Tuesday, May 24, 2011

Ayuh makan di Anjung Warisan.

Assalamualaikum 

brader2 macho n aweks2 ayu yang membace.
tetibe je aku banyak bercerita aku gi makan2
dah kerjaya aku pon menternak lemak cuti sem ni
kali ni aku nak bawak korang ke 1 tempat makan yang menarik di JB

Anjung Warisan.


kepada sape sape yang pernah tengok cter Dunia Anita kat TV3 dulu
penggambaran dia area JB n tempat kerja Anita tu kat Anjung Warisan la
tempat diorang dating kat City Square tempat aku melepak juge

apa yang membuatkan tempat ni agak famous kat JB

*restoran ni pernah masuk rancangan
Jalan Jalan Cari Makan

*tarikan utama dia adalah ada orang main angklung mase korang sedap mentekedarah
so mase AF brape tah ade sorang peserta name TOI dia kerja main angklung kat restoran ni

*Tempat makan, atas pokok..
 kiranya dia mcm wat pangkin atas pokok n korang duduk bersila sambil makan mendengar alunan angklung n desiran bunyi daun dan angin malam.

lbh kurang mcm ni tempat mkn dia
tq google

amacam? tertarik?

kali ni kitorang makan dan disponser oleh abang n kakak ipar aku yang rajin bawak aku melilau sane sini g makan2
hehe terima kasih
OOooooOOOOoooooOOOO
*ombak ombak!

oyeh makan makan!
hari ni selera aku nak yang berkolestrol
so aku order la air Bandung Cincau.
Ahh,.memang nikmat minum sambil tunggu makanan siap

sirap bandungku. kebetulan PINK. haha

xlame pas tu datang pulak brader hantar otak otak kempas
walaupon aku duduk kempas,
 tp serius dah lame gler aku x menikmati otak2 yang sedap gler plus pedas plus banyak!  memang berbaloi la 1 harga 60sen.
*otak2 lain xleh lawan tau!
dekat je umah dengan kilang otak2 ni. beli mentah lg murah.hihi

sedap makan panas panas!!
Restoran Anjung Warisan ni ada jual macam2
seafood, makanan bergoreng n western
kitorang pakat2 order makanan berlauk

*nasi goreng cina
*ikan siakap sweeet sour
*tomyam yam yam
*telur bungkus
*kangkung goreng belacan

yeay makanan sampai!!
sampai je makanan ktorang terus mencekik sambil borak2
aku baru je tegur, 
xada orang main angklung ke?
xlame lepas tu ade la bunyi angklung yang merdu main lagu mcm2
ade lagu Jeritan Batinku, lagu Wali Band n mcm2 la



perut dah kenyang,
tiba masanya balik umah dan rehat2kan badan
tet tet kalkulator ditekan..
RM92.. campur otak2 RM6
RM98.. 
thanks kepada yang membayar. :)

untuk pengetahuan korang, makanan kat JB memang mahal sket.
ni baru makan kat Anjung Warisan.. 
kalau makan restoran Singgah Selalu lagi mahal kedaruk
sebab??
nak untung la, ramai orang singepore datang nak makan2
yela duit diorang double kan..
yang kene tempias.. orang JB gak. kuikui..
selain dari tu, ikan n barang2 memang mahal pon
aku dah wat kaji selidik n dah compare dengan negeri lain
dah biasa dah, bila aku study Melaka baru aku perasan JB memang mahal leh tahan

contohnya,

mee goreng biasa kat Melaka RM3
mee goreng biasa kat JB RM5

kacang dijual kat Melaka Sentral RM2.30
kacang kat Larkin Sentral, RM3.80

makan nasi campur lauk yang sama kat tengah bandar Melaka RM5++
kat tengah bandar JB, RM9++

tapi biasalah.. layankan je sebab JB tetap di hatiku.
hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri
elok lagi negeri sendiri
*sesuai ke gune peribahasa ni?
hihi

SEKIAN,

p/s : pada korang mahal ke murah ye??

Monday, May 23, 2011

HOLIDAY hari pertama: syioknya!!!


HAI HAI HAI!!!

indahnya dunia dapat berholiday dengan family walaupon x adelah holiday sakan
tapi kire elok lah dari aku tercongok kat umah jadi usahawan penternak lemak 
sekali sekala biarlah aku amik cuti..

pada hari Ahad, dalam kul 3 petang waktu Malaysia aku selamat sampai ke rumah aku
penat woh!!
ceh, nak guna waktu Malaysia macam lah aku bercuti gi oversea
padahal aku gi holiday ngan family aku kat pantai area Johor jugak
kahkah.. kire enjoy la dari holiday belakang rumah.
percutian ni diplan oleh geng bapak aku..
kiranya bukan family aku jelah yang ada..

lokasi kitorang adalah Tanjung Punggai
area Kota Tinggi
dekat2 Pantai Desaru n Tanjung Balau
1jam setengah dari Bandaraya JB
disertai oleh bapak aku dan 6 orang anaknya bersama cucu2 beliau
abang Shahir aku xdapat ikot coz takot bini dia beranak. 
anak sedara aku, Along xdapat ikot gak coz MRSM start exam besok.

