcm ne pon,aku akan pk ape2 tajuk atau pk ape aktiviti yang aku lom cter. tiada had masa untuk aku tulis entry. suke2 hati aku je.

2) Adakah korang blogwalking hari-hari?
aku rajin tengok blog yang best hari2 contohnya blog yang ade cter kelaka, benda2 pelik. tapi bergantung gak pade tahap kelajuan internet yang sejak azali lombab!

3)Namakan tiga blog yang korang paling suka baca:
blogzack zukhairi -coz blog tu best
blog incik Nick-coz banyak benda pelik
blog incik Umar-coz banyak cter kelaka tahap pokok kelapa
blog pendekarPetai-coz dia suke merapu+kelaka
blog anati soki-coz dia sempoi
blog  bellon-coz dia suke mgamuk!

4)Apa yang korang nak cakap dekat ML kalau korang jumpa ML (Hahahahaha!):
nick.ML ni sape?
 kalau xkenal.. wat muke sombong n jeling dia sedas! wakakakaka
kalau kenal.. wat muke gedik n terus bergosip
kalau dia ni artis.. aku tengok dia n terus blah
huahuah

5) Tag 5 orang rakan blogger yang korang rasa cool like a snow~
ha ekau la yang ngah bace ni..
kekeheheh

nah amik sorang satu!

p/s:gambar goodies  2 sem lepas untuk presentation PAD170 dek nak ambik hati lecturer.

Monday, January 17, 2011

wonderland Melaka yang hebat

HELLLLLOOOOOO..

seperti yang dimaklumkan kelmarin aku dah pon berjaya membuang duit aku untuk membeli belah di Dataran Pahlawan sambil menengok wayang
malam smalam aku rase takot2 berani jek nak tido lepas si mira padam lampu
aku tetibe teringat semua adegan yang terkejut dalam movie tu
tapi last2 aku tdo gak lepas aku mengalihkan perhatian kepale otak aku kepada sesuatu yang lebih positif sebagai contoh menjadi kaya dan dapat hadiah yang banyak!
si Aten b4 tido dah memekak kat aku si Naili datang kul 10pagi
aku pon buat alarm dan paksa diri tido

semalam...
seperti yang dijanjikan aku siap2 b4 kul 10
aku xsempat pilih baju ape
last2 aku bantai tee shirt rm20 yang aku beli kelmarin
tepat kul 10 si Naili da terpacak kat tempat parking depan Tun Merah
cepat2 aku amik kasut dan turun dengan gembiranya

hey hey!!! :)
lokasi pertama yang kitorang gi adalah mencarik tempat brekfast di Ayer Keroh
Si Fatin anak jati Melaka hampeh xleh harap utk menjadi GPS kitorang
last2 aku yang cute bijak ni jugak  yang tunjuk jalan g tempat makan yang aku n kaklong selalu singgah kat ayer keroh tu
si Fatin, kalau bab2 jalan, xpayah la mintak dia tunjuk. PELUPA!
dalam 15minit mencekik sekeping roti telur
kitorang pon meneruskan perjalanan gi Wonderland yang sekangkang kera je jaraknya tu
semua dah senyum2 gembira coz dah lame xmain air same2
last pergi mase aku part 2 kot, kitorang gi mandi2 kat A'Famosa WaterWorld kat Simpang Ampat
now.. masanya nak g cube benda yang baru bukak tahun lepas kat Melaka
bukannya apa...
Ade sedikit kejelesan apabila si Mirul ngan Faris pernah gi WonderLand tu
tapi kali ni aku akan berlagak pade diorang yang aku pon gi jugek!!
(^______^)

 untuk menjadikan blog aku sedikit berinformasi..
akan aku sharekan sedikit benda yang korang patut tahu pasal Wonderland ni
kepada sesiapa yang menaiki kereta dari Lebuhraya Utara-Selatan,
leh la exit kat Ayer Keroh dan kuar ke simpang yang ke Bandaraya Melaka
lokasi nya senang je nak dijumpai
aku suke pasal melaka ni sebab satu jek
diorang suke buat tempat2 menarik kat satu area jek
contohnya museum kat Melaka ni
kalau korang gi Bandar Hilir, berderet museum korang leh gi
kalau kat ayer keroh plak
sederet sepanjang jalan besar tu korang leh jumpa Zoo, Taman Buaya, Taman Mini Malaysia, Museum Lebah, Museum Rama2..
dan Wonderland ni pon terselit diantara mereka2 ni
untuk lebih jelas, aku sediakan peta untuk korang tengok sendiri



sampai jek,kitorang terus carik parking..
ha... lagi satu aku suke Melaka ni,
parking n toilet dia murah.toilet xpayah bayar kalu gi DP atau MP
parking kat Wonderland ni xperlu dibayar

masuk je tempat tu, aku terus kuarkan kamera
dan kitorang pon snap gambar mcm nak gilo.

