HELLOOOO!
kini aku di JB dengan gembiranya.
setelah 2 bulan aku x balik, itu bermakna dah 2 bulan aku xpegang periuk belanga
bila sampai rumah,
aku dah plan kat kepala otak aku nak masak ape
aku nak masak benda yang susah nak carik kat UiTM,
mule2 aku plan nak masak siput sedut masak lemak
tapi disebabkan pencarian siput di pasar menemuai jalan buntu, aku terus plan nak masak bubur nasi coz kat melaka aku xpenah jumpa kedai jual bubur nasik.
jeng2!! |
bukannya ape, menu kat cafe UiTM semuanya same jek
tibe2 tekak rasa nak telan bubur.
kepade kawan2 aku yang xreti masak tu
jum try masak bersama aku.
macam mane nak kawen kalu x tau masak ni killa?
HOHO
STEP PERTAMA.
bubur nasi
aku nasihatkan untuk masak bubur ni..
elok la masak bubur nasi tu dulu sebab bubur ni masak lama sikit berbanding nasik biasa
so aku senduk 3 cawan beras masuk dalam periuk
aku basuh bersih2
then aku letak air dua kali ganda dari beras tu
kiranya aku masukkan 6 cawan air
langkah terakhir ialah petik dapur gas tu sampai api menyala dan adjust kepada api sederhana.
kacau bubur kalau air hampir kering ye..
STEP KEDUA
kentang kicap
ok kite beralih kepada lauk yang dimakan bersama bubur tersebut
selalunya kat JB akan makan bersama kentang kicap
kalau negeri lain aku xtau la pulak
so cara caranya adalah....
1. kupas 4 bijik kentang dan potong dadu. b4 potong, sila cuci atau rendam kentang tu dulu.
2. amik kuali dan panaskan minyak, then agak2 kuali dah panas, masukkan kentang tadi. goreng sampai jadi kekuningan. lepas tu, angkat kentang tu.
3. amik 2 bijik bawang besar, 2 ulas bawang putih, dan 5 bijik cili padi. hiris halus then tumis dengan 5 sudu minyak sampai garing. lepas naik bau, letak black pepper.
4. letak kicap.. agak2 la sendiri.
5. kacau selame seminit.. dan siap!!!
xpayah letak garam coz kicap tu dah masin daaa... :)
STEP KETIGE
sayur kangkung
korang ingat kan piramid makanan? kite kene makan sayur..
so sayur paling sesuai dmakan bersama bubur adalah kangkung
kepada sesiapa yang xkenal sayur kangkung
gi je pasar dan cakap kat nyonya tu..
kangkung satu ikat!!!!!!!!!
nak masak sayur ni paling senang.
1. amik sebijik bawang besar, 2 ulas bawang putih, sebijik lada merah n satu inci belacan. pandai2 la ukur. hiris dan tumis kan mereka bersame2
2. lepas korang rasa macam nak bersin, cepat2 masukkan kangkung yang dah disiang bersama secawan air. then kacau sampai kangkung tu layu
3. letak sesudu garam, garam jangan banyak2 coz belacan tu dah masin.. then kacau sampai rata n tutup api tu.
STEP KE EMPAT
sambal
rasa tak lengkap kalau tak pedas.
walaupon kentang tadi pedas sikit coz ade lada n pepper,
tapi aku tetap nak wat sambal jugak
kali ni aku pilih untuk campur ayam n hotdog.
kalau nak tukar kpd udang atau sotong pon bulehh..
carenye...
1. lumurkan ayam dengan garam n serbuk kunyit, n goreng dalam minyak panas sampai garing sket.pastu angkat dan ketepikan.
2. amik sebijik bawang besar, 2 ulas bawang putih, sedikit cili kering yang dah direbus bersama 2 sudu minyak masak n setengah cawan air, kite blend mereka sumer dan tumis dalam minyak panas.
3. kacau sampai rata dan masukkan sebatang serai yang dah dititik.
4. kacau sampai rata dan garing.. bila dah kuar minyak maknanya dah garing la tu
5. masukkan sos tomato atau sebijik tomato yang dah dicincang utk kurangkan rasa pedas.
6. masukkan gula dalam 2 sudu dan kacau.
7. masukkan setengah cawan air asam jawa. jangan masukkan bijik dia. kacau selame 1 minit
8. last sekali masukkan ayam tadi n sedikit garam.
SIAP!!!
masa yang diambil dalam anggaran 2 jam
sempat habis masak sebelum bapak aku balik nak sembahyang jumaat.
OK bestfren2 ku, Bella, Killa, Aten, Miya dll
selamat mencube!
(^____^)
*tetibe aku menggunakan BM bersama tatabahasa yang betul. :)
9 comments:
mengancam... tak sama macam bubur nasik masa kecik-kecik dulu, isi gula je
hoh? makan dengan kicap je pon ok. hehe
mmm...baunya sampai ke sini..hehe..nampak menyelerakan..tapi lagi sedap klu cik sakdi masak pastu hantar kat prince..hahaha:p
ooo syok la ye prince. buleh, tapi bayar la duapuloh ingget je, :)
bubur nasik? sedap x? sy x mkn bubur2 ni.. xthu nape tp mmg tekak x leh terima..
la nick xmakan ke? cerewet la nick. :)
Nyum2 ..
sedapnye..tp lmenye nk bwt..hihi
hehehehehe nk buat mcm mana mulut x leh trima la..
Post a Comment