Ape ape hal dulu, meh aku jamu mate comel korang dengan gambo pemandangan 
dapat tengok pon jadilah. hehe

indahnya ditambah dengan angin laut

ktorang sampai dalam kul 12 lebih..
check in kul 2ptg
sampai2 je kat chalet, ktorang terus melangkah rakus ke tepi pantai
kononnya nak rendam2 kaki n warm up nak masuk laut
tp alangkah pilunya bila terbace sehelai kertas yang digantung indah di pintu pagar tu

peraturan dicipta untuk dilanggar?

kitorang pon ambil keputusan melepak tepi pantai sambil bergossip n plan nak bercuti ke mana plak lepas ni..
sambil mulut xhabis2 membebel pasal nape lah pantai leh kotor sampai berminyak??
tensionnyeee!
apakah maknanya bercuti tanpa mandi pantai dan sun burn?

borak n berangan pasni nak gi bercuti katne lak
sedang2 melepak2,
anak sedara aku si Ajib yang baru beli gitar Yamaha a.k.a Yang Mahal bawak ke tepi pantai n bagi abang fendi aku main
dia baru berjinak2 nak pandai main gitar n dengan harapan dapatlah belajar dari abang aku
tapi harapan tinggal harapan coz abang aku tu KIDAL
last2..
 kitorang nyanyi ramai2 lagu Hotel California n lagu Ramli Sarip.

brother ku menggoreng gitar. greng greng!
xlame lepas tu kitorang check in Chalet Tanjung
leh tahan la jugak.. lepas makan nasi ambang, kitorang kemas2 barang n rehat kejap.
depan chalet kitorang ada swimming pool, bile anak2 sedara aku nampak, menciap2 la diorang nak mandi.
sebagai makchus yang bertanggungjawab, aku pon bawak la diorang mandi.
kononnya nak jaga diorang la. last2 aku yang mandi x ingat dunia. hehe






inilah bukti2 bahawa sebenarnya bukan budak2 je excited nak mandi manda, pakcik budak n bapak budak 20 kali lbh excited. HAHA

dengan basah kuyup sempat mkn ice cream n amik gambo
lepas je minum petang, ada aktiviti sket..
diorang wat pertandingan bola tampar pantai
syok la layan diorang main n gelak sakan sampai xsedar dah maghrib

lepas isyak, 
ktorang g dewan makan n wat BBQ sambil mengadap sape2 nak karoke
karoke dia mcm karoke box la sbb kene bayar sendiri
1 lagu singget setengah.
menadah telinga tengok geng bapak aku nyanyi lagu 60an
ada pakcik nyanyi lagu Madu Tiga penuh makna
sambil jeling2 bini...kahkah
kitorang lepak sambil cter2 n main gitar
nak nyanyi malu la plak ramai orang..
so,
bila orang dah surut, baru aku n abang aku berani nak melalak
itu pon kitorang pow duit anak sedara kitorang coz x bawak duit. hihi

abang aku nyanyi Cinta Kristal
Ong Ong Ong! haha

lepak sampai kul 1 n balik tido.
bulan malam tu sungguh indah kanda
alangkah indahnya kalau kita dapat bercengkerama di bawah sinaran bulan purnama..
kuikui

aktiviti hari kedua aku akan cter di entry yang lain
dengan banyak kisah loser..

SEKIAN.

p/s: weekend hari tu korang watpe? citer la sket... ;)

Saturday, May 21, 2011

segmen:semua orang mahu kritik

HAI HAI HAI

hari ni aku tergerak hati mahu mengejoin segmen anjuran brader Roy *kakakah name nak player.
kebetulan plak aku excited nak gi holiday sampai tak leh tido
so aku wat lah entry ni isi mase lapang
dapat kutuk2 ko kan Roy? :p

ape2 hal aku tepekkan dulu banner dia


ketige2 entry ni saje aku letak, xade gambar kawan2 aku yang cun atau gambo mr google yang seksi untuk lu cuci mate ROY! haha




***************

komen aku pasal blog ko?

honestly aku suke  blog ko before aku follow ko lagi, aku siap bookmark lagi blog ko mase start cuti sem hari tu. senang aku nak nak bace idea kuning kau yang penuh sopan tu kakakah. kononnya aku silent reader la. 

memang blog ko agak lucah tapi kelaka. same la macam aku layan lawak kumpulan balas yang double meaning tu. untuk entry ko, aku suke sebab leh release tension so aku nasihatkan kau teruskan jelah sbb kadang2 banyak pengajaran jugak contohnya bg motivasi pasal tidak menzinai Tina. 

