Lilypie - Personal pictureLilypie Kids Birthday tickers
PitaPata - Personal picturePitaPata Cat tickers

Monday, August 25, 2014

Klinik haiwan yang okay & murah di johor bahru

Hai

Rasa macam nak bagi review pasal klinik haiwan yang aku suke pergi.
Doktor sempoi giler
Tak paksa paksa orang amik ubat itu ini
Kau tanya je harga, dia secara detail bagi tahu ubat ni brapa, itu berapa, etc
Pernah sekali aku takot lily kene batu karang.
Aku tanya doktor tu, berapa cas.
Doktor kata, datang bawak kucing dulu. Dia charge n bincang cara rawatan & harga.
Kalau nak, tinggal kucing kau
Kalau tak nak, kau blah. Tak payah bayar.
Bila aku bwk kucing aku, nasib baik sakit biasa je.
RM 60 je melayang. Selamatttt....


Okay aku nak share sikit.
Awal bulan ni, aku terjumpa kucing tepi jalan.
Bulu kombangggg
Aku tengok macam kucing sesat.
Aku tangkap & letak kat cage.
Banyak giler langau hurung kucing tu.
Last2 aku bawak dia pergi klinik.
Nak suruh grooming. Kutu banyak giler
Funggus. Kelemumur semua ada.
Aku amik pakej mandi spa. RM50

Bila aku dah balik, doktor tu call aku
Dia kata rupanya kucing tu kene gigit anjing ke gaduh ke
Ada luka 2 lubang kat blakang badan.
Berulat lagi!
Banyak giler.
Aku pon tanya doktor. Kalau masuk wad buang cacing mahal ke?
Doktor kata termasuk ubat semua dalam RM270
Fuhhh nasib baik. Aku takot harga sampai mengarut je
Aku biarkan kucing tu dirawat selama 2 hari dalam wad
Bila aku amik, memang ada luka besooo n berair
Doktor bagi ubat spray.
Bila dapat bil, RM 230 je.
Pada aku yang selalu kene cekik dengan vet,
Value tu sangat murah okay!

Dulu kucing aku demam, aku pergi vet kat taman u dah kene RM200
Padahal demam je. Bagi ubat je.
Yang ni siap masuk wad 2 hari.
Pergh berbaloi

Warga jb boleh lah ke klinik veterinar family
Lokasi dekat bandar baru uda
Dekat dengan jackel & angsana

Vet tu ada jual gak pasir, makanan, semua keperluan kucing.
Ada member card. 10% diskaun jah!!

Repair cincin di Johor Bahru.

Hai 😊

Hari ni aku nak share sikit pasal tukang emas
Alkisahnya birthday aku taun lepas, ada sorang mamat romatik hadiahkan aku sebentuk cincin
Tapi agak malang cincin tu longgar sikit. Terlebih 1 saiz.
Patutnya 14, tapi dapat 15.
Atau mungkin aku dah mengurus sikit ke.. Haha

Bulan 6 lepas masa aku training,
Tah macam mana leh patah cincin tu.
Gigih aku gi kedai emas.
Aku tanya, leh tak repair?
Tapi hampehnya kedai tu sibuk suruh aku beli cincin baru.

Bila search kat gugel, takde pun orang promote mana mana kedai leh repair
Upah nya berapa pun aku tak tau.
Al maklum la. Orang tak pernah ada emas.
Then aku search macam2, akhirnya aku dapat tau kat kampung melayu majidi ada tukang emas
Lokasi dekat lorong pemuda kg melayu majidi
Tukang emas dan permata sri cahaya nama kedainya
Repair emas, suasa, perak semua nya boleh

Aku drive sekejap dari tempat kerja
Lega.. Abang tu kata boleh repair.
Tunggu dalam sejam. Tapi aku decide lepas balik kerja baru aku ambik.

Pergh. Berkilaaaattttt cincin aku.
Siap dia tolong kecikkan lagi
Upahnya rm25 je.

Leh search kat facebook.
Atau guna je waze.


Bye


Sunday, February 9, 2014

Mee bandung Muar sedap di JB

Hai hai.. Assalamualaikum

Ohoho tengah hari yang indah n permai
Ditambah pula dengan status aku sebagai penganggur
Lama betul nak tunggu start keje
Berdebor debor pulak rasanya hihih

Teringat pulak masa lepak kl hari tu
Menciap ciap search kat gugel makan sedap kat kl makan sedap kat kl
Ada yang kata makan kat RMSY la, tupai tupai la..
Sekali aku g.. Okay la.
Teringat syurga makanan kat JB
Rasa rugi plak tak share makan sedap kat JB

Hari ni aku nak share makan mee bandung muar
Pergh tak payah gi Muar, kat sini super duper sodap!
Lokasi pun senang. Tapi yela ni warung je.
Sape yang agak agak elegik dengan warung n kayu, dah leh tekan butang x k.
Warung ni dah wujud sejak aku baby lagi
Masa duduk dengan kak long selalu jugak abg ipar aku bawak balik
Apa lagi... Berebut rebut nak makan mee n yang selalu dapat telur, mesti la aku.


Tahap kesedapan n kepekatan kuah memang perfect kat tembolok aku
Kalau korang nak tau, cuba sendiri k

Lokasi agak mudah.
Dekat kampung pasir.
Sape2 yang tahu angsana, memang dah dekat sangat la tu.

