Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Friday, March 25, 2011

RESEPI: bubur nasi

HELLOOOO!

kini aku di JB dengan gembiranya.
setelah 2 bulan aku x balik, itu bermakna dah 2 bulan aku xpegang periuk belanga
bila sampai rumah,
aku dah plan kat kepala otak aku nak masak ape 
aku nak masak benda yang susah nak carik kat UiTM,
mule2 aku plan nak masak siput sedut masak lemak
tapi disebabkan pencarian siput di pasar menemuai jalan buntu, aku terus plan nak masak bubur nasi coz kat melaka aku xpenah jumpa kedai jual bubur nasik.

jeng2!!
dah lame giler aku xmakan bubur ni
bukannya ape, menu kat cafe UiTM semuanya same jek
tibe2 tekak rasa nak telan bubur.
kepade kawan2 aku yang xreti masak tu
jum try masak bersama aku.
macam mane nak kawen kalu x tau masak ni killa?
HOHO


STEP PERTAMA.
bubur nasi

aku nasihatkan untuk masak bubur ni..
elok la masak bubur nasi tu dulu sebab bubur ni masak lama sikit berbanding nasik biasa
so aku senduk 3 cawan beras masuk dalam periuk
aku basuh bersih2
then aku letak air dua kali ganda dari beras tu
kiranya aku masukkan 6 cawan air
langkah terakhir ialah petik dapur gas tu sampai api menyala dan adjust kepada api sederhana.
kacau bubur kalau air hampir kering ye..


STEP KEDUA
kentang kicap

ok kite beralih kepada lauk yang dimakan bersama bubur tersebut
selalunya kat JB akan makan bersama kentang kicap
kalau negeri lain aku xtau la pulak
so cara caranya adalah....


1. kupas 4 bijik kentang dan potong dadu. b4 potong, sila cuci atau rendam kentang tu dulu.
2. amik kuali dan panaskan minyak, then agak2 kuali dah panas, masukkan kentang tadi. goreng sampai jadi kekuningan. lepas tu, angkat kentang tu.
3. amik 2 bijik bawang besar, 2 ulas bawang putih, dan 5 bijik cili padi. hiris halus then tumis dengan 5 sudu minyak sampai garing. lepas naik bau, letak black pepper.
4. letak kicap.. agak2 la sendiri.
5. kacau selame seminit.. dan siap!!!
xpayah letak garam coz kicap tu dah masin daaa... :)

STEP KETIGE
sayur kangkung


korang ingat kan piramid makanan? kite kene makan sayur..
so sayur paling sesuai dmakan bersama bubur adalah kangkung
kepada sesiapa yang xkenal sayur kangkung
gi je pasar dan cakap kat nyonya tu..
kangkung satu ikat!!!!!!!!!
nak masak sayur ni paling senang.


1. amik sebijik bawang besar, 2 ulas bawang putih, sebijik lada merah n satu inci belacan. pandai2 la ukur. hiris dan tumis kan mereka bersame2
2. lepas korang rasa macam nak bersin, cepat2 masukkan kangkung yang dah disiang bersama secawan air. then kacau sampai kangkung tu layu
3. letak sesudu garam, garam jangan banyak2 coz belacan tu dah masin.. then kacau sampai rata n tutup api tu.

STEP KE EMPAT
sambal 

rasa tak lengkap kalau tak pedas.
walaupon kentang tadi pedas sikit coz ade lada n pepper,
tapi aku tetap nak wat sambal jugak
kali ni aku pilih untuk campur ayam n hotdog.
kalau nak tukar kpd udang atau sotong pon bulehh..
carenye...





1. lumurkan ayam dengan garam n serbuk kunyit, n goreng dalam minyak panas sampai garing sket.pastu angkat dan ketepikan.
2. amik sebijik bawang besar, 2 ulas bawang putih, sedikit cili kering yang dah direbus bersama 2 sudu minyak masak n setengah cawan air, kite blend mereka sumer dan tumis dalam minyak panas.
3. kacau sampai rata dan masukkan sebatang serai yang dah dititik.
4. kacau sampai rata dan garing.. bila dah kuar minyak maknanya dah garing la tu
5. masukkan sos tomato atau sebijik tomato yang dah dicincang utk kurangkan rasa pedas.
6. masukkan gula dalam 2 sudu dan kacau.
7. masukkan setengah cawan air asam jawa. jangan masukkan bijik dia. kacau selame 1 minit
8. last sekali masukkan ayam tadi n sedikit garam.