blog kau ok la, xberat sangat. lagi 1, blog kau xade lagu, tu lagi aku suke. banner ko agak menghairahkan bagi kaum adam dan agak annoying bagi kaum wanita *sebenarnya jeles. lolipop tu wat aku senyum penuh makna ajelah. font yang digunakan OK walaupon kecik sket orang rabun mcm aku ni boleh bace lagi. TOLONG jangan tukar font berpintal pintal k, memang aku x bace nanti. overall ok, tapi kurang satu je,entry kau kurang gambar yang menakjubkan. HAHA . dan lagi satu, aku xsuke ade READ MORE. dah r berokband aku lembab, nak klik read more tu loading punyelah lame. leh makan megi dulu baru leh bace full entry. heh, ni pendapat aku je la. :)

komen2 kau kat entry aku? baru satu kau komen. dan komen kau tu lain dari yang lain. kau je berani tegur kunyit aku tu. sempoi la,. berjaya wat aku gelak 30 saat.. emmm ape lagi eh? aku rasa dah tak ade. so tu jela aku kritikan aku pada blog kau. selamat berblog ye incik Azroy Kassim. memang blog kau
 "Lucah bagi yang berotak KUNING"

BYE! :)

p/s : aku banyak puji bukan nak bodek kau, bukan dapat hadiah pon. kahkah.

Thursday, May 19, 2011

Nur Kasih de muvieee.

Assalamualaikum



ehem2 hari ni kite islamic sket coz  tepat jam 9.45 malam aku dah tercongok kat seat D24 *dah macam jenis durian dah* di Cathay Cinemax City Square Johor Bahru.
makan malam yang simple dan mengenyangkan di Hutan Bandar @ Marissa Burger and Western
Ah hari ni aku order Grilled Chicken Chop dan 3 layered Bandung,
hah amik kau penuh perut oooOOoooo
harga dia RM6.50 n bandung tu RM3++
ehem, 
lebih murah dari KFC snack plate kan? kan? kan??
untuk mengelakkan korang terliur membayangkan makanan tu,
biarlah aku tunjukkan terus. kan senang. hihi

meh makan!! murah je nyah..

yeah sedap sampai ketitisan terakhir oOooOOoo

ok kite ketepikan soal makan coz aku nak menulis sedikit sebanyak mengenai filem ini
sebelum tu, aku bukanlah pengkritik filem sebab kalau korang nak tau, aku TAK pernah menonton drama Nur Kasih ni kat TV3 walaupon bapak aku n family aku giler tengok cter ni.
bila abang aku offer nak belanje tengok wayang,
aku yang nak lepas gian pon ikot jela dia nak tengok cter apa.
semua aku layan......


pada korang yang memang nak tengok cter ni n mengikuti drama dia,
eloklah gi tengok coz tak rugi tau
cter mengenai Adam, Aidil n Nur selepas beberapa tahun
n masih mengetengahkan konsep cinta berteraskan syariat
dah ada anak dah diorang..
sweet la anak aidil dua2.. ada adik Mia Sara tu!
Ah comelnye!

sepanjang aku tengok cter ni..
aku asyik nak tengok bila la adam ni nak mati, so leh r aidil duda macho ni jaga Nur tu
mula2 Adam n Nur gi jalan2 kat Jordan then kretapi diorang meletup,
Adam hilang dalam ribut pasir masa nak cari cincin kawin diorang
masih tak mati mati..
last skali
memang suspen la tetibe mase letupan kat Mumbai dulu effect jantung adam at the end.
agak sedih la tengok brader macho plus hensem bertarung dengan maut :)
banyak lagi benda suspen, tapi kesian pulak nanti korang dah tau.
so untuk menonton scene yang romantik, comel dan saspen, leh r beli tiket dan tengok
kakak ipar n abang aku yang hard die fan drama ni memang puas hati dengan filem ni
n diorang puji habis cter ni
ada unsur kelaka jugak tu yang syiok menonton

ada beberapa benda yang aku KURENG puas hati

1. cara bini si Aidil mati.. memang hampeh tol. macam la kereta tu takleh nak elak. jalan besar kot!!

2.  effect CGI kurang menyerlah la masa scene kretapi melotop n ada orang terbakar. memang nampak sangat komputer.

3. babak2 terakhir, ada tunjuk seorang pakcik meninggal sambil duduk. dia tak bersandar langsung. agak pelik bagi aku. pada aku lah! hehe

4. masa dia tunjuk gambar2 aidil n adam kononnya berdakwah dengan lebih aktif pakai kot segala mcm kat persidangan, serius nampak mcm photoshop!

5. scene terakhir dimana Nur dah tua n dah nyanyuk, dia nampak anak dia kononnya seiras la dengan Adam, pelakon tu Zain Ruffedge xsilap aku, tapi nape la dia xamik Asyraf Muslim, lagi seiras ngan Remy Ishak aku rasa...

ini abang remy ku


HAH.. mane lagi same?? jawab.. jawab..
eheh, aku bukan komplen, saje je nak gtau ape2 kekurangan yang aku nampak dek mate aku. pendapat je. overall best la. aku bagi 4bintang. 5 bintang untuk Transformers aku je, HAHA


sokonglah industri perfileman tempatan.
thanks abang aku coz belanje. :)

ok bubye!!!