yahoo sampai pon!

muke excited!

fatin dah penah datang pon masih nak excited giler

otw nak ke kaunter sempat singgah snap gambo



tiket pulak
pade hari weekend :
dewasa RM30
kanak2 RM20
warga emas RM15
weekdays.. lupe! haha

ok sampai pon kaunter akhirnya!


pelampung plak dia ada sewa yang single, double n triple
harga
single : RM10
Double : RM20
Triple : RM30
dia akan pulangkan separuh..contohnya kite sewa yang double RM20..nanti kite pulangkan pelampung tu,dia akan pulangkan RM10 kat korang..
sebelum apa2
korang kenelah simpan barang korang kat kocker yang disediakan
xnak simpan pon xpe,,
tapi kalau ade barang berharga ilang.. pandai2 la sendiri ye :)
locker RM4
leh muat 2 beg je.

aku sediakan plan utk korang
lepas je tukar baju..
semua benda kitorang try sampai lenguh2 badan
semua tempat best sampaikan tempat kanak2 pon kitorang bantai main
slide semuanya kitorang bantai main kecuali ada satu slide yang kene pakai swimming suit
tapi semuanya SYIOK!

slide ni syok coz korang kene guna something mcm tikar dan kene meniarap.
tempat budak2 yang best coz ade baldi besar dan dia akan simbah atas korang



xrugi untuk korang bayar RM30 dan bergumbira selama 5jam
tarikan paling best pada aku kalau datang mase weekend
ade maskot2 yang comel terkedek2 wat chiken dance ngan wat tarian poco2 kat pentas
semalam je ade dekat 8ekor haiwan maskot yang comel dan colorful muncul 2 jam sekali
kepade manusia yang suke benda comel dan gilerkan foto..
aku sanggup tukar baju cepat2 bile dengar music yang menandakan maskot2 tu datang pentas
sementara diorang ngah wat chiken dance n poco2
aku, killa n fatin cepat2 siap2 utk kejarkan n dapatkan mereka
bila siap je,
aku n killa terus berlari pecut naik bukit g kejar maskot tu n dapatla snap gambar ngan mereka
comel kan mereka??
kan?
maskot biru pakai pempes
dinosaur pink yang baik hati
dinosaur biru yang pemalu. :)
peace!!!!

lepas penat ambik gambo..
kitorang pon g lepak2 kat corner yang menyediakan kerusi urut
masukkan je singget, dia akan urutkan korang selama 3 minit
sambil2 rilex2 aku pon berangan syoknye kalau kat umah aku ada sebijik
pastu berangan lagi kalau aku da keje aku nak belikan bapak aku kerusi urut macam ni..
(^__^)

tau2 je orang akan gune krusi ni...

 b4 balik..
kitorang beli gambar yang diorang amik
sekeping RM20, 2keping  RM30
tapi kitorang bantai beli   4 keping
sumpah buruk gambar mase jerit2 segala.. tapi kitorang beli gak. HAHA

jam kesayangan aku tuu.. hoho
tepat pukul 4suku
kitorang pon gerak nak balik
perut dah lapar
badan dah bunyik2 coz dah sengal2
kitorang pon gi mencekik kat McD


aku macam biasa la
xsuke burger..
aku order la Bubur Ayam + Milo + Fries
last2 bubur ayam yang lagi 5 sudu nak habis pon aku xmampu nak habiskan coz tekak aku sakit
mase mandi2 tadi xpulak tekak ni nak sakit
lepas je habis..
kitorang terus berambus kembali ke Lendu aka London

ok bye nak berambus dulu~~


bile aku sampai bilik..
aku perasan yang muke aku sunburn tahap ke 2
tadi gi kelas ramai yang tegur coz muke aku yang xberapa nak cerah ni.. kembali gelap.
HAHA nasib aku la..

peace!!!

sunburn? padan muko!
BUBYEEE

Friday, January 14, 2011

SUDOKU pertama menimbulkan riak di hati.