Kalau org jauh nak merasa, aku provide simple direction
Exit tol skudai, korang terus sampai nampak skudai parade.
Ok terus lagi kat kanan nanti jumpa giant tampoi.
Haaaa... Da dekat tu.
Cer toleh kanan, ada signboard kampung pasir. Kalau tengok depan ada plaza angsana
Ok sila naik flyover n belok kanan
Ada trafik light atas flyover tu, korang terus sampai nampak kuarters polis.
Terus lagi sampai nampak kedai runcit kecik, baru belok kanan
Dekat2 situ korang akan nampak warung ada signboard dah sizen tulis mee bandung muar
Ha... Dah sampai...
Leh turun kete b order la mee bandung
Sape rasa kebulur lebih leh order telur nak dua.

Modus operasi nya pada waktu ptg smpai malam
Kadang kadang kul 9 mlm mee bandung dah habis
Aku tak tahu kedai ni tutup hari apa
Sukati dia je bak bukak tutup bila.

Harga aku tak sure la pulak
Sebab aku selalu order mee bandung telur double 2 dengan air limau ais n teh ais
Harga dalam RM12 +-


Alamak gambar pun tak de
Ada gambar ni je
Lantak la. Hahahaha


Saturday, February 8, 2014

Tips ke zoo singapore 2014

Hai Assalamualaikum

Semalam selesai sudah aku bersama rombongan ke Zoo Singapore.
Kalau ikotkan hati remaja semestinya menciap ciap nak ke USS kali ke dua
Tapi kenelah ikot ketebalan dompet.
Amboi lemak katak la baru balik Bali dah nak g USS plak
Disebabkan tips ke Zoo lebih simple, aku share ni dulu
Tips ke Bali lain kali jela. Mungkin tahun depan. Haha





1. Passport n autopass

Barangsiapa yang terasa nak drive masuk singapore
Adalah wajib untuk standby dalam 20 dollar utk bli autopass
Pass ni mcm kad touch n go jugak
Nanti kat imegresen singapore korang leh tanya yg tukang cop pasport tu mana nak beli
Lokasi dia senang je. Kat blok B
Parking je, nnt ada orang akan catit no kete korang n suruh g kaunter blakang
Kad autopass aku dah expired so aku kene renew kat blok b tu gak
Renew roadtax takde bayaran dikenakan
Kalau beli kad kene bayar $10 n baki kad ada $6 ke $4 lupa la plak haha
So pastu korang leh topap autopass kat 7 eleven atau mane mane pam minyak
Dinasihatkan tpup je $10 takde la melilau nak parking
Sana jangan main main
Nak kene saman senang giler

Ok tu berkenaan autopass
Next pasal passport
Make sure passport korang hidup lagi
N make sure valid lagi 3 bulan
Bukan apa, takot tak lepas plak nak masuk singapore.
Buat naye je
Sape yang ada kad putih boleh isi siap2 kat rumah
Dia akan bg extra kad putih masa cop passport masuk singpore nanti

2. Tiket masuk zoo

Part ni paling tak best
Harga tiket dia mahal sket la
$28 utk dewasa n $18 untuk kanak kanak
Ni harga utk non citizen
Dinasihatkan korang check kat website dia dulu
Dekat dekat zoo tu ada gak night safari dgn river ape tah
Semua tengok binatang gak
Tapi beli tiket kat tempat sama

Untuk park dekat zoo
$3 untuk jam pertama
Maximum charge $8
Bayar guna autopass
Aku kat sana dekat 5jam
So kene $8 la


3. Bawak air dan jajan

Kat Zoo ni dia bg je korang bawak makanan sendiri
Syarat dia jangan bg nasik lemak korang kat beruk ke, rimau ke.
Benda paling penting skali bawak air banyak banyak
Sebab nak jalan jauh
Kitorang leh dikatakan gi semua tempat jalan kaki
Nak naik trem tak mampu plak nak byr $5
So air mineral memang korang nak sangat
At least sorang 2 botol kecik
Kudap kudapan macam sandwich n nugget pun best gak kalau bawak
Tapi jajan mcm kuaci, kacang nyanyin memang akan myusahkan diri
Sana jangan buat perangai buang merata okeh

Sana ada gak mesin air gedegang
1 botol coke $3
1 botol mineral $3
1 botol jus $4

Tapi air mcm ro yang leh refill air free tu takde ek
Aku ingat ada
So menciap ciap mineral 2 botol share ber3
Kalau tak sempat beli kat msia
Kat pintu masuk zoo ada kedai kedai
Leh beli 1 mineral $2

3. Pakai baju n kasut paling selesa

Yes yes awek awek cun sekalian
Aku tau motif korang g sana bukan nak tgok binatang
Tp nak bergambo sakan masuk dlm instagram kan? Hahaha
Walaupun nak nampak cun baju baju aneh seperti dress, baju 18 lapis 
Atau ape2 bju yang bikin tiak korang bertakung air tak payah la pakai
Lagi bagus pakai jeans dgn tshirt
Sana panas wooioooiiii
Dinasihatkan pakai kasut
Jgn pakai boot atau heels
Mampos nanti kaki ayam pusing zoo
Bawak jugak payong atau topi
Sape nak menggedik leh pakai sunblock takde sape nak saman

4. Datang seawal mungkin

Zoo ni bukak pukul 8 sampai lewat petang
Lagi awal lagi nyaman
Leh tengok feeding time
Tgok show
B4 masuk mintak map kat awek cute jaga pintu
Leh congak2 nak lalu jalan mana dulu

Kamera jgn lupa cas
Banyak giler tempat cantik leh amik gambo
Even tempat babun pun serius cantik
Leh la posing maut

oh lagi satu...

toilet sana ada air kat sinki je ye.
so bawak lah wet tissue.
atau tahan jela sampai Johor. kokokohhhh

Okay aku rasa setakat tu je tipsnya
Selamat jalan jalan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...