Wednesday, May 18, 2011

HARI GURU

Assalamualaikum

ketika aku menaip entry ni aku sedang bermain msg dengan cikgu sekolah menengah aku
aku menghantar sms kat 2 orang cikgu paling aku sayang.

Cikgu Sihat

"cikgu, slamat hari guru. tq coz ajar saya fizik ngan sabar sampai saya dapat B. kekeh nak bangga jugak;"

30 saat kemudian...

"tq.. tu l.. nasib baik bukan C,D,E atau F. Haha. fizik naver easy."

sms seterusnya xpayah la nak tulis kat sini. hehe..

zaman 2008. hari sukan. hihi

Cikgu Zainon..

"Cikgu, ni Sadiah(nama skema) terima kasih coz ajar saya K.A(kejuruteraan awam) sampai saya dapat A. walaupon kat U saya x amik bidang tu, tapi saya suke jugak. mwah3 tq cikgu. selamat hari guru :)"


"terima kasih. mesti cikgu ingat kamu. tak kisah la amik jurusan apa, yang penting buat betul2. blabla..."
labuh gler tudung kat TiJB, hihi

manisnya ingat zaman sekolah
zaman mengepow duit mak bapak beli buku rujukan tapi xpernah nak gune
zaman cikgu bagi homework tapi aku dok mengopi jawapan member
zaman aku amik upah beli kerepek n kuih kat kantin dan setiap belian dicas 20sen
zaman bangun pagi dengan gigih dan sampai2 pagar je ade pengawas menyemak nak tulis2 name
zaman mencuci mata tengok budak2 elektrik lalu sebelah kelas nak gi lab fizik
zaman mengorat aka mengacau cikgu Sihat.al maklumlah bujang.. HAHA
semua benda indah  tu dah berlalu..

zaman university?
zaman awal sem je kaye raye tak ingat dunia, akhir sem mengepow bapak jugak.
zaman tengok awek hot n balak kachak
zaman buat assignment last minute
zaman online konon nak cari bahan, tapi dok berfacebook
zaman kalau xade kelas asyek membute
zaman kegemukkan yang melampau! hate it!
semua benda indah ni sedang aku lalui..

selama 11 tahun aku bermaustatin sbg pelajar bertudung labuh, kain biru n baju comot.
aku pernah 2 kali kne sebat kat tangan coz failed math n xsiap keje BM
aku pernah kene denda berdiri kat belakang kelas coz xbuat keje math dengan sir Ting
paper BM aku pernah dikoyakkan oleh cikgu melan sebab tak ikot format walaupon markah paling tinggi
aku pernah sembunyikan hp dalam tong sampah mase spotcheck
macam2 gelaran kitorang bagi kat cikgu yang kitorang xsuke
maafkan saya cikgu :)

dengan ini
aku nak mengucapkan terima kasih berjuta juta lemon kat semua cikgu yang pernah mengajar dan mendidik aku yang kuat ponteng sekolah untuk tidur di rumah

Sek Keb Seri Jaya, Benut, Pontian Johor
Sek Keb Sekudai Batu 10 Johor Bahru
Sek Men Keb Skudai Johor Bahru
Sek Men Teknik Johor Bahru, Johor.

jasamu dikenang.
:)

Friday, May 13, 2011

aku ANGRY main angry birds

ASSALAMUALAIKUM 

semua sihat?dah makan? 
Bagussss......
hari ni aku mengurangkan diri online disebabkan oleh broadband yang tidak sudah2 menciap2 suruh dibayar.
kalau selama ni kouta 3G sebulan adalah sangat mencukupi
siap ada lebih lagi 1G tau.

tapi tu cerita dulu....

baru2 ni kakak aku sms aku bgtau bill paling aku benci iaitu bill berukband aku dah sampai dengan selamatnye di rumah beliau
setelah mendapat 2-3page SMS bebelan dari beliau yang cakap aku online apa sampai RM106.50
aku hanya mampu mintak kesian suruh dia bayarkan.kekekeh
dia pon bersetuju, tapi dia sponsor RM50 jelah
so next week barulah berokband aku kembali selincah kuda.
so wat masa ni xleh nak singgah blog korang selalu.
NAH! amik kau 8G sebulan! hohoho

cis! aku gune overlimit sebab aku download maharajalawak dengan kartun shaun the sheep la.
kalau lelaki mungkin download ..... kihkih