HALOOOooo

hari ni aku akan ceritakan peristiwa yang terjadi semalam..


Tarikh : 13 Januari 2011
Masa : 5.30 ptg
Tempat : Bangunan Akademik B109
Kelas : PAD 310 (Malaysian Politics)
Tempat duduk : meja paling depan, depan lecturer

aku group 1st present pasal soalan mengenai occupation of Japanese in Malaya
so mase selebihnya aku tengok je kat muke kawan2 aku yang present pasal British, Malacca blabla..
aku tengok je, tapi input hampeh xmasuk pon!
bile da boring tengok muke diorang, aku g conteng2 notebook aku
lepas da boring conteng notebook,
aku belek2 suratkabo NST yang aku beli
aku beli NST?
woi! aku bace surat kabo omputeh! nape?? xpcaye??
sebenarnye lecturer kelas BEL aka English aku yang memaksa menyuruh satu kelas beli newspaper
kite leh pilih nak beli NST atau The Star
dengan harapan kami yang sengal english ni membace la benda2 berinsurkan ilmiah dalam bahase inggeris
aku memang bace, tapi bace HEADER dia jelah. dengan kalau2 ade cter pasal Messi yang menang anugerah ape tah, aku bace la sikit2. ngeh2
selepas aku belek suratkabo tu dah 3 round,
aku rase macam nak sepak muke orang coz perut dah kebulur giler
mate asyek tertoleh2 kat tapak pasar malam
dalam hati doa je semoge makanan kat pasar malam tu x habis
info : pasar malam UiTM hanya dibuke pd Selase n Khamis dr kul 3-7pm shj
bila dak2 ni da habis present, Miss Nurul pun ckp group lain present next week
semua dah sibuk kemas beg sambil bunyik "YEYE"
aku awal2 dah masuk semua harte aku dalam beg tu.
suratkabo aku tu plan nak kepit je atau jadikan payung coz luar dah ujan.
tengok tu? ade gak function surat kabo tu kalau kite kretip :)

satu kelas hampe bile Miss Nurul cakap

"Eh, sape suruh awak balik? kelas habis 6.20 kan?"

"miss, kitorang nak gi pasar la.."
semua buat muke kiut sambil wat muncung termasuklah 8 orang jejaka macho

"saya nak sambung pasal minggu lepas. Apa benda terbaik atau terburuk pernah jadi pada awak hingga merubah idup awak. Ok sape yang belum jawab? OK fifi awak share dulu!" 
kate Miss sambil tunjuk2 kat Firdaus. kekekeh

aku dah garuk2 kepale.
beg yang aku sangkut kat bahu, aku letak balik atas meja.
maka bermulalah sesi perkongsian maklumat antara classmate.
aku tengok si aten dah bisik2 kat killa sambil tunjuk2 kat surat kabo tu
then killa geleng2 kepala n ckp xpayahla nak semakkan otak ko main sudoku kalau xtau main
Ooooohhhh SUDOKU?
aku pernah beli buku SUDOKU kat popular bookstore mase aku form 4
sampai sekarang aku xhabis buat lagi soalan yang ade.
1 soalan pon aku xhabis wat coz aku beli buku yang level susah
bile kat umah kakngah aku tengok fini punya asuh ada sodoku,
tapi tu level dak hingusan pulak
so aku terus bukak NST aku sambil amik pencil Pilot Rexgrip aku
dan memulakan buat sudoku tanpa pedulikan cter kawan2 aku...

tepat 15 minit aku wat sodoku
aku berjaya siapkan tanpa ade cacat cela!
aku dengan suspennye bukak page yang ade jawapan sodoku tu
dan dengan girang aku tayang jawapan sodoku aku kat aten sambil wat muke blagak mintak penyepak

jeng jeng!!!!!!!
aku hanya gunekan pemadam sebanyak 2 kali utk padam 2 nombor.
sekian citer belagak dari saye. peace!


p/s : sila ignore tulisan buruk aku. :)

