Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Friday, April 22, 2011

PERAH OTAK name jajan

HAI HAI

sejak semalam aku sibuk menyelak mane2 buku yang berkenaan
bila dah penat melunyaikan buku Quality Management.
kitorang pon pakat2 buat air teh cicah dengan biskut Hup Seng
biasa la waktu exam xkan nak mencekik megi plak kan
alamatnya makin berkarat la otak yang memang dah berkarat ni
so sambil mencekik biskut n air teh stroberi,
mulut pon sibuk berkicau pasal itu dan ini

agak2 dah pukul 2 pagi,
semua mata dah mula mengantuk dan masing2 dah mendarat di katil masing2
rumate aku si Ira yang berada di katil seberang sempat ajak aku borak lagi
dia imbas kenangan mase skolah rendah dan jajan jajan yang ada
tetibe je aku teringat mase zaman aku kecik2 dulu,
aku ni dikira budak sengkek coz bapak aku xpernah belikan aku jajan yang dalam kotak tu
zaman dulu kalau sekotak harga RM1 dah paling mahal la tu
dah r dalam ade 6bijik biskut coklat plus mainan plastik yang cepat patah
tapi disebabkan terpengaruh dek iklan kat TV2 lepas cter Dragon Ball
bukan main lagi iklan Ding Dang,, TORA etc
maka aku dan ira gelak sendiri bila pk betapa bangangnya dulu suke benda alah tu

kepale aku mula ingat balik zaman kecik dulu punya mainan
sampailah Ira bukak cter

"Dulu aku penah bli Ding Dang ngan Tora je coz ade lagi satu mainan tu kotak dia lagi besar, tapi harga dua ingget lebih,, mane bapak aku bagi. Kau ingat tak name mainan tu Sakdi?"

"Aku tau mainan tu, tapi aku lupe!!!" aku dah mule tension

OH!! aku ingat mainan tu! kotak dia warna purple n ade gambo binatang..

mainan tu mahal, so aku mampu usha je dari jauh, apatah lagi nak menyentuhnya!

bila aku dah tutup lampu bilik,, aku golek sane sini nak ingat balik name mainan tu
aku perah otak giler2 n gunekan daya imaginasi aku

...........

SEJAM kemudian...

"Ira. kau dah tido ke?" aku tanye dalam gelap.

"hmmm tak lagi.. kenape?"

"Aku dah ingat name jajan tu.. name dia JOJO kan!!???"

"Eh iyelah Sakdi, dari tadi kau fikir ke?? Kahahahkaha" leh gelak besar dia ni

"yela aku xleh tido tau sebab asyik terfikir je name jajan kotak besar tu.."

"yela name jajan tu Jo Jo.. jajan paling mahal heheh"

seminit kemudian,, aku dah terlelap setelah dapat jawapan kepada persoalan Ira tadi
inilah jajan yang melambatkan mase tido aku.

Sekian. nak sambung study la ni. hehe

Sunday, April 10, 2011

chicken chop terbest di Melaka

HELLOOOOOOO

tinggal kurang dari sebelas hari aku akan mengadap final LAW
untuk menghilangkan tension *kononnye
kami satu bilik berpakat ramai2 untuk makan chicken chop yang paling murah plus paling sedap kat Melake
kononnye sape yang xpernah makan chicken chop tu memang malang la
dan lebih baik terjun tasik *ayat classmate
sebaik sahaja mendapat peta dari si fatin,
aku terus cepat2 ajak Izzah bawak kitorang gi bandar sebab dia ade kereta
sampai je lokasi yang dituju
semua kedai aka gerai kat sana baru je dibuka coz dah pukul 6.30
cepat2 mencari tempat strategik dan mengorder ciken chop yang diidamkan dengan rakus
kepade sesiapa yang nak pergi,
lokasinya senang sahaja
bersebelahan dengan Hotel Bay View n Choice Shop
dan berdekatan dengan sungai yang ade river cruise 
di bandaraya Melaka

dekat pukul 7, makin ramai pulak yang datang dan dipenuhi dengan orang ramai dalam sekelip mata
walaupon medan selera tu agak buruk malah kerusi dan meje yang disediakan sangat mengecewakan
tapi bila aku mencekik ciken chop yang ade dan menghirup air tembikai yang fresh
semua benda buruk2 tu aku dah tak peduli
harga pon murah la compare kat tempat lain
pada aku,
isi ayam dia sangat superb cume kuah dia je rasa biasa2
harga dia murah giler, RM7 dan tanpa service tax
:)


see?see? besar kan ayam tu? hikhik
then kitorang singgah tepi sungai tempat river cruise tu lalu lalang
sambil mengira biawak yang ade
dan menghirup udara malam yang indah b4 pergi ke Jusco untuk membeli broadband baru

seee? blakang tu ade rumah tradisional Melaka

seee? atas tu ade monorel yang SANGAT LAJU!! haha
bercerita mengenai broadband,
sedari pukul 1 ptg tadi sampai kul 2 aku membongkar seluruh pelusuk meja dan katil aku coz broadband aku x memunculkan diri
aku cari punya cari sampailah aku give up dan mengambil langkah drastik dengan pergi ke ATM dan mencucuk duit utk beli broadband baru
mase ke Jusco, aku telah membeli sebijik broadband dan membayar wang
malangnya...
setelah aku sampai ke bilik, aku dapati broadband aku terselit di celah bantal kecik yang aku letak sebagai alas kerusi belajar aku

sila berikan tepukan.

Friday, April 8, 2011

kami keluarga TEKA TEKI

HELLO....

aku baru balik dari kelas Sir Shawal
hari ni last class dia coz start jumaat depan dah study week dan rabu lagi satu dah start final
first paper aku
Administrative Law
(X___x)

selame lebih kurang sejam kitorang main teka teki kat kelas dan 1 kelas join
of kos la aku yang lead coz aku dibesarkan dengan teka teki yang bangang sedari kecil
abang2 aku memang suke bagi teka teki mase petang2 
sambil lepak makan jemput jemput bawang n air teh
kebanyakkan teka teki kadang2 abang aku ulang2 tapi kitorang still bengap xleh jawab
nanti kak ngah n kak long menyampuk bagi teka teki lain dan pastu gelak sampai nak guling2 ke dapur
tah mane diorang sebat teka teki tu pon aku xtau. HEHE

macam x sangka satu kelas leh main teka teki dan sampai dekat sejam Ooo
gambar2 xdapat disediakan coz si Miya hanya mengambil video gune hp beliau.
si Killa, Fatin dan Epah yang sangat kepoh hanya mampu terdiam dan kadang kala tergelak coz diorang xtau nak jawab teka teki yang aku ajukan
si Naim paling semangat nak jawab n Aliakun paling nak kene baling dalam tasik coz suke kantoikan jawapan yang dia dah tau
Hafa, Wana, Azie sibuk bagi idea teka teki yang diorang tau
Miya menjadi kameraman yang setia
sir Shawal menjadi penonton setia melihat kelas beliau yang huru hara.


Ah,, kenape lah dah nak last sem baru kami rapat?
(=_=")

p/s: tadi mase kitorang mencekik kat cafe Sunshine, ade sorang pompuan ni menggedik baring atas pangku lelaki. What The!!! please la, dalam U kowt!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...