**************************

first,aku nak mengucapkan ribua terima kasih kat Cik Tia coz mengajar cara2 nak main game Angry Birds di entry dia pagi tadi

fav aku burung itam ni coz dia berani mati. haha
dengan excitednya aku mendownload dan tibe tibe naik hangin sebab internet connection lambat mcm sipot
punyelah lame aku tunggu dia loading
aku siap leh gi makan lagi kat dapo n bila aku balik bilik,
 masih loading lagi
so aku sedikit angry ketika tu walaupon sah2 salah aku coz lom bayar bill
setelah bersabar sekian lama, akhirnya leh pon aku main game tu

main punye main sampailah kat 1 level tu..
susah gler nak bunuh vavi hijau tu
binatang tu siap pakai helmet lagi, xboleh blah!
kalau aku kalah, dia leh gelak2 lagi
aku rasa sangat tercabar dan
aku replay level tu sampai dekat 30 kali 
dan aku give up

tu dia haiwan ijau pakai helmet. haha
dah penat, aku layan Plant vs Zombie..
aku siram siram pokok kat Zen Garden n adik aku sibuk nak main jugak.
so aku bagi dia main n aku lepak bace novel
betapa menyirapnya aku sebab dia jual pokok aku utk bagi baja kat Tree of Wisdom tu tanpa kebenaran aku.
setelah suruh dia blah, aku layan angry birds dan cube untuk menang
akhirnya aku off laptop aku setelah menyedari temperature badan aku meningkat akibat game ni

p/s: bagus la main game ni, mengajar kite erti usaha tanpa jemu. sok aku nak try lagi. ehehe

Wednesday, May 11, 2011

demand kanak kanak masa kini.

HELLOOO...

budak budak zaman sekarang advance gler
dah pandai mintak macam macam
kalau zaman aku kecik dulu bapak aku belikan supering atau sate ikan doposen,
terus senyap la aku dari melalak
agak2 aku mintak mainan..
hulur je TORA atau DENG DANG harga singget
meloncat2 aku gembira coz ade gasing dan kadangkala ada helikopter
itu zamannn bileeee...

tak payah tengok jauh2
contoh terdekat anak sedara aku
anak sedara aku kan berderet, ni salah sorang dari deretan tersebut
antara ramai2, dia paling up to date n mewarisi kegedikkan aku.
umur dia dalam 3 tahun.

pantang nampak kamere budak ni

hai, name kite Diha.. hihik

posing nak gedik je!! HHAAHA

dia suke pink mcm makchus nye, hihi
HAHA amacam?
semua gambar dia sangat gedik kan? 
tak payah diajar dah kenal kamera
nampak je hp aku, terus suruh amik gambo dia

jangan korang tak tau..
kalau main game, game cikai kat hp aku dia xmau
dia nak main game angry bird je dari ifon mak dia
uih, dia la yang memperkenalkan aku dengan game angry bird tu
so?
 nampak tak beza demand dia ngan demand kita?

baru baru ni aku kan kuar jalan2 dengan abang n akak ipar aku 
kitorang singgah kedai Fabulous Mom coz dia nak dapat adik baru xlame lagi
b4 nak kuar tu dia leh demand pakai gincu lagi
nak jenama MAC. kakakah mak dia punye

kalah aku -___-*
bila dah nak balik dari kedai tu,
dia nampak plak mainan 
terus dia lari gi sana
sampai je kat rak mainan uih melilau mata dia tengok mainan
pilihan dia?
mainan kotak BESAR je..

mak bapak dia pujuk2 ajak balik
dia nampak plak meja solek mainan yang dah siap dipasang
terus dia duduk n tengok2 cermin
serius sebijik gler dengan gambar ni

ehsan google

Harga??
 tak nak macam duit makan aku kat UiTM seminggu kan?
harga sampai RM80
dia dah peluk kotak tu mintak bapak dia beli

"Diha kita balik dulu ye,, nanti makchus belikan," pujuk abang aku lembut.
amboi abang aku ni jual name aku nampak??

"Ak ah diha nant besday Diha makchus belikan Diha meja solek ni tau. Sekarang makchus tak ada duit."
uik? mak dia pon memberi harapan palsu!

"Acus beliiii.." 
konon kiut r diha cakap pelat! sambil terkebil2 tengok aku.dush!

"yela Diha nant makchus dapat duit raya kite belikan diha yang ni."
ehem,, sebenarnya ada niat juga nak belikan dia benda ni cantik oooo.. pink kaler!

lepas je dia dengar, terus terkedek2 bagun n letak kotak mainan dia n dengan sepantas kilat memimpin tangan aku keluar kedai tu
boleh tahan jugak pembodekkan kau ye!!??

bubyeeee...

p/s: zaman anak aku, ape yang dia demand agaknya? cit berangan!! so skarang nak kumpul duit nak belikan Diha Diho mainan PINK!

jom tengok MIB

ASSALAMUALAIKUM
dan salam muhibah!

cuti yang indah sebengini amatlah elok jika tambah pengetahuan dengan menonton movie *pengetahuan la sangat!
tak kan asyik mengadap game Cooking Dash n Plant vs Zombie je..
so bongkar punye bongkar external aku..
aku decide nak tengok cter Men In Black (MIB)
aku bukannye nak review cter MIB ni, 
sebab aku tau, korang mesti dah pernah tengok kan?