Monday, January 10, 2011

Lesen dan Aku Part 1

HAI...

setelah berangan hampir dua taun
setelah jeles tengok member dok berjimba sewe kreta
setelah bosan naik bus seumur idup
pade hari Ahad 9 January 2011
aku pon melangkah ke Zapcity, Lendu

JENG3!!


macam biasa la, mule2 g kursus aka dengar abang2 tu bagi taklimat selame 5 jam
aku asyek tersengguk2 mase dalam kelas tu
nak ngorat makhluk2 d sane semuanya ramai dak lepasan SPM je,
mate aku segar bila dia bagi rehat utk mencekik ngan mase balik je
xade benda yang menarik pade aku
macam biasa la benda basic yang dia cecehkan contohnye nak potong macam ne, kenal signboard..
teringat dulu mase kat SM Teknik ade gak blaja pasal signboard tu.



kitorang balik dalam kul 4
lepas singgah surau B.A terus singgah cafe untuk mencekik
aku kalau bab mencekik numbo 1
sape2 nak buat bini memang kene pk dua kali la
mentekedarah je.

yang depan sekali aku punye,giler licin! HAHA


next week ade ujian komputer
nak lulus kena dapat 42 per 50
tetibe aku n geng rase sangat risau kalau gagal
kalau gagal 3 kali kene amik ujian bertulis
kalau ujian bertulis pon gagal 3 kali kene amik ujian lisan ngan JPJ
kalau fail jugak, baik terjun tasik je
GOODLUCK sakdi!!


ok bye nak sambung tido, kelas 10stengah! ngeh3

Friday, January 7, 2011

budget dan cuti

HELLOOoo..



semester baru dah pon bermula
bukak2 sem je semua student dikejutkan dengan pendekatan baru cuti sem semua IPTA akan berlangsung selame 4 bulan
macam biasa la semua akan buat komen xkesah la positive atau pon tak
pade aku ade la kelebihan ngan kelemahan cuti 4bulan ni
kelemahan dia, lambat lagi la aku nak grad apetah lagi nak amik degree dan berangan nak smbung master (cikgu ckp student kene angan2 tinggi) hoho
kelebihan dia pulak banyak kalau dipikirkan dari sudut positive dr diri student tu sendiri
1st, janganlah 4bulan tu dok mengeram je kat rumah tu sampai katil pon dah menyampah nak tengok muke korang
bawak2 la kerja part time ke, duit pon masyuk dapat pengalaman pulak tu
mane tau leh dapat jodoh mase keje part time tu, huahuha
korang pon leh amik kelas mcm contoh kelas menjahit ke, kelas bahasa ke.. kan bagus tu
nanti dah keje senang, xade la tercangak baru nak blaja bahasa ketiga atau masih pk2 grammar nak ckp omputeh ngan client.
ok itu sahaja

oleh disebabkan sifat aku yang kureng nak sabar,
aku ambil keputusan drastik untuk ambik lesen pada sem ni
umur 20 baru nak pandai gerakkan kereta?
kelas dan taklimat pon belum mule lagi
hari ahad ni baru start nak dengar ceramah
aku pengetahuan ZERO pasal kereta ni
setakat bunyikkan hon, start enjin, main wiper, petik signal tu aku tau la
bab gear, hampeh!!
bertepatan ngan azam tahun baru nak bawak kereta pada tahun 2011 ni,
aku pon gagahkan diri bersame geng aku utk amik lesen di Zapcity Lendu dan bayaran yang dikenakan adalah dalam lingkungan RM730++
berbanding ngan JB yang tah hari tu aku survey sampai cecah 1k beb
harap2 aku x fail mane2 ujian.
bak kate member, xkan final leh lulus tapi ujian JPJ gagal kot?
so aku nak LULUS ngan cemerlang untuk mengelakkan duit aku yang ciput ni terus lenyap

memandangkan aku dah amik title senior,
subjek2 yang aku amik semua nya gedik nak suruh kitorang buat kerja luar
fun memanglah sangat fun
tapi duit aku pon akan keluar dengan fun nye
ia boleh diselesaikan
tapi dengan bantuan FAMA loan la
sorry Abah.. nanti cuti sem saya ganti balik ye !!
(^___^)
yang ikhlas, anakmu
Halimatussa'adiah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...