HELLOO SEMUA
fuyooo kul 2.30 ptg baru aku habis masak
itu bermakna hari ni aku masak dekat 3 jam
pagi tadi
aku yang baru bagun tido terus jenguk dapor
aku dengar kelentang kelentung kat dapor
hari Selasa mesti ibu gi kelas fardu ain
so sape lak bongkar dapor ni? xkan kucing aku si Kunyit lak?
Ooo rupanya bapak aku yang bongkar dengan comelnya
"Hah, ade la tu dia suruh aku masak tu,"cakap dalam hati jela
"Hah, bangun pon.. ayam tua yang abah beli hari tu kau tak masak lagi kan? masak jangan semua, tu ada 2 ekor, masak sekor je." eceh bapak aku leh bagi arahan dengan sengihan lagi
"Abah, santan tak ada. belikan ye."
zup... bapak aku terus keluar n balik beberapa minit kemudian n bagi aku sebungkus kelapa parut.
sebagai anak solehah, mestilah aku akan penuhi impian bapak aku nak makan ayam tua
*selera orang tua ni lain sikit ;)
care2 nye
sonang jo...
korang leh r rebus ayam tua tu selama sejam - 2 jam didalam periuk
petua aku, nak bagi ayam cepat empuk, letak sudu besi dalam periuk tu.
sambil tu, leh la hiris bawang besar 2 bijik, 3 ulas bawang putih, dan halia
bila ayam tu dah empuk, korang amik periuk yang lain, n letak minyak
tumiskan benda yang dihiris tadi n letak 1 batang kayu manis n sebatang serai
bila dah garing, masukkan bancuhan air plus rempah kurma dan tumis sampai garing
tambah minyak sket
bila dah garing, masukkan 1 cawan air, ayam n kentang yang dipotong 4
tunggu kentang empuk,
masukkan 2 bijik bawang yang dipotong 4
masukkan 1 mangkuk santan
n kacau kacau kacau non stop
bila dah mendidih,
masukkan 1 keping asam keping, garam, ajiNoMoto n sebijik tomato yang dipotong 4
kacau dan tutup api.
SIAP!
senang kan?
kihkih laponye.. |
benda yang paling aku suka adalah
masa aku tengah sibuk2 masak
ibu datang dapor n tanya aku masak apa
bila dia tengok, dia cakap
"KAU MASAK JE MASAK JE, NANTI IBU KEMAS DAPUR."
hihi aku dah senyum senyum..
beberapa saat kemudian..
aku buat2 nak basuh pinggan
"BIAR JE PINGGAN TU, NANTI SEMUA NI IBU KEMAS."
kihikihik makin melebar senyuman aku
memahami betullah mak tiri aku ni
tau tau je aku BENCI, MALAS tak suke mengemas dapor
ok la
selamat menjamu selera!
bye. <3
15 comments:
tengah lapo2 nie diceritanya pasal makanan..memang lapo gile
wow cm sedap jer..nak sikit boleh??hehehe
haha ! kantoi suda cik Sakdi tak suka kemas dapur . ni macamana nak kahwin nanti .. hee ;)
khalis, ooo lupe lak bini bro pantang 100 hr. eh pantang lagi ke? kihkih
aina. mai la datang, tapi bawak bahan bahannya sendiri la, haha
eh tia bukan tak suke, cume hari ni xade mood kemas dapo je. huahua
tgk..tgk..cik sakdi ni...saje je asyik bg prince terliur kan...untunglah sape dpt cik sakdi ni kan...patut la nak kawin cepat je,..dah expert masak ropenye..hehehe
haha saje nak dengki prince coz prince xdapat tayang makanan. hihi
ceh kawin memang nak kawen cepat tapi lom jumpa lagi orang nye. ceh!! huahua
mane ikan bakar prince order ni..xsampai2 lagi ni..hahaha..
cik sakdi..cpt tampal poster kate nk cari jodoh..pastu wat interview..hihihi
wahh.. pandai masak.. mau jd org gaji aku x? hehe.. :P
cantik!!!! boleh try pasni.:)
prince, xpayah la nak tampal poster. cepuk muke prince mahu? haha
heidi,, aku mate duitan.. boleh saje!!! yipiee!
anat cik abang balik hang buatkan la. hehe
fuyooo ada resipi best lah kat sini. hehe. ziema bab masak makanan berat ni susah sikit. grr. kalau masak pasta ke, steamboat tu reti la. tp kalau kari ke, ayam kurma ke, gulai ke tak reti. heheh.
Post a Comment