MIB 1

rimas aku tengok mamat ni!
uih bile tengok cter omputeh ni
tergerak hati gak bila pikir2 balik
mane la tau tah2 memang ada alien kat bumi ni
ada plak mamat2 kacak dan tough yang berjuang mempertahankan bumi
banyak rahsia yang kite tak tau kan?

movie ni memang dah lame kuar
zaman aku darjah 1 lagi
dah banyak kali kuar kat Mega Movie TV3 n chanel HBO
tapi aku xsempat tengok 

masa kecik dulu family aku xbg aku tengok cter mcm ni coz diorang takot budak macm aku terpengaruh
sedangkan cter Chucky pon dah buatkan aku takot nak gi dapo siang2
lagilah cter2 alien mcm ni
so bile dah besar, barulah aku copy movie lame2 dan tengok balik
syoknyerrrr!!

habis je cter MIB, aku terus bukak MIB yang kedua
oh kacak betul Abang Kay ni walaupon dah tua
dan kesian gak kat Jay coz cinta hati dia terpaksa berambus dari Bumi
aku rasa ni la satu2nya cter alien yang baik
majority cter pasal alien sumer jahat2
cter ET, aku xpenah tengok, tapi orang cakap ET baik. 
adoiii semua cter aku tak tengok ceh!



brader sempoi habis. HAHA mate kemane tah
MiB 3?
nak download, aku tak tau mcm mane walaupon kawan aku jenuh ajar
mungkin naik sem nant baru aku tanya sape2 ade MIB3
terisi jugak masa lapang aku 

korang layan movie pe? ce cter... 

p/s: aku liat sikit nak layan korea

Tuesday, May 10, 2011

ayam tua masak kurmak

HELLOO SEMUA

fuyooo kul 2.30 ptg baru aku habis masak
itu bermakna hari ni aku masak dekat 3 jam
pagi tadi
aku yang baru bagun tido terus jenguk dapor
aku dengar kelentang kelentung kat dapor
hari Selasa mesti ibu gi kelas fardu ain 
so sape lak bongkar dapor ni? xkan kucing aku si Kunyit lak?
Ooo rupanya bapak aku yang bongkar dengan comelnya

"Hah, ade la tu dia suruh aku masak tu,"cakap dalam hati jela

"Hah, bangun pon.. ayam tua yang abah beli hari tu kau tak masak lagi kan? masak jangan semua, tu ada 2 ekor, masak sekor je." eceh bapak aku leh bagi arahan dengan sengihan lagi

"Abah, santan tak ada. belikan ye."

zup... bapak aku terus keluar n balik beberapa minit kemudian n bagi aku sebungkus kelapa parut.
sebagai anak solehah, mestilah aku akan penuhi impian bapak aku nak makan ayam tua
*selera orang tua ni lain sikit ;)

care2 nye
sonang jo...

korang leh r rebus ayam tua tu selama sejam - 2 jam didalam periuk
petua aku, nak bagi ayam cepat empuk, letak sudu besi dalam periuk tu.

sambil tu, leh la hiris bawang besar 2 bijik, 3 ulas bawang putih, dan halia
bila ayam tu dah empuk, korang amik periuk yang lain, n letak minyak
tumiskan benda yang dihiris tadi n letak 1 batang kayu manis n sebatang serai
bila dah garing, masukkan bancuhan air plus rempah kurma dan tumis sampai garing
tambah minyak sket
bila dah garing, masukkan 1 cawan air, ayam n kentang yang dipotong 4
tunggu kentang empuk,
masukkan 2 bijik bawang yang dipotong 4
masukkan 1 mangkuk santan
n kacau kacau kacau non stop
bila dah mendidih,
masukkan 1 keping asam keping, garam, ajiNoMoto n sebijik tomato yang dipotong 4
kacau dan tutup api.
SIAP!
senang kan?

kihkih laponye..

benda yang paling aku suka adalah
masa aku tengah sibuk2 masak
ibu datang dapor n tanya aku masak apa
bila dia tengok, dia cakap

"KAU MASAK JE MASAK JE, NANTI IBU KEMAS DAPUR."

hihi aku dah senyum senyum..
beberapa saat kemudian..
aku buat2 nak basuh pinggan

"BIAR JE PINGGAN TU, NANTI SEMUA NI IBU KEMAS."

kihikihik makin melebar senyuman aku
memahami betullah mak tiri aku ni
tau tau je aku BENCI, MALAS tak suke mengemas dapor
ok la

selamat menjamu selera!
bye. <3

Monday, May 9, 2011

Tiga Benda PALING digeruni

HELLOOOO...

kali ni aku nak ceritakn benda benda yang aku takot giler sampaikan terbawak bawak dalam mimpi
korang pon mesti ade benda yang korang PALING takot kan?
ade yang takot gelap, badut, rimau, etc
benda yang aku listkan adalah TOP3 benda yang paling menakutkan
JOM tengok!