SIAP!!!


masa yang diambil dalam anggaran 2 jam
sempat habis masak sebelum bapak aku balik nak sembahyang jumaat.
OK bestfren2 ku, Bella, Killa, Aten, Miya dll
selamat mencube!
(^____^)

*tetibe aku menggunakan BM bersama tatabahasa yang betul. :)

Monday, March 21, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa. Best ke?

 HELLOOOOO....

kalau selama ni aku asyek dok mengutuk filem tempatan
bukannya ape
aku cume dah bosan dengan cerita cinta melayu yang biase2 aje
aku lebih berminat tengo cter cartoon disney kat wayang dari mempertaruhkan duit aku untuk cter yang belum tentu aku puas.
mungkin disebabkan kedudukan aku yang di pelusuk kampung,
so jarang2 la aku melangkah ke panggung 
anak sedara aku msg, bagitau yang dia dah tengok filem RANGO
wah..
sebagai makcik, xkan la aku nak cakap dah 2 bulan aku xtengok wayang kot?
ni leh mencemarkan nama aku sebagai seorang makcik yang asyek nak menang.
dengan tiba2 semalam fatin msg tanya aku nak ke tengok wayang 
cepat2 aku reply 
sila amik aku kul 12.30 di Zapcity.
kene bayar duit minyak pon gua x kesah
yang penting lepas gian aku nak tengok wayang..
bila semua pakat2 nak tengok cter 
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA,
aku pon setuju ajelah
coz aku penah tengok trailer cter ni kat you tube 
hmm.. menarik trailer dia
perang2 ala2 cter fav aku,
Lord of The Ring.


pada aku..
cter ni cter melayu paling bermutu penah aku tengok
best ooo
aku nak gi toilet pon aku lari cepat2 coz xnak miss cter ni
kitorang tengok penuh penghayatan oooo
bile hero2 kene bunuh kitorang kecewa
seriously cter ni ada jalan cter yang mantap
aku suke.

kepade sesiapa yang belum tengok..
ayuh lah sokong filem tempatan.
kepade sesiapa yang xsuke cter perang2
xpayah bazirkan duit korang.
memang betul kata yusry
xramai penonton malaysia sukakan cter epik la
tapi majority kawan aku dah tengok malah suka pulekkk.
Go KRU StuDio!!!
    

Wednesday, March 16, 2011

contact lens dan aku

HELLOOOOOO.....

kelmarin aku balik dari kelas BEL kat blok B dan aku nampak la kat sana ade orang bukak booth cermin mata n contact lens.
miya ajak aku tengok kot2 ada yang murah ke, ape ke
tapi aku tertarik la kat contact lens aka kanta lekap yang berwarna itam

ni semua gara2 terpengaruh dengan si Killa yang pakai contact lens warna itam la
CIS!

so hati aku pon meronta ronta untuk mencube pakai.
kalau sem lepas aku pakai yang colorless sebulan je
nak jaga punyalah leceh..
tapi disebabkan aku ni jenis tak sedar diri dah tau rabun tapi malas nak pakai speck
so aku gagahkan jela diri aku untuk memakai benda alah ni
walaupon banyak cerita pasal keburukannya,
walaupon si bellon penah bagi aku warning supaye xpakai contact lens
tapi apakan daya..
leher aku ni dah lenguh la asyek nak terjenguk2 tengok whiteboard
leceh la aku asyik kene naik bilik balik coz terlupa bawak spek masa nak buat latihan kereta.
aku ni jenis mata kering,
so aku xakan pakai selalu la
pakai bila perlu jek.

 tadi aku datang balik kat booth tu ditemani killa n aten
kitorang pon survey2 ape yang patut
so dia check power mata aku
KIRI-150
KANAN-150
tapi untuk contact lens, dia akan reducekan 25
so KIRI n KANAN 125 jek
jumaat ni dah boleh amik.


 mengikut pengalaman aku
nak jaga memang susah la
secara automatiknya kene bangun awal nak gi kelas,
kene rajin gi toilet basuh tangan etc
so secara tak langsung ia mendidik aku supaya menjadi rajin. yeay!

untuk mengingatkan diri sendiri,
ni dia basic tips untuk pakai contact lens

1.    Cuci tangan bersih-bersih dan keringkannya dulu b4 pakai cotact lens.
2.   Gantikan contact lens cepat2 kalau mata mula rasa tidak selesa
3.   Jangan pakai larutan pembersih yang entah ape2 coz produk pembersih yang x betul dapat membahayakan mata
4.    Sewaktu membersih contact lens, gosok dengan hati-hati. Letakkan kanta kat telapak tangan  dan usap secara perlahan-lahan
 5.  Simpan  di tempat penyimpanan yang disediakan n jangan biarkan kanta kering
6.   Jangan biarkan mulut botol pembersih tersentuh sebarang permukaan lain atau dibiarkan terbuka untuk menghindari pencemaran.
 7. kalau nak pakai make up, pakai cotact lens dulu baru pakai make up.
8. pengang dengan hujung jari, bukan dengan kuku.
9. jangan tido dengan contact lens tu kalau sayang mata sendiri

SEKIAN. :)

nota kaki: hari ni aku, killa n fatin buat kerja bangang lagi iaitu naik moto ber 3. tengah2 jalan leh terserempak dengan pakguard, nasib baik dia buat2 xnampak. yang paling kelaka,aku rasa moto tu macam xlarat je nak bawak kami ber3. haha


Tuesday, March 8, 2011

credit t0 Kak Fano.

HAiii....

minggu ni aku bz mengalahkan menteri pengangkutan
banyak giler assignment nak siapkan
aku tak merungut eh! aku cakap je.
nasib baik lah banyak presentation dah lepas 
cume tinggal satu je assignment yang kitorang tengah buat sekarang ni
aku macam biasa..
akan menggunakan orang disekeliling aku untuk membantu apa yang patut
macam biasa masalah aku adalah
menggunakan Adobe Photoshop.
walaupon aku rajin bukak youtube tengok dia ajar nak guna,
tapi kepale otak aku lincah je lupa ape yang baru aku belajar
tanpa membuang masa aku pon mintak tolong 
bakal kakak ipar aku yang cantik

haha posing bukan main kan?
al maklum lah dia ni seangkatan abang aku juga
dia ade bukak arttalkstudio untuk amik gambar, makeup, wat percetakkan segala
senang kata kalau aku kahwin nanti senang la keje aku
diorang tunang pon siap buat album sendiri
dah xmain la nak cuci gambar
memng cantik, tapi harga pon cantik la.
hehehe


penghargaan kepada kak fano coz sudi meluangkan mase seminit dua untuk buatkan logo KEDAI kitorang
kononnya kitorang nak bukak bisness cafe yang diberi nama 
ESFAA
yang diteraju oleh

E- Eiffah
S- Sakdi
F- Fahtin
A- Aqilah
A- Amira

rangka awal.. eceh

jeng!!! siap!!!!
antara shareholder dan merangkap board of director ESFAA
kitorang ni kalau buat benda berangan2 laju aje
semoge semuanya berjalan dengan lancar
selancar air terjun kota tinggi
semoge dapat markah yang besar
sebesar dan segemuk aku
yeay!!!

oh lupa nak cerita

petang ni bermulalah rutin aku untuk memulakan bawak kereta untuk 
latihan 8 jam tu
aku xsabar nak tunggu kul 4 nanti
harap2 semuanya ok je
xsabar nak ber lesen P pule


cucu ku..
inilah wajah nenek umor 20. haha
p/s: killa, berokband yang ko bagi pinjam ni laju nyah! I LIKE!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...