1. ULAR.
gambar ni je aku mampu letak. gambar real, NO WAY!

peh! aku nak menaip pon ngilu je rasa sebab terbayangkan ular!
ular kalau patuk kite buleh bawak mati Ooo
pedihnya, tengok entry zora yang ngilu ni kalau xpcaye.
serius weh, kalau la aku terserempak ular, aku xtau ape jadi kat aku
entah pengsan, cabut lari, panjat pokok?
semua jenis ular aku takot, termasuklah ular yang kaler rainbow
alolo comelnye colourful..tapi kepale otak aku still xleh terima

pernah sekali aku n famili aku gi Zoo Singapore, 
serius zoo dia best Ooo, mcm xnak balik je
then kitorang melawat Snake House
diorang semua masuk kat 1 bilik besar, dia decorate ala2 masuk hutan gitu,
kite jalan atas titi, kanan kiri kite ada pokok n ada ular menjalar sana sini
tapi ada jaring la sekeliling kite.
aku nak jalan pon tak larat apatah lagi nak MENIKMATI pemandangan ular2 disekeliling.

aku pon selalu mimpi ular masuk rumah aku
kadang2 leh demam OoOOo. haha
kalau kakak aku sibuk nak bukak chanel National Geographic,
kalau cter pasal ular.. aku cabut lari cepat2
xpon tutup mate! (x__x)
Hoh, lemah semangat kat ular rupenye.

2. SEMAK BELUKAR

ni pon antara benda yang korang pon mesti takot
semak samun. belukar..
kalau aku lalu tempat mcm ni even blakang umah sendiri sekalipon
mate aku akan melilau2 kat semak semak tu
mane tau ade ular ke.. HAHA
mesti scary kalau ngah jalan2 tertibe sekor ular terjengok n say Hai kat korang
so aku memang berhati2 kalau nak redah semak samun kalau sorang2
dari semak samun ni la leh munculnye penyamun, binatang buas, cicak kubing, dan sebagainya
xtermasuk lagi cerite2 hantu yang selalunye cter pasal hantu yang terpacak tepi pokok pisang tunggu awek.
kalau bace suratkabo pon, orang mati kene belit ular, jumpa mayat, semuanya kat semak belukar
kene tangkap basah pon kat belukar gak, 
so jauhilah belukar. HEHE
beringat sebelum kene k! ;)

dibawaknya terpijak ular.. huhu
*gambo dari google, bukan blakang umah aku.
3. ANAK PATUNG

ni lagi 1 benda yang pantang bagi aku
aku pernah ada doll masa aku tadika, itu pon belas ehsan bapak aku beli kat kedai Wak Jani
selepas je aku tengok cter Chucky aka Chaki
terus aku cabut tangan, kaki doll tu n buang jauh2
lepas dari tu, aku hanya main tedi bear je sampai skarang

banyak sebenarnya pengalaman aku sampaikan aku membenci anak patung
masa aku darjah 5, dalam kul 12 aku takleh tido
aku pon bongkar la VCD kononnya nak tengok cter P.Ramlee.
bile dah jumpe CD, aku pon ONkan TV utk tkr chanel video aka AV
punyelah terkejot sebab aku bukak2 je TV tu, ade muke si Chaki 
dah r TV 29inci, penuh muke dia sorang
dah r semua dah tido,
natijahnya, aku tido mengigil2 dan memaki TV tersebut.
ARGH!! makan budak!
pengalaman kedua, masa tu aku sorang2 kat umah,
anak sedara aku ada doll yang bunyik music kalau on suis dia
so aku ngah tengok TV n tetibe rasa haus
aku pon gi la dapor amik air n bawak cawan gi ruang tamu
bile aku lalu je ruang tengah *bilik sembahyang plus tempat gosok baju plus mesin jahit
tetibe je aku dengar music doll tu kuat gler.
What The Fish!!
aku punyelah takot mcm nak lari je gi umah jiran aku
lama jugak bunyik music tu dekat 3 minit jugak la
aku terus membeku dan xgerak gerak. takot siot!
sejak peristiwa itu, aku makin membenci doll

So inilah top 3 benda yang aku takot..
banyak sebenarnya tapi aku cter lain kali la ye.

So, korang takot ape? ce citer ce citer...
:)

SEKIAN

Tuesday, May 3, 2011

tips lelaki kelihatan gagah, macho dan HOT!

HELLO...

HAI BRADER2 sekalian!

Korang rasa korang kurang macho?
malu nak mengorat awek?
rasa saham korang berada paras negative?
jangan risau
aku ade 1 tips untuk korang yang aku baru dapat beberapa saat yang lepas.

ape2 hal, layan cter aku dulu....

LOKASI : Kempas Baru, Johor Bahru.
CUACA : mendung, lepas hujan

disebabkan boring yang melampau,
aku melepak seketika dihadapan rumah sambil usha2 kucing jiran aku yang marvelous!
sedang dok lepak2..
datanglah sorang brader mengassalamualaikum umah aku untuk berjumpa bapak aku
leher aku terus panjang tengok brader yang pakai jersi bola.

"fuyooo.. anak bujang sape tu. lebih baik aku bukak pintu sebelum ibu bukak"
aku melompat dari kerusi dan pakai selipar.

cepat2 aku bukak gate rumah aku,

"Pak Aji mane ye Sakdiah?"

"Ada kat dalam pakcik. jap eh kite panggilkan"
depan orang tua kene control ayu ye.

CiS!!! Pak Tam yang meniaga goreng pisang  rupenye....
mati2 aku ingat brader macho mane lah yang datang nak meminang aku.
kuikui..

see??
itu buktinya lelaki kelihatan amat gagah kalau pakai jersi..
xkesahlah muke pecah rumah sekalipon
aku akan toleh juga walau sesaat dua
kalau dah gagah
mestilah kelihatan lebih muda.
xpayah telan jamu, minum kopi atau joging 20km.
hanya membeli jersi di uptown atau downtown
dan jalan mendabik dada di town sambil melaungkan
"AKU HOT...AKU HOT!!"

weh kat sane ade brader hot pakai jersi weh!!! SERANG!!!! HAHA


so inilah tips dari aku untuk lelaki kelihatan macho sentiasa.
kalau berkesan, gtau k :)

SEKIAN.

p/s: aku rabun jauh. :)

Monday, May 2, 2011

Ikan Kerapu Sweet Sour

HELLOOOOO..

siap sudah 1 kerja sebagai seorang suri rumah tangga yang single
ape lagi kalau bukan masak.
aku bangun pagi2 sambil gosok2 mate terus gi dapor
bila aku gi sinki, agak terkujat r tengok ikan yang aku xpenah masak sedang direndam dengan bangganya

"Ibu, ikan kerapu ni nak masak ape?"

"Masak la masam manis, ni ibu dah tolong potongkan timun, nenas, carrot.." 

emmm...dari dialog beliau, itu bermakna aku yang kene masak.
dah faham sangat dah. tak lame pastu terus dia gi luar umah, kemas2.
aku terus bongkar buku resepi arwah mak aku..
fuh! nasib baikkkk ada resepi. i love u mak!
bace punya baca, alah senang je..
ha, xpercaya senang?
OK we start NOW!

CARA2 nya..

ikan kerapu yang dah dibersihkan korang lumurkan dengan 1 sudu kecik garam, sedikit black pepper n 4 sudu tepung jagung.. lumur rata2 dan goreng ikan tu dalam kuali yang ada minyak.

inilah ikan kerapu.. 

untuk sos sweet sour..apa yang korang kene wat adalah...

tumbuk 5 lada merah, 10 cili padi, 3 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah dan tumiskan dalam kuali
tambahkan 3 sudu sos cili, 1 sudu sos ikan, sedikit stok ayam *aku malas wat stok ayam, so aku letak kiub pati ayam je.
lepas korang kacau2 kasi rata, tambah suku cawan air n 3 sudu gula n sedikit ajiNoMoto
tambahkan carrot, timun dan nenas yang dah potong2 tadi
tambahkan 2 helai daun limau purut yang dah dihiris..
last sekali tambahkan suku cawan air yang dicampur dengan 1 sudu tepung jagung.
kacau beberapa saat n dah boleh padam api.
dah siap..
next step adalah benda aku paling benci iaitu kemas dapor, HAHA

aummm makan budak!!!
now kite plak makan dia. huahuahua..

OK, BUBYE! :)

p/s:nak siang ikan kerapu sumpah mencabar kesabaran aku. HAHA

Sunday, May 1, 2011

Home made Cup Corn!

HAI dan HAI!

anda kaki jagung?
sangat gemarkan jagung?
suke menyinggah di Daily Fresh untuk membeli cup corn?
kadangkala rasa x puas at bayar RM2.50 tapi cawan ciput bukan main?
kadang2 rasa jagung tu plak x mengikut selera kite dan rasa nak maki?
kalau jawapan korang YE atau anggukan comel untuk semua soalan tu
aku cadangkan lebih baik korang wat sendiri dari rumah
murah dan mudah!

bahan2 yang diperlukan

1 peket jagung beku.
 adoi xtau nak explain. beli kat supermarket harge baru RM4lebih
planta
garam
susu pekat manis :)

cara-caranya

amik secawan jagung tu dan kukus dalam periuk pengukus
campurkan dengan secubit garam dan 1 sudu planta
kalau korang xtau rupa periuk pengukus tu, lbh baik tanya mak korang n tnya mcm ne nak gune
kukus dalam 5-10 minit sampai jagung tu bertukar kaler jadi kuning terang
lepas tu.. angkat dan cedok masuk kedalam cawan
tambahkan 2 sudu susu pekat manis dan kacau rata

SIAP!!


sekarang anda leh mengadap laptop anda sambil mencekik jagung tadi sampai kembung
malah, dengan kos kurang dari RM5, anda boleh wat jagung ni sambil passing2 1 kampung.
jimat dan menambah pahala

SELAMAT MENCUBE!
:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...